Kak Ngah bersama Registrar Weltec
Wellington Institue of Technology Weltec 2007.
Kak Ngah siti Aliyah Che' Yahya memperolehi Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Wellington Institute pada tahun 2007. Kemudian menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di RMIT Melbourne Australia selama 1 tahun 5 bulan dan memperoleh Master of IT pada tahun 2009. Wellington Ibu Kota New Zealand terletak di kepulauan Utara. Penerbangan dari KLIA ke Auckland selam 11 jam sungguh memenatkan. Dari Auckland ke Welly selama 1 jam dengan Air New Zealand. Negara ini sangat cantik dan bersih . Ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di beberapa Institusi seperti Victoria University, Massey University, Otago University(Pulau Selatan) di Dunedin. Saya sempat mengunjungi Dunedin bersama Dr. Jamil Adimin LPM dan sdra. Zamri (KU UPP Kelantan) pada penghujung tahun 2006 semasa berkhidmat di Unit Penilaian Peperiksaan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dari tahun 2001-2009.
Che'Yahya Che'Soh
Koleksi pengalaman .
No comments:
Post a Comment