Information Communication Technology (ICT) mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. Perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat menunjukan peradaban manusia berkembang begitu pantas.
Penguasaan ilmu dan pengetahuan moden membolehkan manusia merekayasa ciptaan baharu untuk manfaat kehidupan. ICT sebagai suatu medium komunikasi membolehkan manusia berinteraksi dengan pantas,mudah dan berkesan melalui emel,tweeter, blog , facebook , skype dan webcam dimana saja kita berada walau pun dibatasi jarak ribuan kilometer. Kemampuan daya cipta manusia meneroka dunia ICT menjadi wadah dan pemangkin yang paling berkesan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sesebuah organisasi .
Mengautomasikan sistem pengurusan dan pentadbiran mendatangkan manfaat yang sangat besar kerana boleh mengurangkan kos,menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan kakitangan dan menghasilkan pulangan yang berganda. Syarikat syarikat gergasi IT berlumba lumba mengeluarkan produk baharu untuk menguasai pasaran ekonomi dunia kerana permintaan terhadap kemudahan ini sangat tinggi .
Pembangunan bidang ICT terutama dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai dampak yang paling berkesan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu dalam kalangan pelajar. kemampuan pelajar mengguna aplikasi ICT dengan baik sangat membantu meningkatkan daya intelektual yang mampu berfikir secara saintifik , konstruktif dan futuristik. Telahan saya beberapa dekad yang akan datang semua kenderaan dilengkapi sistem komputer seperti pesawat terbang . Pemandu hanya mengawasi perjalanan yang telah diprogramkan. saya mempunyai asas untuk membuat andaian demikian kerana manusia sentiasa mengkaji dan mencari idea baharu untuk memacu perkembangan teknologi dalam setiap bidang termasuk aerospace .
Negara memerlukan modal insan yang kreatif, innovatif dan mempunyai jati diri unggul yang mampu bersaing secara kompetetif dalam pasaran dunia. Justeru bagi melahirkan modal insan yang didambakan kita perlu memperkasa peranan guru, menyediakan prasarana dan kemudahan yang cukup untuk mengukuhkan sistem pendidikan berteraskan kemajuan ICT.
Kejujuran Intelektual
ICT sebagai medium elektronik memerlukan pengamal yang mempunyai kejujuran intelektual yang tinggi kerana boleh mempengaruhi tatakelola kehidupan yang merugikan masyarakat,bangsa dan negara .Tidak sedikit mereka yang arif dalam bidang ini telah menyalahgunakan kemahiran yang dimilki untuk memanipulasi pangkalan data sesebuah organisasi atau badan-badan tertentu sehingga menjejaskan keyakinan masyarakat.
Kejujuran intelektual bermakna menjadikan integriti sebagai tonggak yang paling utama untuk mendepani pelbagai cabaran. Peralatan teknologi yang sofistikated tidak mampu menghasilkan pulangan yang tinggi sekiranya pelaksana tidak beramanah. Amanah merupakan tunjang segala perbuatan dan tindakan.
Orang yang beramanah sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan, memikul tanggungjawab dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan pujian dan ganjaran. Orang yang beramanah tidak mencari populariti sebaliknya bekerja semata-mata mengharapkan redha Illahi . Sesebuah organisasi yang cemerlang bergantung kepada pengurusan yang cekap, telus dan berdaya saing .Pemimpin yang dinamik mempunyai idealisma yang tinggi melahirkan gagasan dan pemikiran idealistik sebagai wahana kecemerlangan organisasi yang unggul dan utuh.
Organisasi Unggul
Keunggulan sesebuah organisasi ditentukan oleh beberapa faktor pendokong yang antaranya ialah kemampuan pemimpin menguasai ilmu, menterjemahkan setiap keputusan dalam tindakan , membina pasukan yang dapat menghayati konsep kerja bersama, menyediakan ruang perbincangan yang cukup dengan mengambil kira setiap buah fikiran dalam kalangan anggota membuat penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.
Ketua sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap jatuh bangun sesebuah organisasi perlu bijaksana, bertolerensi dalam memimpin, mengurus dan mentadbir. Kebijaksanaan merupakan elemen yang boleh mengukur tahap profesionalisma seseorang pemimpin. Pemimpin yang bijaksana mampu mengawal diri dan sabar dengan karenah organisasi.
Kesabaran tidak bermakna pemimpin membiarkan sesuatu isu yang merugikan organisasi berlaku tanpa mengambil cakna menanganinya dengan segera. Sekolah sebagai sebuah organisasi yang besar dan kompleks memerlukan seorang ketua yang prihatin, jujur, bertanggungjawab, berdedikasi , berwawasan untuk memacu kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan ko kurikulum. Mendidik manusia memerlukan ilmu, kemahiran , pendekatan intelektual dan kejernihan peribadi sebagai alat komunikasi berkesan untuk mewujudkan keharmonian organisasi.
luahan minda.
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKDK

No comments:
Post a Comment