Kecerdikan atau kedangkalan manusia di ukur melalui tahap pemikiran yang berpusat pada akal budi. Berbagai sistem kordinasi tubuh badan menjadi penyokong kekuatan akal.Pembangunan minda manusia menjadi penawar keharmonian diri hanya akan terlaksana jika sekiranya penggunaan akal sentiasa berpaksi kepada kebaikan iaitu menuntun diri memanifestasikan tingkahlaku beradab selari dengan fitrah kejadian manusia sebagai makhluk terbaik yang diciptakan Tuhan iaitu Ahsanu taqwim, yang di sebut juga Khairun ummah. Semuanya itu berpusat kepada akal. Sekiranya akal tidak berupaya menyempurnakan akhlak mengikut acuan Tuhan, manusia berada di lembah kehinaan di sebut Aspalasaafiliin kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebaikan. Akal ialah mahkota kehidupan dan pakaian paling berharga bagi manusia.Banyak faktor yang menyebabkan kecacatan akal.Sesetengahnya di sebabkan komplikasi sewaktu lahir, demam panas, atau di serang penyakit sawan (convulsions) malah tidak kurang di sebabkan oleh pengaruh persekitaran yang merungsingkan masyarakat seperti pengambilan berbagai jenis dadah, pil-pil kuda, alkohol dan ubat-ubatan melebihi dos sehingga merangsang dan memusnahkan sel-sel otak yang akhirnya manusia hilang pertimbangan.
Perangkap hedonisma
Banyak kes yang di laporkan melalui media tentang kebobrokan nilai dan kepunahan sosial dalam kehidupan di sebabkan kecanduan melampau dadah dan yang sama dengannya. Mengapa manusia mencipta sesuatu yang boleh menghancurkan masa depan diri, keluarga, bangsa dan negara? Akibat terlalu gian, anak tidak lagi menghormati ibu bapa malah sanggup mengancam membunuh mereka jika keperluan tidak ditunaikan.Tidak kurang juga tekanan kerja yang melampau menyebabkan kerencatan pada kewarasan akal sehingga menimbulkan kemurungan berpanjangan.Penyakit masyarakat yang di hadapi sekarang sungguh menyedihkan.Ramai generasi muda terperangkap dengan hedonisma yang meruntuhkan nilai kehidupan. Akhlak dan peradaban ketimuran terlalu jauh ditinggalkan. Penzinaan,perompakan, penipuan, pembunuhan berlaku berpunca daripada hilangnya kewarasan pemikiran.Persekitaran yang sihat dan tidak terdedah dengan unsur-unsur kemungkaran menjadi benteng mendidik diri manusia menjadi baik. Penguatkuasaan hukuman juga menjadi tunjang keharmonian masyarakat dan negara.

Jangan salahkan pendidik
Pendidikan awal bermula di rumah.Kehidupan keluarga menjadi ikon kepada anak-anak.Tingkahlaku ibu,ayah, abang dan kakak menjadi indikator keharmonian rumah tangga atau sebaliknya. Segar dan layunya sesebuah keluarga ditentukan oleh ayah dan ibu. Ketidakserasian atau keintiman antara mereka menjadi perhatian anak-anak.Rumah tangga yang di bina berasaskan taqwa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah dan para Malaikat berbondong-bondong berkunjung membawa sakinah yang berpanjangan. Ketenangan yang di cari melalui sentuhan ayat-ayat Allah menjadi penawar duka bagi sesebuah keluarga.Amalan mulia seperti ini terbawa-bawa ke alam persekolahan yang membekas dalam jiwa pelajar. Guru guru sebagai pendidik tidak menghadapi rintangan besar membentuk kepribadian pelajar seperti ini tetapi andainya nilai kemuliaan tidak wujud amatlah sukar bagi pendidik membentuk akhlak dan tingkahlaku pelajar. Justeru jangan salahkan pendidik kerana kebobrokan disiplin murid.Tidak ada seorang guru pun yang mendoakan keburukan kepada anak didik mereka. Mulianya hati guru semulia hati ibu bapa dalam mendidik dan mengajar murid walau pun berbagai tomahan dan cacian dilontarkan kepada kami di sebabkan sedikit kesilapan.Guru -guru menghadapi tekanan dalam mendidik pelajar, menjeling dan marah pun tidak boleh apa lagi merotan.Guru-guru di minta sentiasa senyum dan berlembut sehingga kadangkala menuntut kesabaran yang tinggi menghadapi situasi seperti ini.
Akal yang sihat
Akal yang sihat menjadi cermin pribadi kerana keseimbangan diri terletak kepada pemikiran yang waras dan kestabilan emosi. Justeru kewajiban memelihara akal menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memakmurkan sosialisasi sesama manusia bertunjangkan prinsip kebenaran dan keadilan. Akal yang sihat memandu diri melihat kebaikan sebagai tujuan utama kehidupan. Akal yang sihat juga mampu menjadikan pemiliknya sentiasa melakukan muhasabah diri dalam setiap tindakan dan perbuatan.Dia tidak mencari kesalahan orang lain tetapi berusaha memimpin diri dengan membuat refleksi untuk mencari keredhaan Ilahi.Pendidikan mengajar manusia menjadi baik, berhati mulia, jujur, ikhlas,berintegriti dan paling utama menanamkan sifat mahmudah dalam jiwa melalui akal dan pemikiran yang jernih.Kejernihan akal akan memantulkan cahaya kebenaran melalui penghayatan dan tadabbur melihat alam terbentang luas ciptaan Tuhan dengan penuh keinsafan lalu terpantullah lidah menyebut asma Allah "Rabbana ma khalqtaha zaa baathila, Subhanakafakina Azaabannar." Itulah sebenarnya ketinggian akal yang melihat setiap fenomena kehidupan melalui mata hati bersandarkan keyakinan mutlak kepada Tuhan.
Jalan Mustaqim
Manusia akan berbuat apa sahaja untuk memenuhi keperluan nafsu sekiranya akal tidak lagi berkemampuan memilih jalan kebenaran. Setiap solat kita minta kepada Allah Ihdina ssiraathal mustaqim - tunjukkan jalan lurus, di luar sembahyang terbentang jalan syaitan yang menghantui kehidupan. Aplikasi Solat hanya ketika beribadah saja kerana penghayatannya tidak bertunjang pada akal budi.Ini bermakna natijah solat sebagai benteng kemungkaran masih belum menjiwai hati dan akal manusia.Ramai orang tidak mengamalkan nilai solat semasa memandu di jalan raya, di pasar raya, di pejabat dan sekolah sekolah kerana beranggapan tiada kaitan dengan sembahyang.Solat yang sempurna memandu akal menjadi mahkota kehidupan kerana indikator kejayaan terletak kepada kemurnian dan kejernihan diri sebagai karektor orang beriman.Oleh itu tidak hairanlah berbagai kemungkaran dan kemaksiatan bermaharaja lela dalam kehidupan kerana manusia hanya berbuat sesuatu secara adat bukannya ibadat.Ramai cendekiawan Islam menyampaikan ilmu dan pesanan Tuhan namun ironinya seolah-olah kurang keberkatan dalam kehidupan.

Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 3 Februari,2015.
No comments:
Post a Comment