Friday, October 12, 2012

Sejarah Penubuhan Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat















Nostalgia semasa menumpang di Bilik Bimbingan dan Kaunseling
sementara menunggu bilik pejabat siap .Bekerja seorang diri selama
tiga minggu  pada bulan November,2008 sebelum pegawai lain tiba.


Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) di tubuhkan berdasar waran perjawatan W.P. Bil.S 168/2008 yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam  ( JP A)  dan  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran (BPSM  ) pada tahun 2008 . Penjawat di PPW berbeza dengan negeri-negeri lain kerana berstatus Timbalan Pengarah Gred DG 54 .  Pejabat sementara beroperasi di SK Jalan Kuantan selama hampir 2 tahun sebelum berpindah ke Bangunan TH Selbourn pada September 2011. Perjawatan yang diluluskan hanya untuk penyandang  Timbalan Pengarah PPPS DG 54 dan Timbalan Pegawai Pendidikan Gred DG48 pada peringkat awal penubuhan.













Pejabat Pelajaran Keramat peringkat awal penubuhan.

Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul

Dalam masa yang sama Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul ( PPWS) juga diluluskan penubuhannya dan memulakan operasi  di Bangunan  SK Sentul Utama Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada pertengahan November,2008. Sepertimana PPWK , Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul (PPWS) juga menghadapi masalah yang sama. Mulai September,2011 Hajah Nik Ramas Nik Wan dilantik sebagai TPP menggantikan Puan Hajah Rohana Mahmud yang bersara wajib.

Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu

Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu antara yang terawal diluluskan penubuhannya disamping Pejabat Pelajaran Putrajaya yang sedia ada. Penjawat pada masa itu ialah Yg.Bhg. Datin Khairiah Abdul Majid memimpin selama beberapa tahun sebelum bertukar ke Sektor Pengurusan Sekolah JPN Wilayah dan diganti oleh  Hj Jamaluddin Abdullah . Datin Khairiah kemudian berpindah sebagai Nazir Persekutuan sebelum bersara wajib pada akhir  tahun 2011. Mulai November 2011, TPP Bangsar/Pudu di sandang oleh Tuan Haji Ismail Musa menggantikan Hj. Jamaluddin Abdullah yang bersara wajib pada November,2011.

Penstrukturan Perjawatan

Kebanyakan pegawai di pinjamkan dari sekolah untuk membantu kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran kerana belum di luluskan  waran perjawatan  . Saya orang pertama yang ditugaskan ke PPWK pada November,2008 sewaktu penstrukturan semula perjawatan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Saya berkhidmat di Unit Penilaian dan Peperiksaan dari tahun 2001-2009 .  Unit Penilaian Peperiksaan telah dinaiktaraf menjadi Sektor dan Che'Noh Muda mantan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KSPS) dipindahkan untuk mengisi perjawatan KS Penilaian dan Peperiksaan.















Bersama En Mansor (kini KU Unit Sukan)

















Bersama Pn Zaiton GB SK Jalan Kuantan 1


Menyambut Hormat

Saya masih ingat Guru Besar SK jalan Kuantan 1 Pn Zaiton menyambut saya dengan penuh hormat dan membenarkan saya menjalankan  tugas  di bilik Bimbingan dan Kaunseling selama sebulan . Pada mulanya beliau menyangka saya ingin melawat sekolah dan bertanya tentang urusan peperiksaan tapi saya menyatakan ingin melapor diri sebagai Pegawai PPWK . Beliau agak terkejut kerana saya orang pertama dan terawal tiba.  Pengarah Pelajaran waktu itu Haji Mohd. Radzi Abd Jabbar telah membuat rombakan dan menempatkan pegawai mengikut norma perjawatan yang diluluskan Kementerian. Ketika itu beberapa orang pegawai JPWP mula melapor diri  di PPWK  untuk sama-sama membantu merancang dan membina tapak pejabat pengurusan.Jodoh saya dengan PPWK tak lama hanya sebulan saja sebelum diarahkan kembali ke Sektor Penilaian Peperiksaan(SPP)  mengisi perjawatan Ketua Penolong Pengarah (KPP). Setelah kurang lebih 2 bulan berada di SPP, saya diarah bertugas di SMK Danau Kota mulai 16 Mac 2009 sebagai Pengetua .

Timbalan Pengarah Pertama

Pn Hajah Hanim Ibrahim mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor merupakan penyandang pertama jawatan Timbalan Pengarah Gred DG 54 di PPWK mulai April 2009 . Sebelum itu  En. Ismail Ibrahim pegawai PPDa  JPWP diberi tanggungjawab menjadi penyelaras (care taker)  dan beberapa orang pegawai yang dipinjamkan dari Jabatan dan Sekolah bagi mengendalikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan . Pn Hajah Hanim seorang pegawai tegas tapi mesra . Selama beliau berkhidmat sebagai TPP banyak perubahan yang telah dilakukan untuk peningkatan pembangunan pendidikan khususnya bagi Zon Keramat .
















Perbincangan menentukan lokasi sesuai bilik TPP


















Kerja-kerja pengubahsuaian bilik mengikut spesifikasi 
jawatan TPP dan pegawai .


Kerjasama Padu

Sesungguhnya memulakan kerja-kerja asas membina tapak pejabat pengurusan dan pentadbiran PPWK melalui kerjasama padu rakan rakan  seperti  En.Muzammir, En.Mansur, En. Safri, En. Hazman, En. Reda , Pn. Maneh, Pn. Ismail Mazuin ,Pn. Hanim Rithuan, Pn. Zawiah dan Ustaz kamaruddin  meninggalkan sebuah nostalgia yang sukar dilupakan dalam sejarah perkhidmatan saya sebagai seorang pentadbir dan pendidik. Kenangan di tempat ini terlalu menyentuh emosi saya sebagai penjawat awam kendatipun  dalam tempoh perkhidmatan yang singkat di sini. Bayangkan saya bersendirian bekerja tanpa teman selama hampir empat minggu di sini.Setiap hari saya baca nota mengenai PIPP sehingga hafal dan memahami dengan baik setiap dasar dan polisi Kementerian. Waktu rehat saya menjamu mata melihat keindahan Tasik Titiwangsa yang tenang dan bersih untuk menenangkan fikiran.

Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Kini


 Serah tugas TPP  disaksikan oleh 
Dato' Khairil  Awang Pengarah JPN Wilayah




















Sumber gambar : PPWK Laman Rasmi


Setelah beroperasi selama hampir 2 tahun di SK Jalan Kuantan 1, PPWK telah berpindah ke Bangunan TH Selbourn pada awal September,2011. Pn Hajah Hanim sempat bertugas di premis yang elegan ini selama beberapa bulan sebelum menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam dengan jawatan tertinggi Timbalan Pengarah Gred DG54. Tempat beliau diisi oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (KSPK) En. Tajuddin Mohd. Mor (gambar)  mulai November,2011. Tuan Tajuddin mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan kerana pernah berkhidmat sebagai Pengetua, ketua Sektor dan jawatan terkini Timbalan Pengarah disamping tugas-tugas lain seperti pernah menjadi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cheras selama dua penggal . Adunan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran menjadikan beliau seorang pegawai kanan yang berwibawa, cekap dan berkualiti .


Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang.
13 Oktober,2012.


Catatan : Tulisan ini semata-mata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya semasa singgah sebentar di PPWK  pada  November dan Disember, ,2008 .




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...