Tuesday, October 2, 2012

Merealisasi Realiti Harapan Pengarah

Bicara  Profesionalisma Pengarah bersama Pengetua dan Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari Isnin  1 Oktober, 2012 menyentuh beberapa isu penting mengenai pembangunan organisasi dan intelektual pelajar .Tuan Abdullah Mad Yunus  mengucapkan tahniah kepada Sektor Jaminan Kualiti kerana dapat menghimpunkan semua Pengetua dan Guru Besar dalam majlis seperti ini. Pengalaman beliau semasa berkhidmat  di Kedah dan Selangor sangat sukar untuk berjumpa sekaligus bersama pemimpin sekolah. Beliau mengharapkan pertemuan seperti ini sangat bermanfaat untuk perkembangan pendidikan di Wilayah Persekutuan.



Tuan Abdullah Mad Yunus menyampaikan anugerah
tokoh ICT 2012 kepada seorang Guru Besar SJK(C)
Choong Wen.
Sumber : SJK(C) blog

Tanggungjawab Ketua 

Tanggungjawab seorang ketua  ialah membangun organisasinya  mencapai matlamat yang ditetapkan Kementerian Pelajaran menjadi realiti. Beliau mengemukakan perangkaan sekolah di Wilayah Persekutuan dengan perincian : 297 buah sekolah, 200 Sekolah Rendah, 97 Sekolah Menengah 18,024 guru dan 245,000  murid yang perlu diselia dengan baik . Justeru sehingga kini beliau telah melawat  157 buah sekolah untuk melihat secara  realiti  institusi dibawah seliaannya . Beliau mengingatkan Pengetua dan Guru Besar perlu membuat semakan atau refleksi pencapaian sekolah masing-masing samada kekal (status quo) atau menjadi realiti seperti yang diharapkan kerana " Responsibility of the leaders is to define reality" . Tanggungjawab seorang ketua ialah bekerja keras dan sentiasa memberikan galakan kepada orang bawahannya sama-sama membangun organisasi sebagai sebuah keluarga besar kerana realiti, wajah dan pembangunan sekolah bergantung kepada Pengetua. 

Pengetua sebagai CEO

Tugas utama guru ialah membangun potensi murid menjadi modal insan yang unggul dan holistik. Sebagai "Human Specialist", peranan guru berubah menjadi seorang Ketua Eksekutif (CEO)  yang memerlukan kekuatan ilmu dan kemahiran mengurus pelbagai sumber seperti pengurusan kewangan, peralatan, manusia dan  hubungan luar  bagi memastikan "Quality Assurance" memenuhi piawaian berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia  (SKPM) .Dalam hal ini penilaian terakhir ialah keputusan (result) yang dikeluarkan sebagai indikator pencapaian sesebuah sekolah .

Rumusan Ucapan Pengarah

Pengetua perlu buat refleksi pencapaian
Pengetua perlu membuat Anjakan
Pengetua perlu memahami dan mengaplikasi PPP
Sistem Pendidikan kita berada pada 1/4 (bawah) dalam sistem pendidikan dunia.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua ,
SMK SINAR BINTANG(STAR SCHOOL)
Segambut, Kuala Lumpur.
2/10/12



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...