Menjadi seorang pengetua atau Guru Besar tidak seindah yang di sangka. Sesetengah orang berusaha mencari peluang untuk di lantik sebagai pengetua kerana laluan kenaikkan gred yang lebih tinggi lebih baik berbanding di PPD Jabatan dan Kementerian. Sebagai orang nombor satu di sekolah pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan organisasi, perkembangan staf, pengurusan kurikulum, kokurikulum, infrastruktur, pentadbiran dan keselamatan setiap warga semasa mereka berada di sekolah. Pengetua / Guru Besar juga perlu melaksanakan pedagogi walau pun jumlah waktu sedikit. Tanggungjawab mengawal selia kakitangan, guru dan pekerja menjadi tuntutan yang tidak boleh di pandang mudah kerana jika berlaku perkara yang tidak di ingini kepada warga sekolah terutama pelajar, pengetua ialah orang pertama yang mengambil tanggungjawab. Selain memastikan pengurusan organisasi lancar pengetua terpaksa berdepan dengan berbagai risiko dalam melaksanakan tugasnya. Pengetua atau Guru Besar tidak mempunyai autonomi menukar atau memindahkan seseorang pelajar atau guru ke sekolah lain walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai isu dan karenah yang kadang kala menuntut kesabaran tinggi. Semua mata akan tertumpu kepada Pengetua/Guru Besar jika berlaku insiden di sekolah. Nilai murni pendidikan tidak dapat di manifestasikan dalam kehidupan kerana profession perguruan tidak lagi berperanan untuk mendidik ummah tetapi lebih bersifat kepentingan peribadi. Amat malang sekali dunia pendidikan terlalu jauh meninggalkan peradaban ilmu yang menyanjung tinggi akal budi manusia sebagai tunjang budaya bangsa. Justeru nilai kebaikan dan keberkatan ilmu telah sirna di dada umat.
Sirnanya hormat
Pekerjaan yang paling mulia ialah mengajar dan mendidik manusia mengenal ilmu. Proses mendapatkan ilmu mesti berguru bukan hanya melalui buku. Berguru dengan buku semata mata tidak mencapai matlamat menjadi seorang manusia berilmu .Ilmu mengajar manusia mengenal hakikat kehidupan, membezakan antara yang hak dan bathil, benar atau salah. Mendapat ilmu melalui buku buku hanya mampu mengumpul maklumat sebagai pengetahuan. Antara ilmu dan pengetahuan walau pun selalunya di rangkaikan namun kedua duanya berbeda jika di analisis secara impirik. Orang berilmu melihat proses kehidupan dengan mata hati sehingga mampu menimbulkan keinsafan diri betapa agungnya Pencipta alam ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) yang merangkumi aspek
Jasmani Emosi Rohani dan Intelek ( JERI ) sebenarnya sudah memadai untuk di jadikan asas melahirkan manusia beradab yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Sayangnya Falsafah ini jarang sekali di amalkan dalam dunia pendidikan kita. Kerangka dasar yang terdapat dalam FPK seharusnya menjadi hala tuju Pendidikan Negara mencapai matlamat bagi melahirkan modal insan berkompeten dan berwibawa. Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) bertujuan menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua warga dari pra sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Kurikulum di gubal berasaskan FPK untuk semua sekolah menengah dan rendah.
Dilema Pengetua
Mengurus manusia antara aspek yang paling mencabar bagi seseorang ketua jabatan ( KJ ) . Walau pun setiap penjawat guru tertakluk kepada akta pendidikan dan etika perguruan, arahan perkhidmatan perintah perintah am bab D 1993 ( Kelakuan dan Tatatertib) , namun proses untuk mengambil tindakan tidak semudah yang tertera di atas kertas. Setiap awal sesi persekolahan pihak pengurusan membentangkan dalam mesyuarat guru dasar dasar , pekeliling ikhtisas dan aku janji yang perlu di patuhi oleh setiap penjawat awam termasuk guru. Ikrar aku janji di baca seperti tercatat dalam buku rekod mengajar bagi memastikan setiap guru mematuhi setiap peraturan. Mutakhir ini terdapat sindrom dalam kalangan guru dan ibu bapa yang tidak segan segan menyaman sekolah dengan berbagai alasan. Kes kes mahkamah yang membabitkan pengurusan sekolah sudah menjadi perkara biasa yang beberapa dasawarsa dulu tidak pernah berlaku. Ini lah senerio yang berlaku sehingga menyebabkan hilangnya respektasi masyarakat kepada profesyen pendidikan. Ada segelintir guru berani menyaman sekolah, pengetua, jabatan dan kementerian hanya kerana kes kes yang tidak mempunyai asas kukuh seperti pertukaran dan nilai prestasi yang mereka perolehi. Sebagai penjawat awam guru juga tidak terlepas daripada etika kerja yang berkehendakkan seseorang itu sentiasa mengutamakan tugas melebihi kepentingan pribadi. Sebagai penjawat awam, guru terikat dengan peraturan dan undang undang setiap masa.
csyahya victory
Isnin 9 Julai 2018
24 Syawal 1439H
No comments:
Post a Comment