Thursday, February 9, 2012

Pemudah pupuk budaya berfikir kreatif, inovatif
Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my
2012/02/09

DARI kiri Ahmad Fadzil, Azhari, Andy, Bahria dan Nicholas menyaksikan pelajar memasukkan surat cadangan ke dalam peti "PEMUDAH CHALLENGE, Back to School".

DARI kiri Ahmad Fadzil, Azhari, Andy, Bahria dan Nicholas menyaksikan pelajar memasukkan surat cadangan ke dalam peti "PEMUDAH CHALLENGE, Back to School".
Program beri peluang generasi muda salur idea bernas

USAHA menggalakkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam kalangan generasi muda direalisasikan pada pertandingan Cabaran Pemudah: Kembali ke Sekolah, anjuran Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).
Program itu adalah kesinambungan daripada Cabaran Pemudah musim pertama dan kedua yang sebelum ini membabitkan kakitangan kerajaan dan orang awam.
Ramai murid yang dikenal pasti mempunyai idea yang aktif. Idea meraka itu ada kalanya lebih bernas berbanding orang dewasa dan boleh dipertimbangkan untuk pembaikan sistem sekolah. - Azhari Omar, Guru Besar SKSBS
Ahli Pemudah Datuk Dr Andy Seo, berkata pertandingan itu antara lain bertujuan menyalurkan menyalurkan pandangan mereka mengenai pembaikan penyampaian kerajaan dalam pelbagai urusan.

Beliau yang juga Naib Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia, berkata program yang diadakan di sekolah bagi mengenalpasti idea baru daripada murid boleh digunakan untuk memperbaiki kekurangan di sekolah atau sistem pendidikan.

Generasi muda, katanya mesti lantang menyuarakan idea mereka bernas untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang terdapat di sekolah bagi keselesaan mereka. Penyertaan ini terbuka untuk murid pada Tahap Dua.

“Sebagai permulaan, hanya dua sekolah dipilih untuk pertandingan ini iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan (SKSBS) dan juga Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD).
“Kami mengharapkan lebih banyak sekolah menyertainya bagi memberi peluang murid di sekolah masing-masing menyuarakan pendapat mereka,” katanya pada majlis perasmian Cabaran Pemudah : Kembali ke Sekolah, di SK Seri Bintang Selatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama ahli majlis Pemudah, Datuk Nicholas S Zafferys dan Guru Besar SKSBS, Azhari Omar.

Guru Besar sekolah itu, Azhari berkata, dia berbesar hati kerana sekolahnya dipilih untuk menyertai pertandingan ini dan berharap muridnya memberi idea yang bernas dan kreatif untuk dimanfaatkan semua pihak.

Beliau berkata, ramai murid yang dikenal pasti mempunyai idea yang aktif. Idea mereka ini ada kalanya lebih bernas berbanding orang dewasa dan boleh dipertimbangkan untuk pembaikan sistem sekolah.

“Program seumpama ini sangat bagus untuk memberi peluang generasi muda menyalurkan idea yang segar bagi membantu kerajaan mengenal pasti sekiranya ada sebarang masalah yang boleh diperbaiki,” katanya.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tahap Dua di dua sekolah itu dan tarikh tutup peraduan adalah pada 30 Mac 2012.

Setiap cadangan yang terpilih berpeluang memenangi baucar buku bernilai RM100.

Berita Harian On line 9/2/2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...