Sesungguhnya kehidupan dan kematian itu milik mutlak Allah yang menguasai langit dan bumi. Kita hanyalah makhluk yang lemah tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan. Alam luas terbentang menjadi saksi keagungan Tuhan kerana tidak sehelai pun daun yang luruh ke bumi melainkan dalam pengetahuan Tuhan. Demikian juga dengan kehidupan setiap insan apabila sampai ketentuan Tuhan kita pasti pergi meninggalkan orang tersayang. Sudah menjadi sunatullah rotasi alam terus berjalan selagi dunia masih belum terpadam. Matahari tetap bercahaya sebagai sumber kehidupan. Di belahan bumi Eropah hari masih terang tetapi benua lain mula beransur malam.Perlakuan alam yang sentiasa berubah dari siang ke malam, panas dan hujan tandanya bumi ini bekerja mengikut perintah Tuhan.
Ekosistem alam
Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menjadi sebahagian daripada ekosistem alam yang pastinya secara evolusi menuju ke penghujung kehidupan. Allah pasti menggantikan pula dengan generasi baharu menjadi penghuni alam.Silih berganti generasi menjadi bukti kekuasaan Allah yang tidak mampu dicerna secara saintifik kendatipun hebatnya (high tech) teknologi ciptaan manusia.Sains dan teknologi tidak mampu menganalisis soal-soal ghaibiah seperti perjalanan Ruh, Alam Barzah, Titian Siraath dan Mahsyar Allah yang seluas langit dan bumi guna menghimpun manusia sejak zaman Nabi Adam As hingga berakhirnya riwayat alam. Allahu Akbar.Kehadiran manusia di muka bumi sebagai khalifah Tuhan untuk memakmurkan alam mengikut acuan Islam seperti mana doa yang selalu kita ucapkan Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina Azaabannar iaitu mendambakan kebaikan duniawi dan ukhrawi mohon dijauhkan dari azab neraka sebagai ultimatum kehidupan.
Siklus kehidupan
Apabila orang berilmu menggunakan pendekatan ilmiah melihat setiap kejadian Ilahi dengan penuh iman, pasti bertambah keyakinan kepada Tuhan sebagai tempat bergantung bagi semua kehidupan. Manusia yang asalnya tidak pernah wujud di dunia " Hal Ataa 'Alal Insani " asalnya bermula di alam roh di saat mana Allah berfirman kepada mereka Siapakah Tuhan kamu lalu di jawab oleh para roh Alastubirabbikum Qalu Balaa Shahidna. Sesungguhnya kami bersaksi Allah Tuhan kami.Inilah yang dimaksudkan dengan ghaibiah yang tidak boleh mengguna logika melalui pemikiran. Peringkat kehidupan yang kedua ialah fasa Rahim dimana janin terbentuk dan membesar dalam uterus ibu sehingga lahir ke dunia.Manusia membesar bersama persekitaran hidupnya melalui proses pendidikan yang panjang hingga menjadi seorang ilmuan, agamawan, usahawan, hartawan dan tidak kurang juga melawan hukum Tuhan.Terlalu banyak nikmat Allah untuk manusia syukuri tetapi keegoan diri menyebabkan mereka lupa peringatan Ilahi sehinggalah tibanya mati baharu tersedar hakikat kehidupan sengoti selama Allah menumpangkan mereka di bumi.
Tunjang aqidah
Warna dan perwatakan manusia di bentuk melalui pendidikan atau tarbiyah untuk mengenal Tuhan. Ilmu yang bertunjangkan aqidah menjadi paksi orang beriman.Seumpama sebiji benih buah durian yang jatuh ke tanah, pada mulanya pecah kemudian beransur tunas, tumbuh subur membesar melalui pupuk sehingga akarnya menjalar di perut bumi mengukuhkan pohon, berbuah lebat, manis dan bermanfaat kepada manusia. Kekuatan akar tunjang menjadi pendinding kepada pokok dari tumbang kendatipun hujan ribut melanda. Itulah analogi sebuah kehidupan yang berpaksikan aqidah dan iman yang pastinya melahirkan insan bertaqwa yakni takut kepada Allah dalam setiap suasana dan keadaan baik bersendirian mau pun dalam berjemaah.
Permata yang hilang
Hilangnya sebutir permata yang sangat berharga menjadi sirna seketika di dataran ilmu setiap pagi Jumaat. Kota Bharu lengang dan sepi. Suara Mursyid menyampaikan Firman Tuhan dan Pesan Nabi SAW telah tidak lagi kedengaran seperti biasa.Suasana seperti ini sangat di rindui oleh para jemaah yang tidak pernah lepas peluang mengikuti pengajian Tok Guru.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun telah pergi menyahut panggilan Ilahi buat selama-lamanya. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allah SWT menjemput hambaNYa pada malam (Jumaat) 12 Februari,2015 jam 9.40 dan di makamkan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada esoknya sekitar jam 11.00pagi dengan kehadiran lautan manusia memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum, termasuk Perdana Menteri dan kenamaan lain.Berita pemergian beliau mendapat liputan meluas media seluruh negara.Permata yang hilang memang sukar diganti, jikalau pun ada pasti tidak akan sama dengan yang telah pergi.Selamat beristirehat ya Murabbi, Muallim, Muddaris, Muaddib yang menjadi Mursyid membimbing manusia mencintai Islam.Semoga Allah SWT meredhai Tok Guru dan di tempatkan bersama para solehin,syuhada,mukhlassin, mutaqqien sepanjang hayatnya menyampaikan risalah Islam di muka bumi.Ribuan orang menangisi pemergian tokoh ulama ini termasuklah diri ku di saat menulis secebis kenangan untuk tatapan anak cucu di hari mendatang. Bagi memperingati jasa dan pengorbanan Almarhum terhadap kecemerlangan ilmu,saya berpandangan Majlis Perbandaran Kota Baru perlu menamakan dengan Dataran Tok Guru kerana di sinilah beliau menyediakan dirinya untuk menyampaikan risalah Islam setiap pagi Jumaat selain di Masjidnya Pulau Melaka.
Ilmu yang ditinggalkan Almarhum Tok Guru Nik Ab Aziz
Nik Mat terus mengalir dalam jiwa umat seumpama arus sungai
yang tidak pernah putus menuju muara kendati pun jasadnya telah tiada.
Sumber video: You tube: Internet
Refleksi kehidupan
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNAANM) semasa hayatnya menjadi ikon umat kerana kehidupannya yang sangat sederhana seperti kebanyakan masyarakat kampung lain di Pulau Melaka.Sifat Qanaah, zuhud berpaksikan taqwa menjadi pegangan beliau sepanjang hayat.Tok Guru sangat tegas dengan prinsip Islam. Adat manusia, betapa baik pun kita pasti ada orang yang tidak menyukai dan memusuhi.Itu hakikat kehidupan yang pernah ditempoh Baginda Nabi SAW dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat Arab di Kota Mekah lebih 1436H yang lalu. Demikian juga Tok Guru terpaksa berdepan dengan berbagai ujian semasa memimpin Kelantan selama lebih dua dekad.Rumahnya tidak berpagar, tanpa pengawal keselamatan bersebelahan Masjid merupakan kawasan yang damai dan tenang.Tetamu berkunjung tidak pernah lengang baik semasa beliau menjadi Menteri Besar mau pun sesudah menyerahkan jawatan kepada penyandangnya Dato Ahmad Yaakub. Kesederhanaan ini merupakan sifat Tok Guru sejak asali lagi dan kekal hingga ke akhir hayatnya.Kini beliau telah tiada namun suaranya tetap ada meninggalkan pusaka ilmu yang sangat berharga untuk umat manusia di dunia.Benarlah seperti kata Almarhum nyawa kita umpama pelita yang boleh terpadam bila bila masa.Selamat jalan Tok Guru semoga Allah menjadikan barzah tempat yang tenang dan bercahaya menuju syurga. Aamin.
Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.
Sabtu 14 Februari,2015.

No comments:
Post a Comment