Saturday, June 30, 2012

Karnival PPDa Zon Sentul

Karnival Pendidikan  Pencegahan Dadah (PPDa) Zon Sentul telah diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2012 di SMK Segambut Jaya  bermula jam 800 pagi . Semua sekolah (23 buah) menghantar peserta masing-masing untuk menyertai pertandingan dalam karnival ini.  Seawal jam 730 pagi para peserta yang mengambil bahagian memenuhi laman SMK Segambut Jaya bersama guru masing-masing . Tema karnival kali ini 1Malaysia Membenteras Dadah bertujuan melahirkan pelajar yang sihat minda melalui program PPDa yang dirancang secara bersepadu dari aspek pengurusan,, kepimpinan, kurikulum , kokurikulum dan pembangunan diri . Sememangnya dadah menjadi musuh utama negara yang boleh menghancurkan bangsa dan meruntuhkan peradaban manusia jika tidak ditangani secara kolektif oleh semua pihak .



Mercu tanda kubah jam SMK Segambut Jaya tempat
berlangsungnya Karnival PPDa Zon Sentul
Gambar: Internet


Peranan Kementerian

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab melahirkan modal insan negara  berkualiti telah melaksanakan  berbagai strategi dan pendekatan untuk membangun potensi pelajar  secara holistik  yang mempunyai daya saing dalam pelbagai bidang . Justeru penubuhan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) telah dilancarkan oleh KPM melalui surat pekeliling bil. 3/1988 sebagai usaha awal mengekang ancaman dadah disekolah sekolah seluruh negara. Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diwujudkan disetiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi menyelia program dan membantu pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang terbabit dengan najis dadah. Kementerian juga telah mengeluarkan siaran melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/2004 bertujuan memperkasakan program ini ke sekolah  sekolah..


Persembahan Pelajar

Para pelajar sangat  teruja menunjukan persembahan dikir barat, pertandingan nasyid, deklamasi sajak, melukis poster dan e-PPDa. Aktiviti seperti ini sangat  bermakna dalam rangka menyemai semangat perpaduan, kerjasama dan menyuntik kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menghindari najis dadah. Kemampuan dan kebolehan mereka menyusun atur setiap langkah sesi persembahan dengan gaya tersendiri menjadikan pertandingan ini cukup profesional dan bermakna . Demonstrasi Unit Anjing Pengesan Dadah PDRM  telah diadakan dan mendapat sambutan gemuruh daripada peserta . Ketangkasan anjing yang mempunyai deria bau yang cukup tinggi digunakan untuk mengesan dadah dalam pelbagai jenis .

Upacara penutup

Majlis perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengarah Pelajaran PPWS Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan pada jam 1200 tengahari. Beliau diiringi oleh Pengerusi Karnival Che Yahya Hj Che Soh yang juga Pengetua SMK Sinar Bintang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Peserta SMK Batu Muda menunjukan persembahan terbaik dalam Dikir Barat , SMK Segambut Jaya mengungguli Nasyid dan seorang pelajar perempuan berjaya memukau hadirin dengan deklamasi sajak yang sungguh bermakna. Majlis berakhir jam 130 tengahari .

Che' Yahya Che'Soh
1 Julai 2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...