Wednesday, December 31, 2014

Waris Mengetuai Misi Kemanusiaan

 

Warga Alumni Republik Indonesia Sumatra @Waris turut berperanan besar membantu mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan. Yang Di Pertuanya Dato Dr.Zain Yusuf bersama anggotanya Setiausaha, Bendahari dan ahlinya yang berada di negeri ini sejak awal-awal lagi mengunjungi mangsa-mangsa banjir untuk menghantar bekalan makanan, pakaian dan keperluan asas kepada mereka yang berada dalam kritikal. Walau pun Waris baharu di tubuhkan Julai lalu namun peranannya cukup besar dalam misi kemanusiaan.Di laporkan pada hari ini 1 Januari 2015, misi Waris ke Kuala Krai untuk menjejaki mangsa yang terputus bekalan makanan. Dr. Zain memainkan peranan cukup penting menggerakkan Waris membantu mangsa yang kebuluran dan kehausan.



















Dato Dr. Zain (topi merah) bersama salah
seorang petugas misi kemanusiaan.












Ahli Waris membantu menolak kenderaan dalam banjir
untuk menghantar bekalan makanan.

Mengikut jadual, Waris akan bergerak menghantar  bekalan mengikut stesen berikut:RPT Chenulang, Batu Mengkebang, Taman Sireh, Kg Batu Lada dan kampung Biak Kandek kawasan sukar di lalui dan berbahaya di daerah Dabung.Cikgu Tuan Khatimah mempunyai jadual yang padat untuk Waris bergerak ke destinasi yang ditetapkan dengan selamat.





















Wajah Guchil selepas banjir. SU Waris
Drs. Ab. Aziz mengabadi kenangan dalam misi
kemanusiaan. 




















Rumah Imam Mengkebang Hj. Che Soh Majid

















Dato Dr Zain bersama Hj Fauzi Mohammad

Terlalu sebak perasaan saya bila membaca WhatsAPP SU Waris mengenai  mangsa yang sedang kelaparan dan kehausan menunggu makanan. Beliau sendiri menyediakan dua periuk nasi, meehoon telur dan dua guni pakaian lama untuk disumbangkan kepada mangsa di Tanah Merah. Betapa azabnya selepas banjir.Mengikut kata guru-guru saya ramai orang berebut makanan dan minuman kerana kelaparan.Suasana seperti ini  tidak pernah dihadapi sebelum banjir.Makanan mewah dan tak habis makan. Sekarang ini sebaliknya kerana beberapa tempat hancur lebur yang tinggal hanyalah puing-puing berserakan kesan banjir ala tsunami yang mengganas di bumi ini.



















Di rumah Imam Mengkebang.
















Ahli Waris Wanita turut sama membantu














Waris di Pusat Pengumpulan Bekalan SMK Bandar Kuala Krai.

Kejadian yang cukup menyedihkan ini seharusnya membuka mata hati kita semua untuk membuat refleksi melaksanakan perintah Tuhan dengan penuh ikhlas dan tidak membiarkan ekosistem hutan di cemari oleh tangan-tangan rakus memperkosa kehidupan alam sehingga mengundang bala bencana kepada manusia lain.




Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 3 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...