Hari ini Isnin 16 Julai 2018 bermula lah mesyuarat Parlimen setelah berakhirnya Pilihan Raya ke 14 yang menyaksikan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan ( PH) pada 9 Mei 2018 lalu. Esok Selasa 17 Julai Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Muhammad V akan berangkat menyempurnakan Persidangan Parlimen pada sesi ini. Tiada siapa pernah menduga BN mengalami kekalahan teruk pada PRU kali ini. Tun Dr Mahathir 93 kembali semula ke Dewan Rakyat setelah di lantik menjadi Perdana Menteri ke 7. Beliau mencatat sejarah politik negara dengan dua kali menjadi Perdana Menteri setelah bersara pada tahun 2003. Tun juga antara pemimpin dunia yang paling kanan dari segi usia namun kemampuan daya fikirnya masih berbisa dan mampu membawa negara ke mercu kejayaan. Parlimen juga mencatat sejarah apabila menerima seorang wakil rakyat termuda 22 tahun pada sesi ini. Beliau ialah YB M Prabakaran mewakili Parlimen Batu.
Tun Dr Mahathir Muhamad
Perdana Menteri mengangkat sumpah.
Kesemua 222 wakil rakyat akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di Pertua Dewan Rakyat
bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perbahasan. Pengesahan sebagai wakil rakyat sebenarnya telah di umumkan oleh Pegawai Pengurus semasa mengumumkan keputusan pilihan raya. Pegawai Pengurus bertanggungjawab menanda tangani writ untuk mengesahkan seseorang wakil menjadi Ahli Dewan Rakyat. Adalah sesuatu yang memalukan apabila wakil pembangkang meninggalkan dewan kecuali YB Rembau Khairi Jamaluddin @ KJ dan YB Kimanis Datuk Sri Anifah Aman kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Speaker yang di sifatkan tidak mengikuti peraturan dewan. Ironinya semua ahli masuk kembali untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker Datuk Mohammad Ariff Md Yusoff tak lama kemudian. Rakyat memerhati senario yang berlaku dalam dewan dengan penuh antusiastik.
Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat.
Amanah Rakyat
Tunjang kepada sesebuah kerajaan bersumber daripada rakyat. Kuasa yang di beri melalui undi kepada setiap calon yang mewakili parti menjadi penentu kemenangan seseorang calon sehingga di pilih menjadi wakil rakyat samada DUN atau Parlimen. Dalam kalangan ahli ada yang di pilih menjadi menteri, timbalan menteri dan di peringkat DUN pula ada yang menjadi Menteri Besar serta exco dengan mendapat kedudukan istimewa dengan elaun dan kemudahan yang banyak. Undi sangat menentukan kemenangan calon. Justeru semasa pilihan raya orang sakit pun di usung ke pusat pengundian untuk membuang undi. Parti parti yang mendominasi suara rakyat akan di pilih membentuk kerajaan melalui sistem demokrasi.
Setiap parti yang bertanding menawarkan manifesto masing masing untuk menarik rakyat menyokong mereka. Dalam istilah perkhidmatan awam, manifesto boleh diumpamakan Piagam Pelanggan iaitu janji yang di berikan kepada para pelanggan yang berurusan dengan sesebuah jabatan. Kegagalan memenuhi janji menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada sesebuah organisasi. Secara legislatif setiap wakil rakyat (WR) wajib melaksanakan amanah dengan penuh jujur untuk mensejahterakan rakyat yang di wakilinya. Wakil rakyat yang melompat parti juga tidak beramanah kepada pengundi yang memilih mereka. Adalah lebih berintegriti dengan meletak jawatan biar rakyat yang menentukan pilihan. Karekter dan sikap mencerminkan kepribadian seseorang samada telus, jujur, professional, rasional atau emosional dalam membuat keputusan.
Membawa suara rakyat
Tanggungjawab Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ialah membawa suara rakyat di kawasan masing masing. Setiap wakil rakyat di beri peruntukan lebih RM300,000.00 setahun untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan. Dana ini seharusnya cukup untuk membantu naik taraf projek desa jika di urus dengan bijak dan berhemah. Kerajaan baharu turut memberi peruntukan kepada parti pembangkang walau pun jumlahnya tidak sama dengan wakil rakyat pemerintah. Sebagai warga negara dan pengundi kita sangat mendambakan setiap pemimpin mampu mencontohi sifat sifat terpuji seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatonah yang di warisi daripada pemimpin Agung Nabi Muhammad Saw bersama khalifah yang memikul amanah Tuhan dengan penuh iman dan ketaqwaan. Setiap pemimpin pasti TIDAK terlepas dari pertanyaan Tuhan tentang kepimpinannya. Masih adakah lagi pemimpin seperti Umar Ab Aziz pada abad ini?
csyahya victory
Isnin 16 Julai, 2018.

Sistem pemerintahan negara sejak mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 berada di bawah Perikatan yang di tunjangi UMNO selama lebih enam dasawarsa. Simbol kapal layar sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Rentetan peristiwa berlaku semasa Tunku Ab Rahman Putra Alhaj memegang jawatan perdana menteri pertama 1957 - 1970 menjadi indikator rapuhnya perpaduan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik hitam dalam sejarah tanah air berlakunya rusuhan kaum sehingga menyebabkan terencatnya perpaduan antara etnik suku dan ras di negara ini. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara @ MAGERAN di isytiharkan bagi menangani isu yang berlaku . Tun Ab Razak Hussein mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1970 - 1976. Beliau telah memperkenalkan beberapa polisi antaranya Dasar Ekonomi Baru, Bumi hijau dan Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan bangsa. Keseimbangan pendapatan antara penduduk terlalu jauh sehingga wujudnya jurang sosial yang tinggi. Tun Razak telah memainkan peranan utama menyatukan kembali parti parti politik dengan menubuhkan Barisan Nasional ( BN ) menggantikan Perikatan. Melalui persepakatan antara parti PAS dan BN kerajaan campuran telah di bentuk namun hanya sempat bertahan untuk beberapa tahun sahaja.
Sejak itu BN terus mengungguli kerajaan hingga lah berakhir dengan kehilangan kuasa pada 9 Mei 2018 lalu di bawah teraju Perdana Menteri ke enam Datuk Sri Najib Tun Ab Razak.
Amanah Rakyat
Tunjang kepada sesebuah kerajaan bersumber daripada rakyat. Kuasa yang di beri melalui undi kepada setiap calon yang mewakili parti menjadi penentu kemenangan seseorang calon sehingga di pilih menjadi wakil rakyat samada DUN atau Parlimen. Dalam kalangan ahli ada yang di pilih menjadi menteri, timbalan menteri dan di peringkat DUN pula ada yang menjadi Menteri Besar serta exco dengan mendapat kedudukan istimewa dengan elaun dan kemudahan yang banyak. Undi sangat menentukan kemenangan calon. Justeru semasa pilihan raya orang sakit pun di usung ke pusat pengundian untuk membuang undi. Parti parti yang mendominasi suara rakyat akan di pilih membentuk kerajaan melalui sistem demokrasi.
Setiap parti yang bertanding menawarkan manifesto masing masing untuk menarik rakyat menyokong mereka. Dalam istilah perkhidmatan awam, manifesto boleh diumpamakan Piagam Pelanggan iaitu janji yang di berikan kepada para pelanggan yang berurusan dengan sesebuah jabatan. Kegagalan memenuhi janji menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada sesebuah organisasi. Secara legislatif setiap wakil rakyat (WR) wajib melaksanakan amanah dengan penuh jujur untuk mensejahterakan rakyat yang di wakilinya. Wakil rakyat yang melompat parti juga tidak beramanah kepada pengundi yang memilih mereka. Adalah lebih berintegriti dengan meletak jawatan biar rakyat yang menentukan pilihan. Karekter dan sikap mencerminkan kepribadian seseorang samada telus, jujur, professional, rasional atau emosional dalam membuat keputusan.
Membawa suara rakyat
Tanggungjawab Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ialah membawa suara rakyat di kawasan masing masing. Setiap wakil rakyat di beri peruntukan lebih RM300,000.00 setahun untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan. Dana ini seharusnya cukup untuk membantu naik taraf projek desa jika di urus dengan bijak dan berhemah. Kerajaan baharu turut memberi peruntukan kepada parti pembangkang walau pun jumlahnya tidak sama dengan wakil rakyat pemerintah. Sebagai warga negara dan pengundi kita sangat mendambakan setiap pemimpin mampu mencontohi sifat sifat terpuji seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatonah yang di warisi daripada pemimpin Agung Nabi Muhammad Saw bersama khalifah yang memikul amanah Tuhan dengan penuh iman dan ketaqwaan. Setiap pemimpin pasti TIDAK terlepas dari pertanyaan Tuhan tentang kepimpinannya. Masih adakah lagi pemimpin seperti Umar Ab Aziz pada abad ini?
csyahya victory
Isnin 16 Julai, 2018.
No comments:
Post a Comment