Friday, June 22, 2012

PENGURUSAN RISIKO PERUNDANGAN DI SEKOLAH

Pagi tadi Khamis 21 Jun,2012 telah berlangsung siri wacana Pengurusan Risiko Perundangan di Sekolah yang telah disampaikan Pewacana Prof Dr. Tie Fatt Hee Pensyarah  di Institut Kepimpinan Universiti Malaya (UM) di Auditorium Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dibawah kelolaan Dr. Zuraidah  Abdullah  .  Majlis  ini dipengerusikan  oleh Che' Yahya Hj. Che' Soh  Pengetua SMK Sinar Bintang Segambut Kuala Lumpur .



Prof Dr. Tie Fatt Hee  Pensyarah
Institut Kepimpinan Pendidikan UM


Pengurusan perundangan


Prof Dr. Tie Fatt Hee seorang pensyarah yang terbabit secara langsung memberi kursus undang-undang pendidikan di Universiti Malaya merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana pernah menjadi guru dan pensyarah Maktab selama beberapa tahun sebelum diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela di Mahkamah Tinggi Malaya . Beliau memulakan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara asas yang berkaitan dengan senario yang berlaku di sekolah seperti kecuaian /kelalaian yang boleh mengundang risiko kepada pelajar . Tugas pengetua  ialah memastikan pelajar selamat semasa berada di sekolah . Ini bermakna pengetua selaku pengurus dan pemimpin sekolah perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan yang munasabah terutama dalam setiap aktiviti fizikal yang mempunyai risiko keselamatan. Dari segi perundangan  sekolah bertanggungjawab penuh keatas keselamatan setiap pelajar. Ibu bapa boleh menyaman (summon) sekolah jika berlaku kecuaian pihak sekolah sepertimana tertakluk dibawah undang-undang Tort  memungkiri tanggungjawab menjaga keselamatan murid .


Sesi dialog bersama pewacana

Walau pun kehadiran para  pengetua tidak memenuhi auditorium tetapi saya melihat mereka sangat teruja dengan  penerangan oleh Profesor Dr. Tie terutama insiden yang berkaitan dengan pengurusan risiko yang mungkin  berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Para peserta kelihatan teruja dan mengambil bahagian aktif dalam sesi dialog dengan mengemukakan beberapa soalan menarik berkaitan dengan pengurusan risiko di sekolah . Realitinya para pengetua selaku pemimpin , pengurus dan pentadbir sekolah menghadapi pelbagai karenah organisasi yang  datang dari segenap penjuru , jika tidak ditangani secara bijaksana boleh menjejaskan kredibiliti sekolah dan kewibawaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 
 Dr. Zuraidah Abdullah

Terima kasih kepada Prof Dr. Tie, Dr. Zuraidah Abdullah selaku tuan rumah , MPSM Kuala Lumpur dan urusetia kerana menganjurkan wacana ilmu yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga pendidik , mudah mudahan  kami mendapat sedikit pendedahan untuk menangani  Hazard  dan kebarangkalian terjadi semasa mengurus dan mentadbir sekolah . Saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada Dr. Zuraidah kerana berjaya menganjurkan program ini. Beliau sebenarnya rakan sekerja saya semasa sama-sama bertugas di SMK VICTORIA  sekitar tahun 1990 an . Tahniah kerana memacu kerjaya sehingga menjadi seorang ahli akademik yang di segani .

Che' Yahya Che' Soh
22 Jun,2012.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...