Monday, June 18, 2012

Majlis Perpisahan Pn Puziah Ahmad PK Koku

Pagi tadi Isnin 18 Jun 2012 berlangsung majlis rasmi perpisahan Pn Puziah Ahmad PK Koku SMK Sinar Bintang yang dinaikan pangkat sebagai Pengetua SMK Padang Tembak  Kuala Lumpur. Puan Puziah seorang Penolong  Kanan yang berpengalaman dan telah berkhidmat di SMK Sinar Bintang sejak tahun 2006.


Guru dan pelajar sedang mendengar dengan teliti pesanan
Pn Puziah Ahmad PK Koku SMK Sinar Bintang .
2006-  2012 

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi di dahului dengan doa dan ucapan Pengerusi Kelab Guru En. Wan Nor Azmi, Ucapan Pengetua dan terakhir ucapan perpisahan Pn Puziah. Turut hadir Pengerusi PIBG En. Simon Kor . Dalam ucapannya Pn Puziah melahirkan rasa syukur kepada Allah  dan terima kasih kepada semua guru-guru  yang memberikan sokongan dan komitmen semasa beliau menjalankan tugas sebagai PK koku di sekolah ini.
   


Pn Puziah (tengah)  bersama Pengetua, En Simon dan Pn Hanipah
PK Tadbir Akademik .




Pengerusi Kelab Guru En Wan Nor Azmi turut sama
meraikan perpisahan Pn Puziah.



Pihak sekolah bersama guru guru dan PIBG serta pelajar  menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada beliau. Majlis berakhir dengan sarapan pagi di kantin sekolah tajaan PK Tadbir dan Akademik .  Kepada Pn Puziah kami mengucapkan Tahniah dan selamat bertugas  menggalas tugas baru sebagai  PENGETUA untuk membangun  modal insan negara .

Mesyuarat MPSM Kuala Lumpur

Sebelah petangnya  jam 200-430  saya menghadiri mesyuarat MPSM di SMK Dato Lokman . Seperti biasa YDP MPSM Kuala Lumpur Pn Shamsiah Ahmad mempengerusikan mesyuarat  dengan memaklumkan beberapa perkembangan  mengenai pergerakan beberapa orang pengetua dan pelantikan PK menjadi pengetua. Mereka yang terbabit ialah En Nasseh Hassan SMK Padang Tembak bertukar ke SMK Tinggi Setapak , Pn Esah ke SMK Bangsar dan Pn Nazifah Latiff ke SMK Cochrane mengambil tempat Pn Shamsiah yang bertukar ke SMK  Sri Bintang Utara . 

Perbincangan

Mesyuarat membincangkan aktiviti dan perancangan MPSM untuk pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan persidangan MPSM KL di Kuala Trengganu pada 25-27 Jun untuk memilih  dan melantik AJK baru sesi 2012-2014 . Tuan rumah kali ini ialah  Pengetua  SMK Dato Lokman Pn Che Hasnah Che Muhammad menyediakan makan tengahari yang enak dan istimewa dengan pulut bersantan gula Melaka yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . Mesyuarat memutuskan peserta yang akan bertolak menggunakan bas mesti berada di Pusat  Kokurikulum seawal jam 730 kerana bas akan bertolak tepat jam 800 pagi. Pengarah JPN WP Dato' Hj Khairil Awang dijangka merasmikan mesyuarat ada hari Rabu 27 Jun 2012 . 

Selamat bersidang .

Che'Yahya Hj Che' Soh
Pengetua SMKSB
18 Jun,2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...