Monday, February 6, 2012

Karnival kerjaya sebar maklumat peluang pendidikan
2012/02/07

LEPASAN sekolah dan ibu bapa berpeluang mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dan strategi pemilihan program pengajian berkesan kepada anak mereka pada Karnival Kerjaya Industri Pembinaan 2012.

Program anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
LJM dalam kenyataannya, berkata aktiviti berlangsung pada 13 Februari 2012 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012.
Karnival itu katanya, mempamerkan sumbangan industri pembinaan terhadap pembangunan dan kemajuan negara.

Pelajar pula, kata kenyataan itu lagi, berpeluang mendapatkan maklumat realiti industri kejuruteraan, seni bina dan juruukur bahan, sehari dalam kehidupan seorang jurutera, arkitek, juruukur bahan serta panduan memilih kerjaya daripada pakar industri.

“Bagi graduan pula, karnival ini menyediakan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan dan temuduga terbuka diadakan oleh syarikat perunding kejuruteraan, seni bina dan ukur bahan serta JobsMalaysia.

“Peluang penempatan latihan industri bagi pelajar universiti juga disediakan,” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Keterangan hubungi penganjur Nik Kamaliah pada talian 03-26980590 dan 019-2828016, atau layari laman web mybem@bem.org.my / nikkamaliah@gmail.com

Sumber: Berita Harian Online 7 /2/2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...