Thursday, October 11, 2012

Terima Kasih dan Penghargaan




Terima kasih dan penghargaan kepada guru ku YM Tengku Abas Tengku Yunus yang menyediakan "banner" ini sebagai penyuntik semangat kepada calon calon PMR dan SPM SMK  Sinar Bintang    mendapat   keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan tersebut. We   teachers   behind you. Prove your talent and be the best in your exam. Your success is our happiness. 

 








Wajah wajah ceria para guru menjadi penyuntik semangat kepada calon-calon SMK SINAR BINTANG.

Kepada semua guru saya merakamkan penghargaan dan terima kasih tak terhingga kerana bertungkus lumus membantu pelajar membuat ulangkaji, latih tubi, menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemajuan akademik mereka. Semoga segala curahan ilmu dan kepakaran tuan/puan  membuahkan hasil yang kita dambakan bagi seluruh keluarga besar SMKSB. Mari bersama kita angkat martabat profesyen perguruan menjadi sebuah institusi yang disegani sebagai sebuah badan bermaruah, berintegriti , kompetetif  menjana modal insan yang produktif, konstruktif , inovatif  untuk pembangunan masa depan negara .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua .
11 Oktober,2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...