Thursday, December 25, 2014

Allah Selamatkan Negeri Ku

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan yang memerintah alam.Selawat beserta salam kepada Baginda Nabi Saw yang membawa rahmat kepada kehidupan. Tuhan tempat bernaung segala makhluk di bumi dan di langit sangat mengetahui setiap peristiwa berlaku. Ketika ini seluruh negara di rundung malang dengan musibah banjir yang sungguh mencemaskan.Dahsyatnya bencana yang menimpa sehingga bandar dan daerah menjadi seperti pulau pulau yang terpisah ditengah lautan. Demikian hebatnya musibah alam.Subhanallah.


Beberapa negeri terutama Kelantan,Trengganu Pahang, Perak dan Perlis sedang menghadapi bencana alam. Banjir yang luar biasa menghanyutkan harta benda dan menenggelamkan seluruh bandar dan kota menyebabkan bekalan elektrik terputus. Gambar gambar yang dihantar melalui internet oleh rakan rakan sungguh mencemaskan.Keadaan seperti ini menerjah ingatan saya dalam tahun 1967 dimana seluruh bandar dan daerah negeri ku seperti lautan. Makanan terputus dan terpaksa berlapar sepanjang hari,jika pun ada hanyalah sepinggan nasi hancur beras merah berlaukkan garam. Allahu Akbar.Dapat di duga kanak-kanak dan bayi  menjadi mangsa pertama kebuluran jika bekalan makanan terputus dan tidak mustahil menemui ajal jika  bantuan lambat tiba.

Kota Baru hampir lumpuh. Hospital di masuki air terpaksa pesakit dipindahkan dengan heli ketempat selamat.Hospital Kuala Krai bergelap terputus hubungan dengan dunia luar.Dilaporkan heli tak boleh mendarat kerana tidak ada kawasan kering.Lebih menyedihkan bila Dokter terpaksa menggunakan berbagai kaedah untuk menyelamatkan bayi dan pesakit.


Pengangkutan tidak berfungsi  kerana jalan terputus.Bagaimana nasib keluarga hanya Allah sahaja tempat berdoa moga keadaan pulih segera. Walau pun berada ribuan batu saya tetap mengikuti perkembangan terkini di tanah air.Semalam masih boleh berhubung dengan keluarga hari ini langsung terputus hubungan. Semoga Allah menyelamatkan semuanya.

Saya membaca beberapa portal melalui online untuk mengetahui perkembangan di tanah air. Laporan kebanyakan akhbar sungguh membimbangkan situasi yang dihadapi sekarang. Kita terus berdoa semoga Allah menyelamatkan mangsa mangsa banjir dari terus tersiksa. Pastinya bekalan makanan terputus kerana premis perniagaan dinaiki air.

Keadaan bandar Kota Baru dan tambatan Di Raja juga membimbangkan.Gedung gedung perniagaan di tenggelami air.Tesco KB juga menerima malang. Stesyen minyak pun menerima nasib yang sama.Terkini setakat jam 5.15 petang waktu UK bersamaan jam 1.15 pagi Malaysia, saya menerima berita yang mengejutkan, Kuala Lumpur pula di naiki air sekitar hotel dinasti dan lrt titiwangsa. Mudah mudahan di Kuala Lumpur hanya banjir kilat seperti selalunya berlaku bila hujan.Ya Allah hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan. Bantu lah kami.



















csyahya victory
Upper Allen Street
Sheffield UK
S3 7 GN
Khamis  25 December 2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...