Ikhlas mudah di sebut tetapi sukar dipraktikan.Ramai orang mudah menyebut 'saya ikhlas ni'. Itu yang selalu kita dengar dari kebanyakan orang. Sebenarnya nilai ikhlas terhunjam kukuh dalam hati yang sukar di ketahui oleh manusia kecuali bagi mereka yang benar benar memahami firasat diri.Ikhlas menjadi ukuran orang bertaqwa kepada Tuhan kerana hati yang sentiasa taqarrub kepadaNya menjadi cermin kepribadian diri dalam setiap perbuatan,tingkahlaku dan kepimpinan organisasi.
Dalam apa pun bentuk organisasi samada pertubuhan sosial kebajikan, badan bukan kerajaan, peranan pemimpin menjadi tunjang kekuatan kemajuannya. Ketua yang ikhlas memimpin dan membangun organisasi menjadi indikator penyatuan anggota.Kita tidak perlu bersusah memecah minda untuk menyatupadukan anggota dalam organisasi atau masyarakat dengan berbagai teori dan formula jika Ikhlas sangat langka dalam diri seseorang ketua atau pemimpin.
Orang yang benar benar ikhlas meletakkan seluruh jiwa raganya kepada tugas dan tanggungjawab memikul amanah dengan penuh jujur dan berprinsip.Seandainya Nabi Saw mempunyai kepentingan pribadi menyiarkan risalah Tuhan pastinya Islam tidak tersebar ke pelosok bumi seperti hari ini.
Sepanjang saya berada di Sheffield menemani anak bersalin di Jessop Wing Hospital, saya sungguh teruja melihat doktor dan midwives bertugas dengan senyum ikhlas meladeni pesakit. Nampak sekali keikhlasan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan mesra pesakit.Itu penilaian yang dapat saya ukur secara luaran walau pun tanpa rubrik tertulis.
Perpaduan dan penyatuan organisasi hanya dapat di capai jika ketuanya ikhlas dan jujur kepada pengikutnya dan orang bawahannya.Masalah yang berlaku dalam kepimpinan hari ini merupakan faktor dominan bobroknya organisasi. Perpaduan secara hakiki tidak akan wujud selagi pemimpin sukar menerima teguran orang bawahannya untuk kebaikan. Dengan kata lain perselisihan dan perpecahan terjadi kerana pemimpin bukannya pengikut.Terjadinya berpuak puak kerana pemimpin gagal menyatukan organisasi atau pertubuhan dengan baik.Apabila tiada ikhlas timbul berbagai prasangka buruk dalam kalangan anggota sehingga menjejaskan keharmonian organisasi.
Bagaimana sekolah sebagai organisasi awam boleh berfungsi dengan baik seandainya Pengetua atau Guru Besar hanya ingin menang sendiri? Struktur organisasi dan fungsi sekolah pastinya lesu dan lebur jika perpaduan tidak wujud. Peranan Pengetua menjadi pencetus idea untuk kemercuan sekolah dan merungkaikan setiap isu yang berlaku dengan penuh bijaksana dan beradab bukannya mengusutkan keadaan. Kepimpinan yang bertunjangkan Ikhlas lazimnya kurang bercakap tetapi banyak berbuat untuk kemajuan organisasi.
Csyahya victoryDalam apa pun bentuk organisasi samada pertubuhan sosial kebajikan, badan bukan kerajaan, peranan pemimpin menjadi tunjang kekuatan kemajuannya. Ketua yang ikhlas memimpin dan membangun organisasi menjadi indikator penyatuan anggota.Kita tidak perlu bersusah memecah minda untuk menyatupadukan anggota dalam organisasi atau masyarakat dengan berbagai teori dan formula jika Ikhlas sangat langka dalam diri seseorang ketua atau pemimpin.
Orang yang benar benar ikhlas meletakkan seluruh jiwa raganya kepada tugas dan tanggungjawab memikul amanah dengan penuh jujur dan berprinsip.Seandainya Nabi Saw mempunyai kepentingan pribadi menyiarkan risalah Tuhan pastinya Islam tidak tersebar ke pelosok bumi seperti hari ini.
Sepanjang saya berada di Sheffield menemani anak bersalin di Jessop Wing Hospital, saya sungguh teruja melihat doktor dan midwives bertugas dengan senyum ikhlas meladeni pesakit. Nampak sekali keikhlasan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan mesra pesakit.Itu penilaian yang dapat saya ukur secara luaran walau pun tanpa rubrik tertulis.
Perpaduan dan penyatuan organisasi hanya dapat di capai jika ketuanya ikhlas dan jujur kepada pengikutnya dan orang bawahannya.Masalah yang berlaku dalam kepimpinan hari ini merupakan faktor dominan bobroknya organisasi. Perpaduan secara hakiki tidak akan wujud selagi pemimpin sukar menerima teguran orang bawahannya untuk kebaikan. Dengan kata lain perselisihan dan perpecahan terjadi kerana pemimpin bukannya pengikut.Terjadinya berpuak puak kerana pemimpin gagal menyatukan organisasi atau pertubuhan dengan baik.Apabila tiada ikhlas timbul berbagai prasangka buruk dalam kalangan anggota sehingga menjejaskan keharmonian organisasi.
Bagaimana sekolah sebagai organisasi awam boleh berfungsi dengan baik seandainya Pengetua atau Guru Besar hanya ingin menang sendiri? Struktur organisasi dan fungsi sekolah pastinya lesu dan lebur jika perpaduan tidak wujud. Peranan Pengetua menjadi pencetus idea untuk kemercuan sekolah dan merungkaikan setiap isu yang berlaku dengan penuh bijaksana dan beradab bukannya mengusutkan keadaan. Kepimpinan yang bertunjangkan Ikhlas lazimnya kurang bercakap tetapi banyak berbuat untuk kemajuan organisasi.
Upper Allen Street
Sheffield.
Isnin 22 Disember 214.
Tepat sekali pandangan tentang persolan ikhlas yang dilontarkan oleh Tn Pengetua tersebut. Kalaulah semua ketua dalam apa saja organisasi bersifat ikhlas maka anak buah akan menjadi pengikut yang setia. Dan kalaulah para pemimpin negara melaksanakan pembangunan negara dengan ikhlas maka tidak mungkin terjadi korupsi dan pembaziran yang tidak sepatutnya......
ReplyDeleteTerima kasih Sdra Drs Hj Hamsa. Tulisan ini berdasarkan pandangan saya sebagai seorang Pengetua yang memegang amanah Allah untuk mencari keredhaanNya dalam apa jua tindakan dan perbuatan.
ReplyDelete