Wednesday, October 31, 2012
Graduation day 23 October 2012
Principal address his speech in the event.
We want Excellence . We want all A's.
We can. Yes definitely we CAN
Thank you so much my beloved students .
Several students look enthusiasm
while showing their signs victory .
We all proud of you . Love yourself,
love your parent, love your teachers
and love your school.
BE THE BEST IN YOUR SPM .
Credit to : Teacher Rosnah Samlee.
Sincerely
Che' Yahya Che'Soh
Principal
31 October,2012.
Taman Hijau Lestari menghiasi pintu masuk utama sekolah.
Dulunya kawasan ini tempat buangan sampah sarap.
Kawasan terbiar dimanfaatkan dengan hijau dedaunan beradun lembut bunga bungaan yang menyejukan mata ('ain)
membentuk lanskap SMKSB.
Terima kasih Ummi sweeper menjaga
kebersihan taman ini setiap pagi.
Bunga kembang pagi mewarnai aura SMKSB
Terima kasih Monasik Tukang Kebun
yang rajin dan setia .
Adunan merah jambu dan kekuningan menjadi terapi diri
Monasik tukang kebun yang rajin dan setia (gambar atas kanan)
Hijau berkacuk merah hati menyerikan Taman lestari
Kredit : Cik gu Rosnah .
Pembangunan iklim sekolah merupakan ciri penting membangkitkan aura pelajar dan guru. Saya akan pastikan InsyaAllah SMKSB menjadi sebuah institusi berwibawa dan di segani kerana lonjakan akademik , kemajuan kokurikulum dan sukan sebagai indikator KECEMERLANGAN menuju STAR SCHOOL .
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua .
31 Oktober,2012
Taufan Sandy mengganas di AS
Taufan Sandy mengganas di AS
NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang
dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas,
membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal
hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa
dipindahkan.
Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New
Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila
taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia
hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.
Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.
Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam,
melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan
beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh
dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan
New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500
penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.
Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api
bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara
kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah
terputus bekalan elektrik.
Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang
banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang
mengalami kecederaan ringan.
Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir
setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta
api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di
hospital terpaksa mencari tempat berlindung.
Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa
nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini,
namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap
keselamatan awam.
Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini
bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin
kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.
Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa.
Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan
kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan
kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI
Utusan Malaysia Online 31 Oktober,2012.
Sandy terus bawa sengsara, 8.2 juta penduduk tanpa elektrik
NEW YORK: Kesengsaraan yang dibawa Taufan Sandy terus menimpa
jutaan penduduk di timur Amerika Syarikat apabila bekalan tenaga
terputus menyebabkan sistem pengangkutan dan pergerakan orang ramai
lumpuh untuk beberapa hari lagi.
Angka korban kini meningkat kepada 39 orang, dengan kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan dihempap pokok tumbang.
Angka korban kini meningkat kepada 39 orang, dengan kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan dihempap pokok tumbang.
Taufan itu membadai New Jersey petang semalam waktu tempatan
menyebabkan bekalan elektrik kepada lebih 8.2 juta penduduk terpaksa
dihentikan.
Bandaraya New York adalah antara yang paling teruk terjejas apabila kota kewangan terbesar dunia itu ditutup untuk hari kedua, hari ini.
Ribut dan hujan lebat itu membawa kerosakan kepada sisten pengangkutan bawah tanah di New York yang berusia 108 tahun itu.
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, berkata ia mungkin mengambil masa empat atau lima hari lagi kepada sistem transit terbesar Amerika itu untuk pulih.
“Ia adalah ribut pemusnah paling dahsyat, mungkin paling terburuk yang pernah saya lalui," katanya.
Kerosakan yang sebenar di New Jersey kini sedang dikenal pasti sebaik pagi menjelang hari ini dengan pasukan kecemasan berlegar-legar untuk mencari dan menyelamatkan ratusan mangsa.
Setakat ini lebih 15,000 penerbangan dengan tiga lapangan terbang utama di New York masih ditutup.
Beberapa jambatan ke bandar raya itu dibuka semula namun kebanyakan terowong utama masih ditutup, termasuk sekolah. - AFP
Sumber: Berita Harian Online 31 Oktober,2012
Pentaksiran berasaskan sekolah akan dilaksana secara adil
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan bahawa
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksana secara adil terutama
dalam menentukan penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun kedua-dua peperiksaan utama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan berubah ke PBS, kementerian akan memastikan kualiti pelajar kekal baik selain memastikan sukatan pelajaran tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.
"Di bawah PBS, pelajar akan dinilai melalui empat komponen yang
merupakan pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti
jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik," katanya
ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di Dewan Rakyat
hari ini.
Wee berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memantau standard kertas soalan dan kualiti markah yang dibuat oleh guru.
Guru dikehendaki untuk mengikuti Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan tidak semata-mata bergantung kepada markah yang diterima dalam peperiksaan, katanya.
Menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Wee berkata menjelang 2016, murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambah baik berasaskan pelaksanaan PBS dan bagi peringkat sekolah menengah pula, dijangkakan menjelang 2014, PBS dapat dilaksanakan sebagai penambahbaikan kepada PMR.
Beliau berkata pentaksiran pendidikan dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemajuan pendidikan pelajar, keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan kurikulum yang dijalankan di sekolah. - BERNAMA
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun kedua-dua peperiksaan utama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan berubah ke PBS, kementerian akan memastikan kualiti pelajar kekal baik selain memastikan sukatan pelajaran tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.
Wee berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memantau standard kertas soalan dan kualiti markah yang dibuat oleh guru.
Guru dikehendaki untuk mengikuti Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan tidak semata-mata bergantung kepada markah yang diterima dalam peperiksaan, katanya.
Menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Wee berkata menjelang 2016, murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambah baik berasaskan pelaksanaan PBS dan bagi peringkat sekolah menengah pula, dijangkakan menjelang 2014, PBS dapat dilaksanakan sebagai penambahbaikan kepada PMR.
Beliau berkata pentaksiran pendidikan dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemajuan pendidikan pelajar, keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan kurikulum yang dijalankan di sekolah. - BERNAMA
Sumber: Berita Harian Online 31 Oktober,2012
Sunday, October 28, 2012
Tsunami hits Hawaii after 7.7-magnitude Canada earthquake
HONOLULU: Hawaii was hit by a tsunami on Saturday night
prompting the authorities to order at least 100,000 people on the island
state to move to higher ground. The Pacific Tsunami Warning
Center said the first tsunami wave was three feet high and less forceful
than expected. Some forecasts had predicted a wave of up to six feet
high.
“The tsunami arrived about when we expected it should,” Senior
Geophysicist Gerard Fryer told reporters at a news conference, saying:
“I was expecting it to be a little bigger.” Other waves were
expected.
The tsunami hit with little warning and an alert, issued at short
notice due to initial confusion among scientists about the quake’s
undersea epicenter, caused massive traffic congestion as motorists made a
mass exodus from low-lying areas.
The Warning Center had said the first tsunami wave would strike the islands at 10:28 p.m. Hawaii Standard Time.
Honolulu Mayor Peter Carlisle announced that all police and emergency
personnel were being pulled out from potential flood zones shortly
before the first wave, leaving anyone defying evacuation orders to fend
for themselves. He urged motorists who remained caught in harm’s way due
to gridlocked roads to abandon their vehicles and proceed on foot.
“If you are stuck in traffic, you might consider getting out of your
car and consider walking to higher ground. You will have to assess your
own situation, depending on where you are right now. Right now it is
critical,” he said Vindell Hsu, a geophysicist at the Tsunami
Warning Center said an estimated 100,000 to 150,000 people who live in
Hawaii’s coastal zones had been urged to move to higher ground until
after 10:30 p.m.
Governor Neil Abercrombie issued an emergency proclamation for the state.
The tsunami center cautioned that wave height could not be predicted
and that the first wave “may not be the largest”. It said: “All
shores are at risk no matter which direction they face”.
The warnings followed a powerful earthquake with a magnitude of 7.7
that hit Canada’s Pacific coastal province of British Columbia late on
Saturday.
There were no reports of major damage. Residents in parts of British
Columbia were evacuated but the province appeared to escape the biggest
quake in Canada since 1949 largely unscathed.
The U.S. Geological Survey said the powerful quake hit the Queen
Charlotte Islands just after 8 p.m. local time Saturday at a depth of
about 3 miles (5 kilometers) and was centered 96 miles (155 kilometers)
south of Masset, British Columbia. It was felt across a wide area in
British Columbia, both on its Pacific islands and on the mainland.
“It looks like the damage and the risk are at a very low level,” said
Shirley Bond, British Columbia’s minister responsible for emergency
management said. “We’re certainly grateful.”
The National Weather Service issued a tsunami warning for coastal areas
of British Columbia, southern Alaska and Hawaii, but later downgraded
the warning to an advisory for southern Alaska and British Columbia.
They also issued an advisory for areas of northern California and
southern Oregon.
The first wave of the small tsunami, about 4 inches (101.6
millimeters), hit the southeast Alaska coastal community of Craig.
The Pacific Tsunami Warning Center originally said there was no threat
to the islands of Hawaii, but a warning was issued later Saturday and
remains in effect until 7 p.m. Sunday. A small craft advisory is in
effect until Sunday morning. The center says the first tsunami wave
could hit the islands by about 10:30 p.m. local time.
Dennis Sinnott of the Canadian Institute of Ocean Science said a
69-centimeter (27 inch) wave was recorded off Langara Island on the
northeast tip of Haida Gwaii, formerly called the Queen Charlotte
Islands. The islands are home to about 5,000 people, many of them
members of the Haida aboriginal group. Another 55 centimeter (21 inch)
wave hit Winter Harbour on the northeast coast of Vancouver Island.
“It appears to be settling down,” he said. “It does not mean we won’t get another small wave coming through.”
Canada’s largest earthquake since 1700 was an 8.1 magnitude quake on
August 22, 1949 off the coast of British Columbia, according to the
Canadian government’s Natural Resources website. It occurred on the
Queen Charlotte Fault in what the department called Canada’s equivalent
of the San Andreas Fault — the boundary between the Pacific and North
American plates that runs underwater along the west coast of the Haida
Gwaii.
Saturday’s quake was the strongest in Canada since 1970 when a 7.4 magnitude quake struck south of the Haida Gwaii.
The USGS said the temblor shook the waters around British Columbia and
was followed by a 5.8 magnitude aftershock after several minutes.
Several other aftershocks were reported.
The U.S. Coast Guard in Alaska said it was trying to warn everyone with
a boat on the water to prepare for a potential tsunami.
Lt. Bernard Auth of the Juneau Command Center said the Coast Guard was
working with local authorities to alert people in coastal towns to take
precautions.
The quake struck 25 miles (40 kilometers) south of Sandspit, British
Columbia, on the Haida Gwaii archipelago. People in coastal areas were
advised to move to higher ground.
Urs Thomas, operator of the Golden Spruce hotel in Port Clements said
there was no warning before everything began moving inside and outside
the hotel. He said it lasted about three minutes.
“It was a pretty good shock,” Thomas, 59, said. “I looked at my boat
outside. It was rocking. Everything was moving. My truck was moving.”
After the initial jolt, Thomas began to check the hotel.
“The fixtures and everything were still swinging,” he said. “I had some picture frames coming down.”
Lenore Lawrence, a resident of Queen Charlotte City on the Haida Gwaii,
said the quake was “definitely scary,” adding she wondered if “this
could be the big one.” She said the shaking lasted more than a minute.
While several things fell off her mantle and broke, she said damage in
her home was minimal.
Many on the B.C. mainland said the same.
“I was sitting at my desk on my computer and everything just started to
move. It was maybe 20 seconds,” said Joan Girbav, manager of Pacific
Inn in Prince Rupert, British Columbia. “It’s very scary. I’ve lived
here all my life and I’ve never felt that.”
Residents rushed out of their homes in Tofino, British Columbia on
Vancouver Island when the tsunami sirens sounded, but they were allowed
to return about two hours after the quake.
In Hawaii, tsunami warning sirens could be heard blaring out across
Honolulu, the state capital on Oahu, the state’s most populous island,
prompting an immediate crush of traffic, with many motorists stopping
first at service stations to top up with gasoline.
At movie theaters, films were halted in mid-screening as announcements were made urging patrons to return to their homes.
he last time Oahu had a tsunami warning was after the devastating Japanese earthquake of March 2011.
On Honolulu’s famed Waikiki Beach, residents of high-rise buildings were told to move to the third floor or higher for safety.
Stephany Sofos, a resident of Diamond Head near Waikiki, said most people had either evacuated or relocated to a higher floor.
“I moved my car up the hill, packed up my computer and have my animals
all packed and with me,” Sofos said, saying that she had not yet seen
any obvious receding of the surf, a telltale sign that a tsunami wave is
imminent.
“I’m pretty confident because we have a lot of reefs out there and that
will prevent any major damage. Maybe it’s a false confidence, but I’m
not really worried,” she said, adding, “It is nerve-wracking.”
Tsunami Warning Center Geophysicist Gerard Fryer said the tsunami had
caught scientists by surprise.
“We thought that the earthquake was on land and when we learned that it
was deeper undersea and we gathered more information, we had no choice
but to issue a warning,” he said As residents scrambled to reach
higher ground on Oahu, at least four major road accidents were reported
by the state Emergency Medical Services. More accidents were also
reported on the outer islands. --
Source : New Straits Time Online 29 October,2012
Lebuh Raya Macet Kerana Sikap Pengguna
Sambutan Hari Raya IdulAdha pada 26 Oktober,2012 baru-baru ini sungguh meriah. Hari kebesaran Islam menandakan sempurnanya jutaan umat manusia mengerjakan wukuf di Arafah yang jatuh pada Hari Khamis 25 Oktober. Semoga Allah SWT menerima amalan mereka sebagai HAJI MABRUR . Umat Islam di Malaysia merayakannya pada Hari Jumaat . Perbezaan waktu Malaysia- Arab Saudi 5 jam lebih awal .
Lebuh Raya Macet
Menjadi tradisi bagi umat Islam Malaysia menyambut raya di kampung dan desa bersama kaum keluarga . Lebuh raya seluruh negara macet (sesak) dengan kenderaan yang berbondong-bondong menuju kampung halaman masing-masing seawal dini hari. Perjalanan pada waktu biasa mengambil masa hanya 6-7 jam ke Kelantan menjadi 12 atau 13 jam pada musim perayaan . Balik Kelantan seumpama pergi ke London . Demikian keluh isteri saya bersama anak . Sikap pengguna yang mementingkan diri menyebabkan kesesakan berpuluh kilometer terutama semasa hendak membayar tol. Sesetengah pengguna tanpa memikirkan bahaya orang lain terus memecut macam pelesit mengambil laluan kecemasan menyebabkan berlakunya kecelaruan dan simpang siur yang sungguh menggerunkan. Pengalaman mengalami kesesakan panjang saya lalui ketika di Chegar Perah pada 25 Oktober lalu sungguh menyeksakan. Sikap pengguna yang tidak berdisiplin menyebabkan kesesakan tidak terkawal. Kenderaan tidak dapat bergerak selama hampir sejam . Kedua-dua hala tidak boleh di lalui sehingga pihak Polis terpaksa mengeluarkan saman kepada kenderaan yang engkar laluan. Setelah campur tangan Polis , perjalanan agak lancar dan kami tiba di rumah jam 8.30 malam (genap 13 jam) . Sebenarnya perjalanan menjadi lebih selamat, teratur dan harmoni sekiranya pengguna mematuhi peraturan . Orang Malaysia sebenarnya baik dan bertolak ansur tetapi amalan ini tidak berlaku ketika memandu . Saya pernah terbaca dalam surat khabar Bahasa Inggeris beberapa tahun lalu bunyinya lebih kurang " Malaysian drivers never consider other motorist " . Memang ada benarnya dakwaan pelancung asing tersebut melihat sikap dan cara kita memandu .
Perjalanan Balik ke Kuala Lumpur.
Setelah selesai melaksanakan ibadah korban, pada hari Sabtu 27 Oktober saya memohon izin dengan ayah dan keluarga untuk ke Kuala Terengganu menghantar anak (Kak Ngah) ke UNISZA dan kami bermalam di Permai Inn. Esoknya sesudah sarapan dan menghantar Kak Ngah kami bertolak balik ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Perjalanan pada mulanya lancar . Banyak kenderaan mengguna laluan Bandar Mu'azzam Shah melalui Chenih Baharu untuk ke Tol Jabor .
Sumber Gambar: Internet
Setelah mengisi minyak di Chenih baru dan menunaikan solat Zohor dan Asar (jamak) kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur . Kenderaan cukup banyak memenuhi LPT menyebabkan sesetengah pengguna mula memotong mengikut laluan kecemasan . Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila sampai TOL menuju Karak . Masing-masing berebut membayar tol . Kita yang sedang beratur untuk sentuh kad (Touch N Go) dihalang kenderaan lain sehingga terpaksa bersabar. Hingar bingar dan simpang siur tidak terurus sehingga kesesakan berpuluh kilometer. Puluhan kenderaan tersadai di tepi jalan kerana enjin terlalu panas . Saya tidak dapat bayangkan keluarga yang membawa anak-anak kecil menghadapi situasi seperti ini . Setelah menempuh perjalanan yang perit menguji kesabaran iman, akhirnya kami sampai di rumah pada jam 930 malam . Alhamdulillah .
Sumber Gambar: Internet
Setelah mengisi minyak di Chenih baru dan menunaikan solat Zohor dan Asar (jamak) kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur . Kenderaan cukup banyak memenuhi LPT menyebabkan sesetengah pengguna mula memotong mengikut laluan kecemasan . Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila sampai TOL menuju Karak . Masing-masing berebut membayar tol . Kita yang sedang beratur untuk sentuh kad (Touch N Go) dihalang kenderaan lain sehingga terpaksa bersabar. Hingar bingar dan simpang siur tidak terurus sehingga kesesakan berpuluh kilometer. Puluhan kenderaan tersadai di tepi jalan kerana enjin terlalu panas . Saya tidak dapat bayangkan keluarga yang membawa anak-anak kecil menghadapi situasi seperti ini . Setelah menempuh perjalanan yang perit menguji kesabaran iman, akhirnya kami sampai di rumah pada jam 930 malam . Alhamdulillah .
Che'Yahya Che'Soh
29 Oktober,2012.
Isnin 13 Zulhijjah 1433H
Majlis Tamat Tingkatan 5
Monday, October 22, 2012
Tahniah Ustaz Erfino
Ustaz Mohd. Erfino Johari
Saya mendapat tahu Tuan telah dilantik sebagai Director/Counsellor Education Malaysia New Zealand (EMNZ) baru-baru ini. Tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya kerana di beri amanah sekali lagi sekembalinya dari MSD LONDON . Sesungguhnya ilmu, pengalaman, kepakaran dan hubungan kemanusiaan yang baik menjadi indikator kerjaya tuan. Ustaz Erfino mempunyai kekuatan intelektual yang tinggi kerana mampu menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik. Pengalaman sebagai guru, pegawai Lembaga Peperiksaan, Atase, Pegawai Khas YB Menteri menjadi resipi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih afektif . I belief you can contribute your excellent work to serve Malaysian Students and our community in New Zealand sepertimana tuan di London dulu . Sebenarnya Ustaz Mohd. Erfino ialah guru anak anak saya ( ALi Akbar Che'Yahya dan Siti Aisyah Che'Yahya ) semasa di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) beberapa tahun lalu .
Selamat bertugas di Wellington .
Selamat bertugas di Wellington .
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang,
Segambut Kuala Lumpur.
22 Oktober,2012
22 Oktober,2012
Saturday, October 20, 2012
Red Warrior Gedebe
Tahniah pasukan Kelantan (Red Warrior Gedebe ) sekali lagi menjulang piala Malaysia dengan kemenangan 3-2 mengalahkan ATM . Rakyat Kelantan berbangga dengan pencapaian ini . Semoga semangat RED WARRIOR menjadi indikator kemajuan dalam segala bidang . Tahniah . Kepada para penyokong berhati hati semasa memandu pulang . Pandu lah kenderaan anda dengan berhemah dan selamat . Jange belumbo ,kalu ngatok tido dulu . KLATE SENGOTI berjuang sunnguh hati .HEBAK WEH.
Che'Yahya Che'Soh.
20 Oktober,2012.
Kak Ngah bersama Registrar Weltec
Wellington Institue of Technology Weltec 2007.
Kak Ngah siti Aliyah Che' Yahya memperolehi Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Wellington Institute pada tahun 2007. Kemudian menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di RMIT Melbourne Australia selama 1 tahun 5 bulan dan memperoleh Master of IT pada tahun 2009. Wellington Ibu Kota New Zealand terletak di kepulauan Utara. Penerbangan dari KLIA ke Auckland selam 11 jam sungguh memenatkan. Dari Auckland ke Welly selama 1 jam dengan Air New Zealand. Negara ini sangat cantik dan bersih . Ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di beberapa Institusi seperti Victoria University, Massey University, Otago University(Pulau Selatan) di Dunedin. Saya sempat mengunjungi Dunedin bersama Dr. Jamil Adimin LPM dan sdra. Zamri (KU UPP Kelantan) pada penghujung tahun 2006 semasa berkhidmat di Unit Penilaian Peperiksaan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dari tahun 2001-2009.
Che'Yahya Che'Soh
Koleksi pengalaman .
Friday, October 19, 2012
Mesyuarat PBS di ILHAM PNB Resort Port Dickson
Pendidikan merupakan proses memindahkan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar melalui pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mencapai matlamat pembangunan negara bagi melahirkan modal insan yang produktif dan berdaya saing dengan negara-negara maju.Kemajuan dalam bidang pendidikan menjadi parameter pembangunan sesebuah negara. Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar iaitu RM38.7 bilion untuk pembangunan pendidikan negara sepertimana dalam bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Di bawah kepimpinan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran beberapa pembaharuan dalam pendidikan telah dilaksanakan . Dasar MBM,MBI, 1M,1S , SBT , LINUS , Dailog Nasional Pendidikan Negara dan Baiah merupakan pemikiran Muhyiddin merealisasikan penambahbaikan dalam pendidikan . Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang bermula pada 2013-2025 merupakan kesinambungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang berakhir pada tahun 2010 juga merupakan gagasan beliau untuk memacu kecemerlangan pendidikan negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Mesyuarat PBS
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Mesyuarat PBS
Bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) telah mengadakan mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Ilham Resort pada 17-19 Oktober 2012 (Rabu-Jumaat) kepada semua Pengetua Wilayah Persekutuan untuk memberikan pendedahan secara terperinci mengenai mekanisma dan pengoperasian PBS di seluruh Sekolah Menengah yang bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini. Lembaga Peperiksaan merupakan agensi bertanggungjawab merangka program penambahbaikan terhadap sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran berasaskan sekolah . Pengarah Peperiksaan ketika itu Datuk Yaakup Ederis @Idris (Almarhum-semoga Allah meredhainya) memimpin Lembaga Peperiksaan dengan cemerlang bersama pasukan (Task-force) yang di ketuai Dr. Khodori Ahmad, Dr. Jamil Adimin , Puan Mazni Mat Salleh, Datin Faisah (sekadar menyebut beberapa nama) membuat 'road show' ke setiap negeri mengenai transformasi dalam peperiksaan. Pentaksiran yang bersifat menyeluruh untuk menilai keupayaan murid membabitkan kognitif , emosi dan psikomotor menjadi elemen utama dalam PBS. Setiap pelajar mempunyai fail 'show case' dan fail biodata bagi merekodkan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang diduduki bersama 'evidence' yang ditetapkan.
Transformasi Pendidikan
Transformasi pendidikan bertujuan membuat penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada bagi melahirkan pelajar secara syumul sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekan keseimbangan Jasmani, kestabilan emosi, kekuatan rohani dan daya intelektual yang mapan (JERI). Penekanan kepada pencapaian peperiksaan semata-mata dilihat sangat membebankan pelajar dan ibu bapa sehingga terdapat beberapa kes pelajar cuba membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan yang mereka perolehi . Setiap perubahan sudah pasti mendapat rungutan, tentangan dan rasa kurang puas hati kepada semua pihak termasuk masyarakat, ibu bapa, guru-guru dan pelajar . Sistem Pentaksiran Kebangsaan sangat identik dengan hasrat FPK untuk mentaksir pelajar. Melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dinilai berdasarkan lima domain utama iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Saikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Peperiksaan Berpusat . Garis-garis Besar Haluan Pendidikan ini dirangka untuk mengangkat martabat institusi pendidikan dengan memberikan wewenang kepada para guru mentaksir pelajar mereka berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan .
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG (STAR SCHOOL).
20 Oktober,2012.
Transformasi pendidikan bertujuan membuat penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada bagi melahirkan pelajar secara syumul sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekan keseimbangan Jasmani, kestabilan emosi, kekuatan rohani dan daya intelektual yang mapan (JERI). Penekanan kepada pencapaian peperiksaan semata-mata dilihat sangat membebankan pelajar dan ibu bapa sehingga terdapat beberapa kes pelajar cuba membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan yang mereka perolehi . Setiap perubahan sudah pasti mendapat rungutan, tentangan dan rasa kurang puas hati kepada semua pihak termasuk masyarakat, ibu bapa, guru-guru dan pelajar . Sistem Pentaksiran Kebangsaan sangat identik dengan hasrat FPK untuk mentaksir pelajar. Melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dinilai berdasarkan lima domain utama iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Saikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Peperiksaan Berpusat . Garis-garis Besar Haluan Pendidikan ini dirangka untuk mengangkat martabat institusi pendidikan dengan memberikan wewenang kepada para guru mentaksir pelajar mereka berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan .
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG (STAR SCHOOL).
20 Oktober,2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...