Pemimpin berkualiti bermula dari sekolah
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia kerana pemahaman dan penerimaan seseorang manusia berada pada tahap tertinggi sewaktu usia muda.
"Oleh itu, latihan kepimpinan bagi para remaja yang masih berada dalam lingkungan umur alam persekolahan haruslah difokus kepada penyediaan dan pembentukan sebagai pemimpin yang berkualiti," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Khemah Remaja Wanita Miri di Dewan Suarah, di sini hari ini.
Seramai 150 pelajar tingkatan lima dari sekolah-sekolah menengah sekitar bandar raya itu menamatkan program berkenaan yang berlangsung selama tiga hari.
Mengenai program berkenaan, Fatimah berkata, ia adalah satu inisiatif yang baik untuk membentuk jati diri dan kepimpinan sekali gus mempersiapkan pesertanya untuk menghadapai cabaran semasa.
"Ia juga satu landasan terbaik untuk saling bertukar fikiran di samping menimba pengalaman.
"Saya percaya para peserta akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman perkhemahan ini sebagai permulaan kepada satu perjalanan untuk mendewasakan diri menjadi bakal pemimpin berkualiti," katanya.
Utusan Malaysia Online 8/2/12.
No comments:
Post a Comment