Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Zon Sentul telah diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2012 di SMK Segambut Jaya bermula jam 800 pagi . Semua sekolah (23 buah) menghantar peserta masing-masing untuk menyertai pertandingan dalam karnival ini. Seawal jam 730 pagi para peserta yang mengambil bahagian memenuhi laman SMK Segambut Jaya bersama guru masing-masing . Tema karnival kali ini 1Malaysia Membenteras Dadah bertujuan melahirkan pelajar yang sihat minda melalui program PPDa yang dirancang secara bersepadu dari aspek pengurusan,, kepimpinan, kurikulum , kokurikulum dan pembangunan diri . Sememangnya dadah menjadi musuh utama negara yang boleh menghancurkan bangsa dan meruntuhkan peradaban manusia jika tidak ditangani secara kolektif oleh semua pihak .
Mercu tanda kubah jam SMK Segambut Jaya tempat berlangsungnya Karnival PPDa Zon Sentul Gambar: Internet
Peranan Kementerian
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab melahirkan modal insan negara berkualiti telah melaksanakan berbagai strategi dan pendekatan untuk membangun potensi pelajar secara holistik yang mempunyai daya saing dalam pelbagai bidang . Justeru penubuhan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) telah dilancarkan oleh KPM melalui surat pekeliling bil. 3/1988 sebagai usaha awal mengekang ancaman dadah disekolah sekolah seluruh negara. Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diwujudkan disetiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi menyelia program dan membantu pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang terbabit dengan najis dadah. Kementerian juga telah mengeluarkan siaran melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/2004 bertujuan memperkasakan program ini ke sekolah sekolah..
Persembahan Pelajar
Para pelajar sangat teruja menunjukan persembahan dikir barat, pertandingan nasyid, deklamasi sajak, melukis poster dan e-PPDa. Aktiviti seperti ini sangat bermakna dalam rangka menyemai semangat perpaduan, kerjasama dan menyuntik kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menghindari najis dadah. Kemampuan dan kebolehan mereka menyusun atur setiap langkah sesi persembahan dengan gaya tersendiri menjadikan pertandingan ini cukup profesional dan bermakna . Demonstrasi Unit Anjing Pengesan Dadah PDRM telah diadakan dan mendapat sambutan gemuruh daripada peserta . Ketangkasan anjing yang mempunyai deria bau yang cukup tinggi digunakan untuk mengesan dadah dalam pelbagai jenis .
Upacara penutup
Majlis perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengarah Pelajaran PPWS Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan pada jam 1200 tengahari. Beliau diiringi oleh Pengerusi Karnival Che Yahya Hj Che Soh yang juga Pengetua SMK Sinar Bintang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Peserta SMK Batu Muda menunjukan persembahan terbaik dalam Dikir Barat , SMK Segambut Jaya mengungguli Nasyid dan seorang pelajar perempuan berjaya memukau hadirin dengan deklamasi sajak yang sungguh bermakna. Majlis berakhir jam 130 tengahari .
Allahyarham Ab. Rahman Talib Insan yang berjasa besar
dalam dunia pendidikan negara .
Pada
hari Isnin 25-27 Jun 2012 seramai 90 orang Pengetua Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengadakan
kunjungan Safari Imtiaz ke Terengganu Darul Iman dalam
rangka penanda aras ke beberapa buah sekolah yang berprestasi tinggi
di negeri tersebut. Semua peserta berkumpul di Pusat Kokurikulum seawal
jam 700 pagi . Kami bertolak ke Trengganu sekitar jam 900 pagi sedikit
terlewat kerana menunggu rakan yang terperangkap dalam kesesakan .
Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Sentul Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan bersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Pn Hajah Rusni Ab Jalil turut sama hadir tetapi menggunakan kenderaan rasmi . Sepanjang perjalanan peserta kelihatan ceria dan bersemangat
sehinggalah bas berhenti di Hentian rehat dan rawat Temerloh bagi
menunaikan panggilan alam. Setelah selesai melepaskan hajat
masing-masing bas bergerak menuju Kuantan tepatnya ke Sekolah Menengah
Ab. Rahman Talib sebuah sekolah Klaster Kementerian Pelajaran . Pengetua
bersama guru sedia menanti dengan penuh harapan walau pun rombongan
terlewat hampir sejam. Beliau kemudiannya menyampaikan taklimat pembangunan sekolah dan berakhir dengan sesi dialog bersama anggota rombongan. Sebaik selesai makan tengahari di Asrama Putra (ASPURA) kami bergerak ke TATI COLLEGE University di Kemaman dan disambut oleh Pendaftar TATI bersama kakitangan dan Pensyarah. Kami disajikan dengan SATAR , meehoon dan kuih muih Trengganu yang enak dan menyelerakan . TATI University Kolej sebuah pusat pengajian milik kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kursus berasaskan teknologi dan kemahiran kepada pelajar dari dalam dan luar negara. Penerangan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dialek Terengganu totok terutama oleh Tuan Pendaftar membuatkan kami sangat teruja dan tidak mengantuk walau pun jam sudah melewati 5.30 petang. Sebaik selesai majlis penerangan dan sesi soal tanya , kami memohon meneruskan perjalanan ke LKIM untuk santapan malam yang diberikan YB Ahli Parlimen Setiu . Kami seterusnya menuju ke hotel penginapan kira-kira jam 10.30malam.
TATI KOLEJ TERENGGANU
SMK Lembah Bidung
Program hari ini (Selasa) 26 Jun, 2012 ialah menuju SMK Lembah Bidung (LeBEST) iaitu sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dibawah seliaan Kerajaan Negeri sebagai sebuah sekolah ELIT harian berkonsep berasrama penuh. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktiraf sekolah ini sebagai sekolah SBT kerana kehebatannya mencipta innovasi, etos dan watak tersendiri . Anggota rombongan diberi taklimat khas kemajuan dan pencapaian sekolah dan dihidangkan dengan nasi kerabu asli Terengganu yang menyelerakan.
Safari Imtiaz
Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah IMTIAZ di Jerteh dan disambut dengan penuh meriah oleh para guru, kakitangan dan persembahan istimewa daripada pelajar . Sekolah ini pada peringkat awal penubuhannya diasaskan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh berteraskan ULUL ALBAB yang menawarkan kelainan kepada pelajar iaitu menguasai Al quran sebagai asas pokok , sains dan teknologi, penguasaan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sebagai medium ilmu dan pengetahuan yang perlu dipelajari setiap pelajar. Memang benar sepanjang berada di sekolah ini kami menyaksikan kekuatan intelektual pelajar yang berupaya menyampaikan inspirasi sekolah mereka dalam persembahan dikir barat versi Arab, Mandarin dan Inggeris dengan baik dan berkesan . Safari Imtiaz ini sangat bermakna kepada kami sebagai suatu bentuk penanda aras untuk merobah paradigma melakukan transformasi dalam pelbagai bidang pendidikan . Majlis berakhir dengan jamuan MEE KARI yang sedap dan menjelirakan .
Pelajar Imtiaz sedang menghafaz Al Quran
SMK Sultan Sulaiman
Hari terakhir berada di Ganu Kite kami sempat membuat kunjungan ke SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Sekolah ini diterajui Pengetua Gred Jusa C Tuan Hj Zakaria Awang sejak tahun 2010 yang merupakan pengetua ke 25 sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1921 .
SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu
Sekolah tertua di Terengganu ini mempunyai keluasan 44 ekar menjadi mercu tanda kecemerlangan dalam bidang pendidikan di negara ini . Setelah mendengar taklimat dari Pengetua , kami ke galleri sekolah dan seterusnya menjamu selera dengan hidangan istimewa nasi dagang . Peserta dibekalkan dengan bunga telur oleh pengetua dan guru guru SMKSS . Kami seterusnya memohon diri untuk mesyuarat lain di SMK Pasar Payang sebelum bertolak balik ke Kuala lumpur .
EDUCATORS play a very important role in nation-building. There
is no doubt that they have taught many students, who later go on to
become successful professionals, such as doctors, engineers and lawyers,
holding important positions in society and the nation.
Nor Azlida Mohamed of SK Sungai Berua, Terengganu, teaching Orang Asli
children to read and write. Educators play a vital role in
nation-building.
Without teachers, it would be very difficult, if not impossible for society to develop and advance.
However, besides the basic duty of teaching, a good educator is someone
who can nurture his or her students' potential and turn them into
all-rounders.
A good and respected teacher is also a good companion, friend and
counsellor to students, people that can be depended on in hard times.
Today's demanding lifestyle sometimes leave students tense.
If students can talk to teachers and vent their frustrations, it will help curb depression and suicide among students.
As pointed out by William Doraisamy in an interview last week, one need
not be a graduate to be a good teacher. Many non-graduate teachers have
proven that they possess the ability to teach and make their lessons
interesting, and fun.
Their passion, humility, dedication, emotional maturity, experience,
strong personality, knowledge, wisdom, and courage enable them to teach
with distinction. These teachers are truly the nation's unsung heroes.
Pagi tadi Khamis 21 Jun,2012 telah berlangsung siri wacana Pengurusan Risiko Perundangan di Sekolah yang telah disampaikan Pewacana Prof Dr. Tie Fatt Hee Pensyarah di Institut Kepimpinan Universiti Malaya (UM) di Auditorium Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dibawah kelolaan Dr. Zuraidah Abdullah . Majlis ini dipengerusikan oleh Che' Yahya Hj. Che' Soh Pengetua SMK Sinar Bintang Segambut Kuala Lumpur .
Prof Dr. Tie Fatt Hee Pensyarah Institut Kepimpinan Pendidikan UM
Pengurusan perundangan
Prof Dr. Tie Fatt Hee seorang pensyarah yang terbabit secara langsung memberi kursus undang-undang pendidikan di Universiti Malaya merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana pernah menjadi guru dan pensyarah Maktab selama beberapa tahun sebelum diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela di Mahkamah Tinggi Malaya . Beliau memulakan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara asas yang berkaitan dengan senario yang berlaku di sekolah seperti kecuaian /kelalaian yang boleh mengundang risiko kepada pelajar . Tugas pengetua ialah memastikan pelajar selamat semasa berada di sekolah . Ini bermakna pengetua selaku pengurus dan pemimpin sekolah perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan yang munasabah terutama dalam setiap aktiviti fizikal yang mempunyai risiko keselamatan. Dari segi perundangan sekolah bertanggungjawab penuh keatas keselamatan setiap pelajar. Ibu bapa boleh menyaman (summon) sekolah jika berlaku kecuaian pihak sekolah sepertimana tertakluk dibawah undang-undang Tort memungkiri tanggungjawab menjaga keselamatan murid .
Sesi dialog bersama pewacana
Walau pun kehadiran para pengetua tidak memenuhi auditorium tetapi saya melihat mereka sangat teruja dengan penerangan oleh Profesor Dr. Tie terutama insiden yang berkaitan dengan pengurusan risiko yang mungkin berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Para peserta kelihatan teruja dan mengambil bahagian aktif dalam sesi dialog dengan mengemukakan beberapa soalan menarik berkaitan dengan pengurusan risiko di sekolah . Realitinya para pengetua selaku pemimpin , pengurus dan pentadbir sekolah menghadapi pelbagai karenah organisasi yang datang dari segenap penjuru , jika tidak ditangani secara bijaksana boleh menjejaskan kredibiliti sekolah dan kewibawaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dr. Zuraidah Abdullah
Terima kasih kepada Prof Dr. Tie, Dr. Zuraidah Abdullah selaku tuan rumah , MPSM Kuala Lumpur dan urusetia kerana menganjurkan wacana ilmu yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga pendidik , mudah mudahan kami mendapat sedikit pendedahan untuk menangani Hazard dan kebarangkalian terjadi semasa mengurus dan mentadbir sekolah . Saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada Dr. Zuraidah kerana berjaya menganjurkan program ini. Beliau sebenarnya rakan sekerja saya semasa sama-sama bertugas di SMK VICTORIA sekitar tahun 1990 an . Tahniah kerana memacu kerjaya sehingga menjadi seorang ahli akademik yang di segani .
Syor rekod disiplin syarat ke SBP Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my 2012/06/18
Muhammad Khailani Abd Jalil (kiri) dan Alimuddin Mohd Dom
Kementerian dicadang perkenal mekanisme pantau tingkah laku pelajar
KUALA
LUMPUR: Rekod disiplin dan sahsiah pelajar wajar dijadikan kriteria
dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa atau kemasukan ke sekolah
berasrama penuh (SBP) dan universiti.
Bagi tujuan itu, Kementerian Pelajaran dicadang memperkenalkan
mekanisme untuk memantau dan merekod secara berterusan melalui penilaian
di sekolah untuk mengenal pasti perkembangan sahsiah dan disiplin
setiap pelajar bermula dari Tahun Satu.
Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar
sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui
penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan
berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa. - Muhamad Khailani Abdul
Jalil, Yang Dipertua MPSM
Cadangan itu adalah sebahagian daripada kandungan memorandum
dikemukakan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) kepada kerajaan
sebagai input kepada transformasi sistem pendidikan negara yang sedang
dirangka.
Yang Dipertua MPSM, Muhamad Khailani Abdul Jalil,
berkata kriteria itu dapat mendidik dan memupuk pelajar supaya sentiasa
peka kepada kepentingan sahsiah, sekali gus membantu mengatasi masalah
disiplin di sekolah.
“Antara komponen penilaian boleh diambil
kira dalam pemantauan terhadap sahsiah dan disiplin pelajar ialah sikap,
tingkah laku dan kehadiran ke sekolah. Malah, boleh diperkenalkan
sistem merit dan demerit untuk menilai disiplin pelajar.
“Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar
sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui
penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan
berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa.
“Ukuran kecemerlangan seseorang pelajar tidak harus terbatas
kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi perlu holistik meliputi
kokurikulum, kepemimpinan dan kemasyarakatan, sahsiah serta disiplin
yang dilihat penting untuk pembinaan karakter generasi muda negara.
“Semua pembaharuan ini mesti berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk masa depan. Falsafah sedia ada sudah bagus dan tidak perlu
digugurkan, cuma pelaksanaannya boleh ditambah baik dari semasa ke
semasa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Dalam pada itu,
Muhamad Khailani, berkata dalam memorandumnya, MPSM turut meminta
kerajaan terus mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara.
“Ini berikutan
melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012 yang sedang
berlangsung, dilihat ada kecenderungan sesetengah peserta yang mahu
supaya diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris sebagai pilihan dalam
sistem pendidikan negara.
“Kita tak setuju. MPSM akan bergabung
usaha dengan pejuang bahasa untuk memastikan bahasa Melayu kekal
sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pen-didikan negara seperti
termaktub dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dan Penyata Razak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom, berkata hasil perbincangan siri DNPN 2012 yang kini
memasuki fasa pertengahan akan diserahkan kepada Pengerusi Panel Penilai
Bebas Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara, Profesor Tan Sri Dr
Dzulkifli Abdul Razak, Ogos depan.
Panel itu sudah menjelajahi
lima tempat setakat ini, iaitu Putrajaya, Labuan, Miri, Shah Alam dan
Pulau Pinang, manakala yang terakhir di Johor Bharu akan diadakan bulan
depan.
Pagi tadi Isnin 18 Jun 2012 berlangsung majlis rasmi perpisahan Pn Puziah Ahmad PK Koku SMK Sinar Bintang yang dinaikan pangkat sebagai Pengetua SMK Padang Tembak Kuala Lumpur. Puan Puziah seorang Penolong Kanan yang berpengalaman dan telah berkhidmat di SMK Sinar Bintang sejak tahun 2006.
Guru dan pelajar sedang mendengar dengan teliti pesanan Pn Puziah Ahmad PK Koku SMK Sinar Bintang . 2006- 2012
Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi di dahului dengan doa dan ucapan Pengerusi Kelab Guru En. Wan Nor Azmi, Ucapan Pengetua dan terakhir ucapan perpisahan Pn Puziah. Turut hadir Pengerusi PIBG En. Simon Kor . Dalam ucapannya Pn Puziah melahirkan rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang memberikan sokongan dan komitmen semasa beliau menjalankan tugas sebagai PK koku di sekolah ini.
Pn Puziah (tengah) bersama Pengetua, En Simon dan Pn Hanipah PK Tadbir Akademik .
Pengerusi Kelab Guru En Wan Nor Azmi turut sama meraikan perpisahan Pn Puziah.
Pihak sekolah bersama guru guru dan PIBG serta pelajar menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada beliau. Majlis berakhir dengan sarapan pagi di kantin sekolah tajaan PK Tadbir dan Akademik . Kepada Pn Puziah kami mengucapkan Tahniah dan selamat bertugas menggalas tugas baru sebagai PENGETUA untuk membangun modal insan negara .
Mesyuarat MPSM Kuala Lumpur
Sebelah petangnya jam 200-430 saya menghadiri mesyuarat MPSM di SMK Dato Lokman . Seperti biasa YDP MPSM Kuala Lumpur Pn Shamsiah Ahmad mempengerusikan mesyuarat dengan memaklumkan beberapa perkembangan mengenai pergerakan beberapa orang pengetua dan pelantikan PK menjadi pengetua. Mereka yang terbabit ialah En Nasseh Hassan SMK Padang Tembak bertukar ke SMK Tinggi Setapak , Pn Esah ke SMK Bangsar dan Pn Nazifah Latiff ke SMK Cochrane mengambil tempat Pn Shamsiah yang bertukar ke SMK Sri Bintang Utara .
Perbincangan
Mesyuarat membincangkan aktiviti dan perancangan MPSM untuk pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan persidangan MPSM KL di Kuala Trengganu pada 25-27 Jun untuk memilih dan melantik AJK baru sesi 2012-2014 . Tuan rumah kali ini ialah Pengetua SMK Dato Lokman Pn Che Hasnah Che Muhammad menyediakan makan tengahari yang enak dan istimewa dengan pulut bersantan gula Melaka yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . Mesyuarat memutuskan peserta yang akan bertolak menggunakan bas mesti berada di Pusat Kokurikulum seawal jam 730 kerana bas akan bertolak tepat jam 800 pagi. Pengarah JPN WP Dato' Hj Khairil Awang dijangka merasmikan mesyuarat ada hari Rabu 27 Jun 2012 .
The above statement will influence people which one comes first in our life especially to all managers and leaders . What is character and what is leadership ? Some people come into the world endowed with self-confidence and a keen intellect but nearly all people are made better leaders from specific developmental activities. Allah The Almighty create us with a various potential and skill to enhance our characteristic and leadership development.
Source: internet
Good Leaders make difference
In any other organization, leaders will shape the future. Success or failed depend on leadership movement . The capability of leaders to change paradigm with transformation in the organization from bad to good will influence the results. When we study and make observation why Japan and Korea growing very fast in developing their country because they are very concern about people's attitude , discipline manner , high integrity and satisfied with their work. The biggest company and industry trained people to be a professional workers. We are not focusing on economic progress because Japan just wakes up from earthquake disasters but we must accept the fact that Japan and Korea is a model country with high integrity workers .
School Leadership shape students
The successful leadership is a key performance indicator in school . In this contect leader should be able to change the environment and creates school culture , transform their character into attitudes and finally to good behavior. As a leader , we must show a good treatment and respect our clients (teachers and students) through a positive lens. In the other hand we don't ever lie with smile up and kick down . We should display our honesty to every one at all the times. I believed we can deliver a good results especially in academic performance , curricular activities and discipline wise in order to shape students in future .
Al Ustaz Dr. Ahmed Termizi Ab. Razak dalam Forum Wacana Ilmu Isra' Mikraj di Surau Al Falah AU 4 Taman Seri Keramat pada malam Jumaat (14 Jun 2012) lalu mengajak muslim muslimat membina hubungan dengan Allah melalui pembacaan Al Quran secara berterusan. Bagi siapa yang membaca Al Quran menandakan dia mempunyai rangkaian komunikasi yang baik dengan Allah. Kehidupannya akan menjadi berkat dengan turunnya ketenangan kepada pembacanya. Beliau menambah Al Quran akan menuntut mereka yang memiliki Al Quran tetapi tidak membaca, mengamal dan melaksanakan segala peraturan hukum yang ada. Membina hubungan dengan Allah bermakna menyemaikan rasa cinta kepada Allah (HUBBULLAH) dan cinta Rasul (HUBBUL RASUL) menjadi tunjang kehidupan orang beriman .
Membina Jambatan ilmu
Tunjang kehidupan ialah ilmu. Islam meletakan asas yang kukuh bahawa ilmu menjadi asas pokok bagi membebaskan diri manusia dari kejahilan. Ilmu memandu manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan (dzulumati ilannur ) . Ayat Allah yang memerintah manusia membaca dan menulis ialah IQRA' disampaikan Jibril kepada Nabi SAW di Gua Hira' menjadi kunci petunjuk pentingnya membina jambatan ilmu . Wahyu pertama diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi SAW menjadi penanda aras kenabian Muhammad untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah melalui Awaluddin Makrifatullah (Awal Agama Mengenal Allah) .
Solat Tiang Agama
Al Quran meletakan orang yang berilmu mendapat darajat yang tinggi disisi Tuhan. Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Al Quran mengisahkan perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa di Palestin dan kembali semula ke Mekah dalam masa yang singkat .Baginda dijemput Allah Mikraj kelangit hingga ke SIDRATUL MUNTAHA untuk menerima watiqah SOLAT . Betapa tingginya ibadah solat sehingga berada pada posisi teratas berbanding perintah Puasa, Zakat dan Haji. Solat Tiang Agama yang wajib ditunaikan dalam segala keadaan dan kemampuan insan muslim kerana solat merupaka ibadah pertama yang dihisab oleh Allah . Sebagai muslim yang beriman dengan Al Quran kita wajib percaya dan yakin sepenuh hati bahawa Allah berkuasa membuat sesuatu sesuai dengan kehendakNya. Sebagai hamba kita perlu sami'na waata'na tanpa soal kerana kemampuan daya taakul manusia tidak akan mampu menerobosi hijab Allah. Sebagaimana Allah mencipta manusia dari tiada menjadi maujud hanya dari percampuran titisan zuriat kedua orang tua sehingga kita lahir kedunia menjadi bukti kekuasaan Illahi secara hakiki. Akal yang sihat dipandu iman akan menerima secara mutlak setiap firman Allah .
Menjadi Muslim Bertakwa
Dalam mendepani kehidupan yang penuh mencabar dialaf ini kita dituntut mengintrospeksi diri melalui muhasabah diri berterusan . Kehidupan yang relatif singkat perlu disi dengan amalan suci melalui kesepaduan pendidikan akal budi untuk menjadi muslim yang berintegriti sebagai jambatan menuju alam ukhrawi . Manusia berintegriti (bertaqwa) mendapat keistimewaan disisi Tuhan. Mereka akan menjadi penghuni syurga yang mendapat pelbagai kenikmatan dengan minuman air dari telaga kautsar dan berbagai jenis manna dan salwa yang dijanjikan Allah kepada hamba yang beriman dan beramal soleh .
JOINT EFFORTS: Ministry to standardise security measures in all schools
THE Education Ministry will standardise the security level of schools registered with it to provide
a safer environment for students.
Under the initiative, all government and government-aided schools would
have to manage six standard safety-related measures in the next few
months, said ministry deputy director-general (education operation
sector) Sufaat Tumin.
The measures are students’ safety during school activities, school
security guards, school infrastructure, social ills, security during
crises and disasters, and safety in the face of threats.
“Schools must pass an evaluation (by the ministry) to be labelled as safe,” he told the New Straits Times.
There will also be collaborations with parent-teacher associations
(PTAs), principals, police, Welfare Department and People’s Volunteer
Corps (Rela) in hot spots or areas with potential threats to students’
safety.
Sufaat said: “In these areas, volunteers will patrol or monitor school areas during peak hours.”
He said schools that could afford closed- circuit television (CCTV)
systems would be encouraged to install them with the support of PTAs and
security companies.
On employing guards, he said the ministry had come up with a proposal
to widen their job scope to become school crossing guards or traffic
wardens.
The proposal, which will take effect in January,
has been discussed with the Transport Ministry, Housing and Local
Government Ministry, Road Safety Department, Public Works Department
and police.
A total of 3,140 of the more than 10,000 schools need guards.
Various groups praised the decision to step up safety measures in schools, including by installing CCTV.
Parent Action Group for Education (Page) Kuala Lumpur coordinator
Ruhana Hashim said police had stepped up rounds in Sri Hartamas and
Bukit Damansara following the kidnap of student Nayati Shamelin
Moodliar, 12, on April 27.
"We welcome the move by the government to put more guards in schools."
DNS Security Sdn Bhd assistant manager S. Nadarajah said schools could
create student tags, similar to staff tags, containing students' names,
photos and contact details.
"Guards must be trained not to let strangers into schools."
He added that school buses should be allowed to pick up students inside schools.
National Parent-Teacher Association Collaborative Council president
Associate Professor Datuk Mohd Ali Hasan said Rela members should meet
school authorities on the latter's security plans, and offer help.
Eagle Eye Security Sdn Bhd executive director Noell Kailas said urban schools faced a greater threat of vandalism.
Eagle Eye advises schools on installing CCTV to improve safety.
Sesi wacana ilmu dalam rangka mengenang kembali peristiwa Israk dan Mikraj bersama Ustaz Drs. Ahmad Termizi Ab. Razak dari Astro Oasis telah diadakan pada 14 Jun 2012 di Surau Al Falah Keramat. Majlis ini bermula pada jam 800 malam sebaik selesai solat Maghrib dan dipengerusikan oleh Imam Surau Che' Yahya Hj Che' Soh. Kehadiran jemaah yang ramai memeriahkan lagi taman ilmu. Keterujaan hadirin dengan penyampaian yang berbobot dan penuh jenaka oleh Ustaz Ahmad Termizi menjadikan majlis ini penuh ceria , hidup dan segar . Kemampuan beliau menjawab soalan moderator secara spontan dan menghuraikan dengan baik setiap isu berdasarkan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyebabkan para jemaah menekuni setiap ucapan yang disampaikan beliau. Kekuatan ilmu dan intelektual yang dimiliki bersama adunan jenaka secara bersahaja menjadikan majlis ini berasa singkat walau pun masa berlalu selama 1 jam 20 minit. Kita mengharapkan dapat bertemu lagi dalam sesi forum akan datang bersama ikon yang berkarisma dan berwibawa ini . InsyaAllah.
Ustaz Drs. Ahmad Termizi Ab. Razak
Pengerusi Forum mengakhiri majlis pada jam 9.20malam dengan membaca surah Al Asr dan semua hadirin menikmati hidangan yang disediakan pihak surau.
ENGLISH PROFICIENCY: Those who are passionate will inspire students to success
A group photo with event organising chairman Vincent D’Silva (seated,
third from left) and NST group editor Datuk Syed Nadzri Syed Harun
(seated, fifth from left). Pic by Roslan Khamis
JOHOR BARU: TEACHERS who are passionate about a subject matter and can
engage students have an upper hand when it comes to the teaching of
English.
New Straits Times group editor Datuk Syed Nadzri Syed Harun said
teachers must combine these traits with leadership, classroom management
and be up-to-date with the trends in the teaching of the language.
"Students are not only looking for knowledge from a teacher, they are looking for someone to inspire and care for them.
"It's in having a passion for what you do, what you believe in and what
you care about that will bring you back each day ready to inspire, care
and share," he said in a keynote address at the opening of the 4th
English Language Conference here yesterday.
The three-day event, themed "Revitalising the Teaching-Learning Link",
was organised by the Johor Baru English Language Teaching (Jelta), a
non-governmental organisation, and the Johor Education Department.
More than 350 educationists are taking part in the event to gain ideas
on the teaching of English in secondary and primary schools.
Syed Nadzri said having passion, leadership, classroom and content
management skills were bases for revitalising the teaching-learning link
between educators and students.
Once the communication lines between teachers and students were strong,
these would help teachers bring about the best in their students.
He said there was a serious need to improve the standard of English as
there was a marked declined in its proficiency, especially among fresh
graduates.
"We still have graduates struggling to give employers what they need
because they are handicapped by poor English language proficiency."
He said NST was among the hundreds of publications in the world that
promotes the use of newspapers as learning tools through its
Newspaper-In-Education programme.
Present were state Education Department deputy director Md Hasidin
Zaini, event organising chairman Vincent D'Silva, M Suites hotel
executive director Datin Dr Maimunah Abdul Rahman and Jelta managing
director Adib Esa.
Earlier, Jelta presented awards to five veteran and still-serving English teachers for outstanding services.
They are Salina Hussain, Tengku Norishkin Tengku Ahmad, Hamzah Abdul Hamid, Senevahisan Naidu and Amy Wong.
M Suites hotel is sponsoring the venue, meals and accommodation for the event's speakers.
Beberapa hari ini cuaca panas (extereme weather) mencecah 37oC (semalam 12 Jun) di Lembah Kelang dengan cerebu yang kelihatan memenuhi ruang udara mengundang pelbagai simpton penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai terutama kanak-kanak. Kita perlu banyak minum air bagi menutralkan badan untuk melancarkan pengaliran darah yang membawa oksigen keseluruh tubuh. Penjagaan kesihatan dengan mengambil makanan yang bersih, suci dan bergizi sangat dituntut bagi mengekalkan kesihatan diri sentiasa terjamin.
Teachers, students are welcome back to school after holidays for two weeks. Most schools in East Coast, Kelantan, Trengganu and Kedah starts their lesson today. We hope teachers will have a good rest and strong mood to continue their work . We hope teachers will not take MC on the first day schooling . A real teacher love their job. Thanks to all teachers.
Pada hari Jumaat 25 Mei 2012 malam saya bersama isteri bertolak dari KLIA dengan pesawat Emirates menuju Dubai. Selepas singgah beberapa jam di Dubai, perjalanan diteruskan ke Manchester dan Alhamdulillah selamat mendarat sekitar jam 730 pagi hari Sabtu di Terminal 1. Dua orang anak Siti Aisyah dan Siti Maisarah menunggu untuk menjemput kami ke Sheffield . Kami berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Dari Manchester Airport kami menaiki keretapi menuju Sheffield dan sampai dirumah Aisyah jam 930 pagi. Perjalanan yang jauh memenatkan tetapi apabila melihat wajah anak-anak keletihan hilang. Aisyah bekerja disini sebagai Pharmacist manakala Maisarah baru selesai ACCA .
Kembara Istanbul
Hari Isnin 28 Mei 2012, kami ke Istanbul Turkey dengan penerbangan Turkish Airlines . Perjalanan ke Istanbul selama 4 jam . kami selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul jam 1200 malam waktu Turkey dan terus ketempat penginapan di Sultanahmet House milik Hikmet Tastan di No. 46 Sokullupasa Apt. Istanbul. Hikmet seorang peramah, pemurah dan baik hati meladeni kami dengan penuh kemesraan.
bergambar kenangan bersama Hikmet Tastan pemilik
Apt Sokulupasa .
Beliau menunggu ketibaan kami dan turut sama membantu mengangkut beg pakaian ke bilik yang ditetapkan. Hikmet seorang yang peramah, baik dan mudah berbincang. Wisatawan Malaysia dan negara lain memilih untuk menginap disini .Layanan dan ramah mesra membuatkan beliau disukai para pelancung . Lokasi yang strategik dan dekat dengan tempat sejarah menjadi pilihan pelawat.
Masjid Biru (Blue Mosque)
Kubah Masjid Biru yang sangat cantik.
Masjid Biru (Blue Mosque) terletak kira-kira 600m dari tempat ini. Masjid ini menjadi tumpuan berbagai bangsa kerana sejarahnya yang terkenal semasa zaman kesultanan Ottoman. Setelah selesai berwudhu' saya memasuki ruang masjid untuk solat sunat . Disini semua pelawat dibekalkan plastik khas untuk membawa kasut mereka bagi menjaga kesucian masjid. Para pelancung yang bukan Islam perlu mematuhi peraturan dengan menutup aurat mereka dan hanya dibenarkan memasuki ruang khas yang disediakan. Sebaik tiba waktu solat, kedengaran azan serentak sambung menyambung memenuhi ruang udara kota Istanbul .
Sumber : you tube Azan at Blue Mosque Istanbul
Selain itu beberapa Masjid lagi yang mempunyai kesan dan nilai sejarah yang cukup penting seperti " Suleymaniye Mosque" yang berdiri megah menjadi lambang kekuasaan Islam masa dulu . Masjid ini dibina antara tahun 1550-1557 oleh Mimar Sinan seorang arkitek terkenal kepercayaan Sultan Suleyman. Setelah berwudhu' saya memasuki ruang Masjid yang indah dengan rasa terharu dan sebak mengenangkan sejarah keagungan Islam yang menjadikan kota Istanbul (Constantinople) sebagai pusat pemerintah Islam yang termasyhur Kesultanan Islam Uthmaniah diTurkey.
Istanbul Kota Bersejarah
Dari segi sejarah kota Istanbul (bekas ibu kota Rome, Byzantine dan Ottoman) menjadi mercu kejayaan pemerintahan Islam di zaman pemerintahan kerajaan Ottoman pada abad ke 15 dimana Sultan Muhammad II yang memerintah berdasarkan sistem khalifah selama beratus tahun sehinggalah berakhir dengan Sultan Muhammad IV . Sejak itu berakhirlah pemerintah Empayar Uthmaniah dan digantikan dengan Turki Moden oleh Mustaffa Kamal Attartuk . Kota bersejarah ini menjadi tarikan utama para pelancung seluruh dunia kerana mempunyai keunikan budaya ,cara hidup dan kecantikan Selat Bosporus yang memisahkan antara Asia dan Eropah. Kami menaiki keretapi (Train) dari Sultanahmet ke Kabatas untuk 'sightseeing' menyusuri Bosphorus Bridge yang sungguh cantik dan mempersonakan . Kadar bayaran feri sebanyak 10Tl (lira) seorang. Selat Bosphorus yang memisahkan lautan Marmara (Marmara Sea) dan Laut Hitam (Black Sea) sepanjang 31.7 km menjadikan Istanbul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka.
Selat Bosphorus memisahkan Asia dan Eropah.
Solat Jumaat
Lambang keagungan Islam dapat disaksikan dengan jelas melalui ratusan masjid sekitar Istanbul yang hiasan dalaman dan ukiran mimbarnya sangat mirip dengan Masjid Nabi SAW . Alhamdulillah saya sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque) bersama para jemaah tempatan dan juga pelancung yang memenuhi ruang Masjid . Air mata saya mudah mengalir bila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan oleh Imam sewaktu berkhutbah walau pun dalam bahasa yang tidak saya fahami . Suara Imam yang mengalunkan ayat ayat Allah dengan merdu dan menusuk kalbu semasa memimpin solat menggugah perasaan menyebabkan air mata tidak tertahan lagi. Selesai solat dermawan tempatan mengagihkan nasi yang dimakan bersama kacang (nasi tradisional Turkey) .
Hagia Sophia pernah digunakan sebagai Masjid zaman Ottoman sebelum dijadikan Muzeum .
Melawat Istana
Istana Dolmabahce, Topkapi, Harem The Royal Hall dan Hagia Sophia merupakan tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi semasa melawat Istanbul. Peninggalan zaman Khalifah seperti pedang para Sahabat Nabi SAW dan khazanah zaman silam dapat dilihat dengan jelas di Istana Topkapi . Hagia Sophia yang asalnya sebuah gereja selama lebih 900 tahun telah digunakan sebagai Masjid selama 481 tahun. Selepas pengubahsuaian oleh M K Attartuk, bangunan tersebut telah dibuka sebagai Museum pada 1935 dan merupakan museum ketiga yang dilawati di Turkey. Nama Hagia Sophia adalah satu daripada tiga adjektif yang dikhususkan kepada tuhan dalam Kristiniti.
Hagia Sophia yang sejuk dan tenang.
Setiap ruang dalaman Istana Topkapi dihiasi dengan kalimah Allah melambangkan pemerintahan Ottoman bertunjangkan Islam .
Petugas Ayasofya.Sebak hingga mengalir air mata mengenang kisah silam yang penuh bersejarah.
Istana Dolmabahce (Dolmabahce Palace)
penuh bersejarah dalam Kesultanan Ottoman .
Mengunjungi Masjid Abu Ayyub Al Ansori
Salah sebuah Masjid yang terkemuka dan penuh bersejarah ialah Masjid Eyyub. Masjid ini agak jauh dari tempat penginapan saya di Sultanahmet House. Pada hari terakhir berada di Bumi Istanbul kami mengambil kesempatan mengunjungi masjid ini dengan menaiki teksi . Tambang teksi sebanyak 20 Lt (Lira) . Berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan ini kerana segelintir pemandu mengenakan tambang yang agak mahal. Sebaik tiba, seperti biasa saya berwudhu' melakukan solat sunat dua rakaat menghormati rumah Allah .Ratusan pengunjung berbondong-bondong mengambil peluang menunaikan solat menyebabkan ruang masjid agak sesak.
Bersama isteri diruang masuk pintu Masjid Eyyub Al Ansori
Menaiki Kabel Car
Bagi mendapatkan suasana keindahan Istanbul dari dekat kami berkesempatan menaiki Kabel Car yang letaknya hanya 200m dari Masjid ini. Tiket pergi balik sejauh lebih kurang 1.5km merentasi tanah perkuburan dibayar melalui mesin yang disediakan . Kebanyakan wisatawan mengambil kesempatan menggunakan peluang ini untuk melihat panorama kota Istanbul yang sungguh indah dengan selat Bosphoros yang membiru memisahkan dua daratan Asia dan Eropah. Subhananallah .
Sebuah panorama yang menarik di Pierre lotti yang menjadi tumpuan
para wisata seluruh dunia .
Sebuah catatan kembara Rabbani ke Istanbul yang menginsafkan diri pada 28 Mei-4 Jun 2012. Semoga Allah tetap memelihara Agama Suci ini terus berkembang di segenap pelosok dunia dengan cahaya keimanan.