Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang bertujuan membangun daya potensi pelajar menjadi intektual berintegriti , mempunyai idealisma futuristik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada kemenjadian murid atau JERI. Pembangunan modal insan holistik melalui perancangan strategik dan sistematik selaras dengan misi dan visi menjadi agenda utama sesebuah sekolah . Membangun karisma sekolah bermakna menentukan status quo samada perlu maju atau tinggal kekal tanpa sebarang perubahan.
Fungsi Pengetua
Pemimpin tertinggi sekolah ialah Pengetua atau Guru Besar. Pengetua sebagai pemimpin, pengurus dan pentadbir bertanggungjawab melaksanakan pelbagai fungsi menjadi indikator penentu kemajuan sesebuah sekolah. Secara realiti Pengetua berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji kekuatan intelektual dan profesionalisma semasa melaksanakan tugas. Tanggungjawab membangun sekolah menjadi sebuah institusi yang berwibawa memerlukan ilmu, kemahiran dan kecekapan kerana membina kredibiliti menuntut pemimpinnya berfikir secara dinamik yang sentiasa peka dengan perubahan persekitaran, memanfaat sumber manusia berbakat dan yang paling dominan cara mengurus organisasi dengan baik . Bill Gates berkata " Sekiranya kita mau berubah , setelah orang lain sudah berubah, kita sebenarnya telah terlambat". Justeru peranan dan fungsi Pengetua sangat penting untuk menjana perubahan organisasi kearah kecemerlangan kerana kekuatan dan kelemahan sekolah bergantung kepada corak dan gaya kepimpinannya . Sekolah-sekolah yang menempa kejayaan cemerlang dipimpin oleh pengetua bersifat dinamik,cekap , berwibawa dan berkesan kerana pemimpin menentukan mekanisma yang sesuai untuk mencapai matlamat organisasinya.
Warna sekolah ceria , segar
menyejukan menjadi lambang
kekuatan intelektual pelajar dan guru .
SMK Sinar Bintang
Selaku pengetua SMK Sinar Bintang , saya bersama para pentadbir dan guru guru kanan sentiasa berbincang mencari pendekatan terbaik membangun karisma sekolah menjadi sebuah gedung ilmu yang berkualiti melahirkan pelajar bestari. Sebagai pemimpin instruksional ,kita telah merangka strategi jangka panjang dan jangka pendek untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar berdasarkan SWOT, STAR dan Pembestarian PMR / SPM sebagai strategi yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik mereka. Sasaran pengetua telah disampaikan dalam mesyuarat guru, post-mortem PMR dan SPM , perjumpaan bersama pengurusan tertinggi dengan memberi fokus kepada : Akademik 60%, Kokurikulum 20% dan Sahsiah 20% . Pemberatan ini menjadi petunjuk dan hala tuju sekolah sebagai sasaran kerja utama .
Gaya Kepimpinan
Mengurus manusia tidak semudah ungkapan bicara. Berurusan dengan setiap orang memerlukan kebijaksanaan , kesabaran tinggi, ketajaman minda dan kekuatan ilmu sebagai medium komunikasi berkesan mencapai matlamat organisasi. Dalam lembut tetap tegas . Dalam tegas penuh budibicara menjadikan pengurusan itu suatu seni yang sangat identik dengan kepimpinan . Pembangunan citra organisasi tidak akan terlaksana sekiranya tertumpu kepada juzuk pengurusan tertentu sahaja. Bagi merealisasikan inspirasi tersebut, saya menggunakan pendekatan Mesra Pelajar, Mesra Guru, MBO, MBW , Base on Trust dan Keseronakan Bekerja sebagai prinsip yang diamalkan dalam organisasi.
Membangun karisma sekolah
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua.
16 Oktober,2012.

Membangun karisma sekolah memerlukan pemimpin berfikir di luar kotak dengan membuka ruang kerjasama bersama agensi lain sebagai sinergi meningkatkan pencapaian pengurusan dan pentadbiran . Jalinan kerjasama (nextwork) bersama institusi pendidikan swasta seperti Sunway Kolej dan Kolej KDU Damansara membuahkan hasil apabila pelajar kami dianugerahkan tempat pertama pertandingan memasak yang melayakan mereka mendapat anugerah ke Switzerland dan seorang bekas pelajar memperoleh 'award' kerana mencapai prestasi terbaik dalam ACCA . Melalui pemerhatian dan maklumbalas secara rawak, kebanyakan pelajar dan guru berpuashati dengan pelaksanaan polisi tersebut. Buktinya pelajar dan guru bermotivasi dalam proses P&P , tiada pelajar ponteng, sangat kurang perbuatan vandalisma dalam kalangan pelajar. Mereka dilihat menyayangi sekolah dan menghormati guru. Iklim sekolah yang semakin kondusif menjadi pemangkin kepada pelajar cintakan ilmu . Kita menetapkan seramai 40 orang calon PMR mendapat semua A dan 20 orang dalam SPM nanti InsyaAllah . Saya merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada calon calon PMR yang berakhir pada hari ini (16/10/2012 Selasa) kerana mempamerkan disiplin yang cukup tinggi . Mereka tidak melepaskan tekanan dengan bunyi mercun dan membuat bising sehingga memerlukan pemantauan guru disipilin sepanjang masa . Tahniah pelajar pelajar ku . Saya dan guru-guru sentiasa berdoa semoga anda semua memperoleh keputusan CEMERLANG .
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua.
16 Oktober,2012.
No comments:
Post a Comment