Sunday, August 5, 2018

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan bermanfaat bagi orang banyak. Organisasi akan berkembang subur jika di pupuk dengan semangat kesetiakawanan berpaksikan espirit de corps yang padu dalam kalangan anggota. Sebaliknya kelesuan pasti berlaku apabila teraju utama tidak berupaya membawa dan menjana perubahan. Dunia organisasi terutamanya siasah menjadi mauduk dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia . Berbicara mengenai politik pokok tunjangnya ialah untuk mendapat kekuasaan dan pemerintahan. Kuasa menjadi matlamat utama. Pertubuhan yang di anggotai oleh ahli parti mempunyai perlembagaan secara perundangan yang membolehkan ahli memilih barisan kepimpinan. Pemilihan untuk sesuatu jawatan tertinggi di laksanakan dalam tempoh dua tahun sekali mengikut perlembagaan yang di luluskan.

Demokrasi dan emosi

Dalam mana mana organisasi yang mengamalkan prinsip demokrasi, ahli ahli bebas bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti. Antara kehendak demokrasi dan kepentingan emosi akan memberi keresahan kepada parti. Secara naluri , intuitif manusia sukar menerima kegagalan dan kekalahan.  Biasanya bila ada pertandingan berlaku kegoncangan. Organisasi yang utuh memerlukan pimpinan yang bijaksana,berwawasan jauh dan dapat memastikan pengikutnya mematuhi hiraerki parti.  Dalam hal ini perlu melihat secara bijak antara manfaat dan mudharat yang bakal terjadi kepada sesebuah organisasi. Sejarah menjadi bukti apabila berlaku pertandingan sedikit sebanyak meretakkan hubungan. Antara kepentingan organisasi dengan kehendak naluri menjadi ukuran keikhlasan diri. Perjuangan akan menjadi sia sia jika ingin semata mata merebut kerusi. Matlamat pertubuhan ialah menguasai pemerintahan yang di pilih rakyat melalui peti suara. Setelah mandat di perolehi melalui majoriti, tugas pemimpin atasan ialah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas untuk kesejahteraan rakyat.  Jangan biarkan rakyat menjadi serba salah dengan situasi yang berlaku dalam organisasi sehingga menimbulkan rasa bosan dan muak dengan politiking dalaman yang tidak menguntungkan. Rakyat inginkan perubahan untuk mengurangkan beban kehidupan terutama bagi mereka yang berpendaptan kecil.

csyahya victory
Isnin 6 Ogos 2018




Saturday, July 21, 2018

Sukar Mencari Titik Perpaduan

Tonggak kekuatan sesuatu umat ialah perpaduan. Bersatu teguh bercerai roboh.  Peribahasa ini hanya sekadar menambah gula di bibir sahaja terutama dalam kalangan pemimpin politik. Senyuman dan salaman politikus sukar di ramal dan di baca oleh orang biasa. Perkataan perpaduan telah saya dengari sejak sekolah rendah lagi. Buku 'bachaan' rumi mengisahkan rakan rakan berbagai kaum seperti Ali,  Tong Seng, Ramasamy dan Sarojini masih kekal dalam ingatan. Zaman masih papan batu belum ada buku dalam darjah satu.  Bagi mereka yang bersekolah dalam tahun 60an pasti mengingati kisah persahabatan ini. 
Keikhlasan dan ketulusan
Usaha ke arah perpaduan antara kaum telah lama di lakukan melalui medium bacaan di sekolah. Sesungguhnya titik perpaduan sukar di capai jika tiada keikhlasan dan ketulusan dalam perjuangan. Apabila pemimpin mempunyai agenda tersembunyi pastinya sukar untuk bersatu. Perpecahan umat di sebabkan kepimpinan. Pemimpin yang menyebabkan perpecahan bukannya pengikut. Apabila sesetengah pemimpin bertindak keluar atau di buang daripada badan siasah tertentu mereka menubuhkan parti baharu dan kemudian mengajak rakyat menerima dasar dasar dan polisi yang mereka tawarkan. 
Organisasi berpecah
Pergeseran dalam kalangan pimpinan atasan menyebabkan organisasi berpecah dan pengikut berpuak puak.  Sejarah parti parti politik yang di tunjangi  orang orang Melayu pada pasca kemerdekaan  ialah UMNO dan PAS . PAS lahir daripada rahim UMNO yang kemudiannya berdiri sendiri hingga lah sekarang. Sejarah PAS juga tidak kurang hebatnya mengalami perpecahan sejak zaman Dato Asri, Dato Mohd Nasir lahirnya Berjasa dan Hamim namun PAS tetap bertahan menjadi wadah pilihan ummah. PAS masih belum menguasai pentadbiran pusat kecuali dua buah negeri iaitu Kelantan dan Trengganu. Pas juga pernah berkoalisi dengan Semangat 46 hasil perpecahan pemimpin UMNO antara Dr Mahathir dengan Tengku Razaliegh namun usia tak panjang apabila S46 di bubarkan dan Ku Li kembali kepada UMNO. Dalam senerio politik semasa,  tiada parti yang bergerak secara solo mampu memerintah kecuali berkoalisi dengan komponen lain.  Apabila berlakunya reformasi dalam dua dasawarsa lalu lahir pula parti keadilan, yang sekarang PKR. Demikian juga Amanah wujud setelah sebahagian pemimpin utama mereka keluar atau di minta meninggalkan parti . Terkini Bersatu di tubuhkan oleh bekas pemimpin Umno, juga di sebabkan  krisis keyakinan dan perpecahan. Mungkin kah bangsa Melayu juga mewarisi sifat bani Arab yang hidup berkabilah sukar bersatu hingga sekarang?   Demikian nasib bangsa ini telah berpecah menjadi beberapa kumpulan dengan berbeza pandangan dalam perjuangan. Apa mungkin mereka bisa bersatu kembali di bawah satu wadah? Hanya masa dan keadaan yang menentukan. 
Teori kepimpinan
Berbagai teori kepimpinan di bahas manusia untuk mencari persefahaman namun hakikatnya terletak kepada ketulusan dan kejernihan diri individu sebagai ketua untuk menyatukan pengikut mereka dengan bijaksana dan penuh hikmah. Teori hanyalah garis panduan untuk merangka perancangan namun tidak semuanya boleh di laksanakan dalam urusan pentadbiran. Kebijaksanaan pemimpin mengawal selia pengikut menjadi ukuran pencapaian organisasi. Sejarah kejatuhan kerajaan besar di dunia kerana di dominasi oleh sifat tamak dan ego diri sehingga menyebabkan negara tersungkur kepada pihak lain. Jika pemimpin mempunyai sifat ananiah melebihi kepentingan umat jangan cerita tentang perpaduan sampai bila bila pun tidak akan menemui noktah. Organisasi milik semua anggota. Pemimpin di angkat oleh ahli dalam persidangan atau muktamar untuk menerajui parti . Antara ketua dan pengikut mempunyai tanggungjawab bersama melestarikan organisasi sebagai wadah perjuangan. Sayangnya dalam organisasi prinsip Kaizen tidak berlaku untuk penambahbaikan berterusan. Pemimpin yang baik sedia di tegur oleh orang kecil dan selalu berlapang dada untuk menjamin keutuhan organisasi. 

Andalus  yang hilang

Peradaban kota Cordoba @ Qurthubah di Andalus , sekarang Spanyol @ Spain menjadi bukti sejarah hilangnya kekuasaan Islam sejak beratus ratus abad di bumi.  Kota yang gah dengan simbol Masjid Cordoba menjadi mercu tanda keagungan Islam telah lenyap di bumi Andalusia kerana ketamakan dan kelekaan pemimpin yang mabuk kuasa.  Terlalu hiba bila memasuki masjid ini melihat mimbar masih utuh terukir indah dengan kalimah suci namun di satu sudut berdiri megah gambar salib yang menghiasi ruang dan dinding. Masjid yang mempunyai seni bina cukup indah seakan akan Masjid Nabawi bertukar menjadi cathedral dan telah di wartakan oleh Unesco sebagai warisan wisata dunia. Seluruh kota kota besar seperti Alhambra Granada, Toledo,  Madrid hingga ke Portugal sewaktu masa silam merupakan empayar Islam namun kini tinggal sejarah yang terukir dengan kalimah kalimah Allah di dinding dinding Masjid,  Istana Alhambra dan sekitar kota negara ini. Kehebatan dan kehalusan arkitektur ayat ayat Allah di setiap sudut Istana Alhambra sungguh memukau sesiapa saja yang memasukinya. Kehebatan teknologi orang dahulu melangkaui peradaban moden alaf ini.  Terletak di atas bukit yang begitu strategik menjadi tempat bersemayam para Sultan yang memerintah kota ini.  Peninggalan Tariq bin Ziad yang mengembang misi suci ke Eropah dan Africa hanya dapat di saksikan melalui puin puin sejarah yang tercatat pada buku buku dan monument di sekitar kota.















Masjid Cordoba, April 2016.

Demikian secuplikan rentetan peristiwa yang harus di teladani untuk menjadi iktibar kepada kita supaya tidak berulangnya sejarah yang sama. Jika peristiwa tersebut boleh berlaku di belahan barat tidak mustahil perkara yang sama terjadi di timur jika kita tidak berwaspada dan lalai semasa di tampuk kuasa.

Pemimpin integriti

Kepimpinan ialah suatu seni yang di miliki oleh seseorang ketua untuk mempengaruhi pengikutnya. Pemimpin berintegriti @ bertaqwa seperti Umar Ab Aziz menepati ciri ciri pemimpin sejati. Orang akan bertanya mana mungkin di era globalisasi prinsip kepimpinan seperti itu dapat di laksanakan zaman ini?  Jawaban mungkin ya atau tidak bergantung kepada individu yang di angkat menjadi ketua.  Jika tidak boleh mengikuti cara khalifah sepenuhnya sekurang kurangnya jadi lah pemimpin yang beramanah, qanaah,  fatonah bijaksana dan berhikmah dalam setiap perbuatan dan tindakan. Adunan ilmu, amal dan iman membuahkan ehsan sebagai kemuncak kepribadian khalifah Tuhan. Keikhlasan merupakan kunci kejayaan sesebuah pertubuhan. Pemimpin yang ikhlas mengamalkan sifat sifat terpuji bercirikan ketulusan professional @ professional honesty menjadi mercu tanda keutuhan organisasi. Binalah ikatan perpaduan berpaksikan redha Tuhan dengan penuh kejujuran untuk mencari titik perpaduan. Persefahaman tidak akan tercapai jika kehendak Tuhan di abaikan. Kejujuran professional merupakan kekuatan pribadi pemimpin dalam membawa ummah bersama sama menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.










csyahya victory
Ahad 22 Julai, 2018.

Friday, July 20, 2018

Semurni Kuntuman Bunga











Hidup ini sungguh indah jika kita sentiasa patuh kepada perintah Allah.  Mengapa sentiasa menyebut Allah kerana DIA pencipta manusia dan organisma hidup di muka bumi.  Allah yang menumbuhkan tumbuh tumbuhan dari biji benih yang di tanam, beransur membengkak, pecah,  bertunas,  membesar, beranting, berdahan,  berbunga dan berbuah. Tanah merupakan medium yang di sediakan Tuhan mengandungi pelbagai organik, mineral,  sulfur,  air, kalsium dan reputan hidupan yang mati menjadi humus untuk kesuburan pokok. Tidak pernah terfikirkah manusia bagaimana Allah menjadikan berbagai spesis bunga beraneka warna menghiasi dada bumi sehingga kelihatan sungguh indah. Bukan sahaja kelihatan menarik tetapi menjadi tempat rama rama dan lebah menghisap manisan untuk menghasilkan madu.  Dari perut lebah terdapat penawar yang paling mustajab untuk kesihatan manusia. Madu menjadi makanan kegemaran Nabi Saw di samping susu,  tamar dan air zamzam. Justeru Allah telah menempatkan satu surah di dalam Al Qur'an Al Kareem mengenai lebah @ An Nahl untuk manusia mengambil ibrah dan iktibar bagaimana komuniti lebah membina makanan yang berkhasiat untuk manusia.

Kiasan tersirat

Semurni kuntuman bunga yang menghiasi taman menarik hati setiap pelancung yang datang. Lazimnya tiada lalat yang menghurungi bunga bungaan tetapi di penuhi rama rama dan lebah mencari manisan.  Mungkin lalat tidak menyukai yang harum dan bersih melainkan memenuhi tempat kotoran sampah dan bahan buangan. Lalat bertelur di tempat kotor berkerumun dengan najis yang tentunya mengundang penyakit kepada manusia jika tidak di cegah. Antara lalat dan lebah dua jenis organism ciptaan Tuhan yang mempunyai naluri dan cita rasa berbeda dalam memilih makanan. Sebagai kiasan tersirat jadilah seperti lebah yang banyak memberikan manfaat kepada manusia bukannya lalat yang mengundang berbagai penyakit berbahaya jika gagal di cegah. Walau pun lalat di pandang jijik pembawa penyakit namun ada juga kelebihannya. Lalat bertindak sebagai pengurai makanan.

Hati umpama bunga

Dalam diri manusia terdapat seketul daging jika ia baik seluruh jasad akan menjadi baik.  Itu lah hati tempat tersembunyi segala rahsia manusia. Hati tempat bersarang segala perasaan yang secara tersembunyi seperti riak,  ujub,  sombong,  angkuh,  besar diri,  dan berasa dia saja yang betul orang lain semuanya salah. Hati perlu di pupuk dengan kebaikan,  sedekah, zikir,  bersangka baik kepada Allah dan sesama manusia, menuntun jiwa dengan sifat sifat mahmudah seperti zuhud, qanaah, ikhlas dan tunduk kepada Allah SWT.  Hati berbunga menunjukkan kegembiraan dan kejernihan jiwa terpancar melalui wajah. Walau pun tersembunyi suara hati dapat di manifestasi dalam diri melalui tindak tanduk peribadi. Senyuman yang lahir dari hati akan terpancar pada wajah yang jernih melalui ekspresi diri. Seumpama kuntuman bunga mekar berbau harum , hati yang suci menjadi penawar hubungan sesama insani apa lagi dengan Ilahi.

Wallahua'llam
csyahya victory
Sabtu 21 Jul 2018



Wednesday, July 18, 2018

Perbahasan Parlimen Konstruktif ?

Persidangan Parlimen pasca Pilihan raya umum ke 14 @ PRU masuk hari ketiga Rabu 18 Julai,  2018 setelah di sempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Muhammad V pada hari Selasa 17 Julai semalam. Titah spontan Baginda sebelum menyempurnakan persidangan menggamat kan ahli dewan dan penonton di seluruh negara.  "Tuan tuan speaker,  tuan tuan speaker dewan negara,  ahli ahli Yang Berhormat sila duduk dan jangan lari" . Demikian titah Baginda sambil tersenyum. Walau pun titah Baginda seperti jenaka tetapi sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam bukannya sekadar menjadi bahan ketawa. Secara tersirat Baginda mengingatkan ahli dewan yang membawa amanah rakyat supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara edukatif, professional dan beretika sebagai ahli dewan berwibawa. Parlimen tempat berbahas,  berhujah secara rasional mencari solusi melalui bermusyawarah untuk kepentingan rakyat dan negara. Antara rasional dan emosional menjadi indikator seseorang ahli dewan yang professional dalam membahas sesuatu isu secara intelektual.

Tugas Speaker

Perjalanan mesyuarat di kendali oleh Speaker . Beliau di bantu oleh dua orang timbalan yang bertanggungjawab melicinkan perbahasan. Speaker di lantik dalam kalangan ahli dewan atau ahli lain di bawah peruntukan fasal (1 ) (a)  perkara 57 Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali dan mengawal selia mesyuarat parlimen. Sebagai pengerusi persidangan Tuan Speaker mempunyai autoriti untuk menegur malah meminta ahli ahli parlimen keluar dewan dan boleh di gantung dari menghadiri persidangan jika mereka melanggar peraturan yang di tetapkan.

Institusi tertinggi

Parlimen merupakan institusi tertinggi menjadi lambang kedaulatan negara. Tempat undang undang di gubal dan di pinda sebelum di luluskan. Tujuan persidangan ialah untuk membuat cadangan dan kerangka rang undang undang di kemukakan kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat. Ahli ahli Parlimen mengambil bahagian membahas rang undang undang dan setelah di persetujui secara konsensus akan menjadi Akta.  Seharusnya ahli ahli yang menganggotai Dewan Rakyat dan Dewan Negara dapat bekerjasama membangunkan negara tanpa mengira idealogi politik. Masa untuk berpolitik sudah selesai tumpukan sepenuhnya kepada pembangunan negara untuk kesejahteraan rakyat di bandar dan di desa. Rakyat telah pun membuat keputusan dengan memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan untuk period lima tahun.
Isu pokok
Mandat yang di beri seharusnya di gunakan semaksima mungkin untuk kemajuan negara.  Isu isu yang telah lama berlalu seharusnya tidak lagi di polemik kerana membantut proses persidangan dan merugikan masa. Tumpuan kepada perkara pokok yang menjadi asas pembangunan rakyat lebih utama ketimbang berargumentasi perkara yang dah berlalu. Baik anggota kerajaan mau pun pembangkang mempunyai matlamat yang sama untuk kemajuan negara. Perbahasan sesuatu isu seharusnya menjurus kepada perkara  spesifik yang boleh di ukur, boleh di capai, boleh di percayai berdasarkan jangka masa yang di tetapkan ( SMART ). Specific Measurable,  Attainable,  Realible and Time bound menjadi kayu ukur pencapaian sesuatu matlamat ( goal ) yang di tetapkan. Setiap kementerian mempunyai ' goal ' masing masing dalam usaha memperkasa kemajuan negara.  
Semoga ahli ahli dewan dapat mengambil bahagian membahas sesuatu isu dengan  konstruktif, bijaksana , berhikmah menghasilkan natijah demi kepentingan rakyat dan negara tercinta Malaysia.  Selamat bersidang. 
csyahya victory
Khamis 19 Julai 2018. 

Tuesday, July 17, 2018

Bersahabat Dengan Alam

Alam luas terbentang menjadi terapi kehidupan jika manusia melihatnya dengan penuh pentaksiran. Bukti kekuasaan Tuhan paling akurat yang tidak bisa di taksir secara logika kerana di luar jangkauan minda manusia. Bagaimana Tuhan mengirimkan angin yang menggerakkan awan sehingga terlihat oleh mata seperti terapung apung di antara langit dan bumi. Kadar kelajuan pergerakan awan di tentukan oleh kekuatan angin. Ketika berada di New Zealand negara di hujung dunia, pergerakan awan sangat laju dan rendah dengan angin bertiup kencang seolah olah sangat dekat dengan bumi. Negara yang terkenal dengan keindahan alam dan cuaca yang sentiasa berubah ubah menjadi tarikan pelancung berwisata kerana keunikan alamnya. Dalam suasana angin bertiup sepoi sepoi bahasa sungguh menenangkan rasa mendamaikan jiwa namun Allah juga bisa mengarahkan angin bertiup kencang lebih 150km perjam sehingga menghancurkan kehidupan. Perlakuan alam terjadi bukan secara insidental tetapi di gerakkan oleh Allah Maha  Berkuasa. Apabila berlakunya fenomena alam sandaran manusia lazimnya ialah kepada faktor alamiah bukannya kuasa Tuhan.  Bumi seperti sebuah pulau kecil di tengah tengah lautan yang tidak bertepi. Antara negara dan benua di pisahkan oleh lautan menunjukkan bahawa 70 peratus air mengelilingi daratan.  Kejadian pulau pulau di samudera juga membuktikan kekuasaan Tuhan sehingga tumbuh berbagai spesis tumbuhan untuk manfaat manusia. Kejadian gempa @ zalzalah merupakan fenomena terbentuknya pulau pulau kecil di tengah lautan.

Petroleum

 Manusia membuat penilaian berdasarkan teori kemungkinan berlakunya ledakan di dasar laut sejak jutaan tahun hingga munculnya pulau pulau kecil. Memang ada kebenarannya mendapan hidupan yang mati jutaan tahun secara evolusi berlaku tekanan dari dasar laut sehingga munculnya gas dan minyak.  Petroleum atau minyak mentah di gali di dasar laut di proses melalui penyulingan berperingkat menghasilkan gas butana,  metana,  parafin, bitumen dan lain lain hidrokarbon untuk menjana pendapatan negara. Minyak dan gas menjadi sumber ekonomi bagi sesebuah negara. Lautan merupakan khazanah alam yang sangat kaya dengan pelbagai sumber kehidupan. Justeru negara negara kuasa besar sentiasa mengintai kekayaan minyak dan gas untuk memonopoli ekonomi mereka. Rupabentuk lautan seakan sama dengan struktur bumi. Ada lembah, ada gunung dataran tinggi , ada lereng bahkan terdapat anak sungai di dasar lautan. Beraneka jenis karang dan hidupan membentuk ekosistem yang cukup indah menjadi habitat sotong, udang, ikan yang tidak pernah pupus untuk keperluan manusia sejak bergenerasi. Sifat yang terdapat pada hidupan laut ialah tidak masin walau pun lautan itu mempunyai konsentrasi garam yang tinggi.

Adab dengan alam

Adab ialah bentuk perilaku yang baik,  beretika dan sopan terhadap makhluk sementelah lagi dengan Tuhan.  Beradab dengan alam bermakna menyantuni kurniaan Tuhan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah. Mengurus dan mentadbir alam dengan bijak untuk kelangsungan generasi.  Hutan dan gunung tidak sewenang wenangnya di gondol dan di tarah atas nama pembangunan sehingga mengakibatkan hakisan dan kerosakan. Konsekwensinya akan menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri.  Sungai sungai menjadi keruh membawa campuran tanah mengakibatkan hidupan mati. Margasatwa alam terpaksa mengungsi jauh ke dalam hutan untuk mencari habitat baharu kerana kerakusan manusia. Mereka kelaparan dan kehausan kerana hutan tempat bermukim telah di nodai manusia secara berleluasa. Terjadi kerosakan di darat dan di lautan kerana ulah tangan manusia. Benar kata Al Qur'an ulah manusia lah yang merosakkan muka bumi seperti mana berlaku kepada kaum kaum sebelum ini. Makan dan minum lah semahu mu, tetapi jangan sesekali melakukan kerosakkan di muka bumi.  Bait bait dalam lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebit G Ade sangat menarik untuk di renungi dan di hayati.Sebuah lagu puitis berunsur religis untuk menjadi ibrah kepada manusia supaya sentiasa bersahabat dengan alam.














Toledo Spain April 2016.


csyahya victory
Rabu 18 Julai 2018

Sunday, July 15, 2018

Parlimen Pertama Selepas PRU 14

Hari ini Isnin 16 Julai 2018 bermula lah mesyuarat Parlimen setelah berakhirnya Pilihan Raya ke 14 yang menyaksikan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN)  kepada Pakatan Harapan ( PH) pada 9 Mei 2018 lalu. Esok Selasa 17 Julai Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Muhammad V akan berangkat menyempurnakan Persidangan Parlimen pada sesi ini.  Tiada siapa pernah menduga BN mengalami kekalahan teruk pada PRU kali ini. Tun Dr Mahathir 93 kembali semula ke Dewan Rakyat setelah di lantik menjadi Perdana Menteri ke 7. Beliau mencatat sejarah politik negara dengan dua kali menjadi Perdana Menteri setelah bersara pada tahun 2003. Tun juga antara pemimpin dunia yang paling kanan dari segi usia namun kemampuan daya fikirnya masih berbisa dan mampu membawa negara ke mercu kejayaan. Parlimen juga mencatat sejarah apabila menerima seorang wakil rakyat termuda 22 tahun pada sesi ini. Beliau ialah YB M Prabakaran mewakili Parlimen Batu.










Tun Dr Mahathir Muhamad
Perdana Menteri mengangkat sumpah.

Kesemua  222 wakil rakyat akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di Pertua Dewan Rakyat
bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perbahasan.  Pengesahan sebagai wakil rakyat sebenarnya telah  di umumkan oleh Pegawai Pengurus semasa mengumumkan keputusan pilihan raya. Pegawai Pengurus bertanggungjawab menanda tangani writ untuk mengesahkan seseorang wakil menjadi Ahli Dewan Rakyat. Adalah sesuatu yang memalukan apabila wakil pembangkang meninggalkan dewan kecuali YB Rembau Khairi Jamaluddin @ KJ dan YB Kimanis Datuk  Sri Anifah Aman kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Speaker yang di sifatkan tidak mengikuti peraturan dewan. Ironinya semua ahli masuk kembali untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker  Datuk Mohammad Ariff Md Yusoff tak lama kemudian. Rakyat memerhati senario yang berlaku dalam dewan dengan penuh antusiastik.








Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat.

Sistem pemerintahan negara  sejak mencapai kemerdekaan daripada British pada  31 Ogos 1957 berada di bawah Perikatan yang di tunjangi UMNO selama lebih enam dasawarsa. Simbol kapal layar sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Rentetan peristiwa berlaku semasa Tunku Ab Rahman Putra Alhaj memegang jawatan perdana menteri pertama 1957 - 1970 menjadi indikator rapuhnya perpaduan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik hitam dalam sejarah tanah air berlakunya rusuhan kaum sehingga menyebabkan terencatnya perpaduan antara etnik suku dan ras di negara ini. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara @ MAGERAN di isytiharkan bagi menangani isu yang berlaku . Tun Ab Razak Hussein mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1970 - 1976. Beliau telah memperkenalkan beberapa polisi antaranya Dasar Ekonomi Baru, Bumi hijau dan Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan bangsa. Keseimbangan pendapatan antara penduduk terlalu jauh sehingga wujudnya jurang sosial yang tinggi. Tun Razak telah memainkan peranan utama menyatukan kembali parti parti politik dengan menubuhkan Barisan Nasional ( BN ) menggantikan Perikatan. Melalui persepakatan antara parti PAS dan BN kerajaan campuran telah di bentuk namun hanya sempat bertahan untuk beberapa tahun sahaja. 
Sejak itu BN terus mengungguli kerajaan hingga lah berakhir dengan kehilangan kuasa pada 9 Mei 2018 lalu di bawah teraju Perdana Menteri ke enam Datuk Sri Najib Tun Ab Razak.  

Amanah Rakyat

Tunjang kepada sesebuah kerajaan bersumber daripada rakyat.  Kuasa yang di beri melalui undi kepada setiap calon yang mewakili parti menjadi penentu kemenangan seseorang calon sehingga di pilih menjadi wakil rakyat samada DUN atau Parlimen. Dalam kalangan ahli ada yang di pilih menjadi menteri,  timbalan menteri dan di peringkat DUN pula ada yang menjadi Menteri Besar serta exco dengan mendapat kedudukan istimewa dengan elaun dan kemudahan yang banyak. Undi sangat menentukan kemenangan calon. Justeru semasa pilihan raya orang sakit pun di usung ke pusat pengundian untuk membuang undi.  Parti parti yang mendominasi suara rakyat akan di pilih membentuk kerajaan melalui sistem demokrasi.

Setiap parti yang bertanding menawarkan manifesto masing masing untuk menarik rakyat menyokong mereka.  Dalam istilah perkhidmatan awam,  manifesto boleh diumpamakan Piagam Pelanggan iaitu janji yang di berikan kepada para pelanggan yang berurusan dengan sesebuah jabatan. Kegagalan memenuhi janji menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada sesebuah organisasi. Secara legislatif setiap wakil rakyat (WR) wajib melaksanakan amanah dengan penuh jujur untuk mensejahterakan rakyat yang di wakilinya. Wakil rakyat yang melompat parti juga tidak beramanah kepada pengundi yang memilih mereka.  Adalah lebih berintegriti dengan meletak jawatan biar rakyat yang menentukan pilihan. Karekter dan sikap mencerminkan kepribadian seseorang samada telus,  jujur,  professional, rasional atau emosional dalam membuat keputusan.

Membawa suara rakyat

Tanggungjawab Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan  Negeri ialah membawa suara rakyat di kawasan masing masing.  Setiap wakil rakyat di beri peruntukan lebih RM300,000.00 setahun untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan. Dana ini seharusnya cukup untuk membantu naik taraf projek desa jika di urus dengan bijak dan berhemah. Kerajaan baharu turut memberi peruntukan kepada parti pembangkang walau pun jumlahnya tidak sama dengan wakil rakyat pemerintah. Sebagai warga negara dan pengundi kita sangat mendambakan setiap pemimpin mampu mencontohi sifat sifat terpuji seperti siddiq,  amanah,  tabligh dan fatonah yang di warisi daripada pemimpin Agung Nabi Muhammad Saw bersama khalifah yang memikul amanah Tuhan dengan penuh iman dan ketaqwaan. Setiap pemimpin pasti TIDAK terlepas dari pertanyaan Tuhan tentang kepimpinannya. Masih adakah lagi pemimpin seperti Umar Ab Aziz pada abad ini?

csyahya victory
Isnin 16 Julai,  2018.

Wednesday, July 4, 2018

Dilema Pengetua dan Guru Besar

Menjadi seorang pengetua atau Guru Besar tidak seindah yang di sangka. Sesetengah orang berusaha mencari peluang untuk di lantik sebagai pengetua kerana laluan kenaikkan gred yang lebih tinggi lebih baik berbanding di PPD Jabatan dan Kementerian. Sebagai orang nombor satu di sekolah pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan organisasi, perkembangan staf, pengurusan kurikulum, kokurikulum, infrastruktur, pentadbiran dan keselamatan setiap warga semasa mereka berada di sekolah. Pengetua / Guru Besar juga perlu melaksanakan pedagogi walau pun jumlah waktu sedikit. Tanggungjawab mengawal selia kakitangan,  guru dan pekerja menjadi tuntutan yang tidak boleh di pandang mudah kerana jika berlaku perkara yang tidak di ingini kepada warga sekolah terutama pelajar, pengetua ialah orang pertama yang  mengambil tanggungjawab. Selain memastikan pengurusan organisasi lancar pengetua terpaksa berdepan dengan berbagai risiko dalam melaksanakan tugasnya. Pengetua atau Guru Besar tidak mempunyai autonomi menukar atau memindahkan seseorang pelajar atau guru ke sekolah lain walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai isu dan karenah yang kadang kala menuntut kesabaran tinggi.  Semua mata akan tertumpu kepada Pengetua/Guru Besar jika berlaku insiden di sekolah.  Nilai murni pendidikan tidak dapat di manifestasikan dalam kehidupan kerana profession perguruan tidak lagi berperanan untuk mendidik ummah tetapi lebih bersifat kepentingan peribadi. Amat malang sekali dunia pendidikan terlalu jauh meninggalkan peradaban ilmu yang menyanjung tinggi akal budi  manusia sebagai tunjang budaya bangsa. Justeru nilai kebaikan dan keberkatan ilmu telah sirna di dada umat.

Sirnanya hormat

Pekerjaan yang paling mulia ialah mengajar dan mendidik manusia mengenal ilmu. Proses mendapatkan ilmu mesti berguru bukan hanya melalui buku.  Berguru dengan buku semata mata tidak mencapai matlamat menjadi seorang manusia berilmu .Ilmu mengajar manusia mengenal hakikat kehidupan,  membezakan antara yang hak dan bathil,  benar atau salah. Mendapat ilmu melalui buku buku hanya mampu mengumpul maklumat sebagai pengetahuan. Antara ilmu dan pengetahuan walau pun selalunya di rangkaikan namun kedua duanya berbeda jika di analisis secara impirik. Orang berilmu melihat proses kehidupan dengan mata hati sehingga mampu menimbulkan keinsafan diri betapa agungnya Pencipta alam ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan  ( FPK ) yang merangkumi aspek   
Jasmani Emosi Rohani dan Intelek  ( JERI ) sebenarnya sudah memadai untuk di jadikan asas melahirkan manusia beradab yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Sayangnya Falsafah ini jarang sekali di amalkan dalam dunia pendidikan kita. Kerangka dasar yang terdapat dalam FPK seharusnya menjadi hala tuju Pendidikan Negara  mencapai matlamat bagi melahirkan modal insan berkompeten dan berwibawa. Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) bertujuan menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua warga dari pra sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Kurikulum di gubal berasaskan FPK untuk semua sekolah menengah dan rendah.

Dilema Pengetua

Mengurus manusia antara aspek yang paling mencabar bagi seseorang ketua jabatan ( KJ ) . Walau pun setiap penjawat guru tertakluk kepada akta pendidikan dan etika perguruan, arahan perkhidmatan perintah perintah am bab D 1993 ( Kelakuan dan Tatatertib) ,  namun proses untuk mengambil tindakan tidak semudah yang tertera di atas kertas. Setiap awal sesi persekolahan pihak pengurusan membentangkan dalam mesyuarat guru dasar dasar , pekeliling ikhtisas dan aku janji yang perlu di patuhi oleh setiap penjawat awam termasuk guru.  Ikrar aku janji di baca seperti tercatat dalam buku rekod mengajar bagi memastikan setiap guru mematuhi setiap peraturan. Mutakhir ini terdapat sindrom dalam kalangan guru dan ibu bapa yang tidak segan segan menyaman sekolah dengan berbagai alasan. Kes kes mahkamah yang membabitkan pengurusan sekolah sudah menjadi perkara biasa yang beberapa dasawarsa dulu tidak pernah berlaku.  Ini lah senerio yang berlaku sehingga menyebabkan hilangnya respektasi masyarakat kepada profesyen pendidikan. Ada segelintir guru berani menyaman sekolah, pengetua, jabatan dan kementerian hanya kerana kes kes yang tidak mempunyai asas kukuh seperti pertukaran dan nilai prestasi yang mereka perolehi. Sebagai penjawat awam guru juga tidak terlepas daripada etika kerja yang berkehendakkan seseorang itu sentiasa mengutamakan tugas melebihi kepentingan pribadi. Sebagai penjawat awam, guru terikat dengan peraturan dan undang undang setiap masa.

csyahya victory
Isnin 9 Julai 2018
24 Syawal 1439H

Tuesday, July 3, 2018

Jalan lurus hanya dalam solat ?

Rotasi kehidupan manusia tidak bernoktah di dunia. Ia pasti berterusan kendati pun manusia telah meninggalkan dunia. Tuntutan Tuhan terhadap setiap insan  pasti berterusan hingga ke alam akhirat yang menjanjikan pembalasan baik kepada mereka yang beriman beramal soleh dan berbuat ehsan. Demikian sebaliknya bagi mereka yang melakukan kemungkaran dan kefasadan semasa hidupnya kecuali sempat bertaubat memohon keampunan Allah terhadap kesalahan yang di lakukan. Tuhan sangat menyantuni hambaNya dengan segala sifat Rahman dan Rahim menyediakan segala keperluan manusia secara percuma.  Oksigen,  air, hujan dan panas merupakan sebahagian daripada ribuan bukti keagungan Tuhan yang tidak dapat di kira secara matematika oleh manusia namun berapa ramai yang mensyukurinya?. Allah tempat bergantung setiap makhluk.  Bila kita sakit Dia lah yang menyembuhkan. Nikmat Allah begitu luas tidak terjangkau oleh minda manusia bahkan mustahil menghitung segala pemberianNya. Lihat lah gunung ganang dengan mata hati, hijau membiru memagari bumi sehingga membentuk panorama yang sungguh menakjubkan. Bukan saja sebagai pasak bumi malah menjadi habitat pelbagai spesis flora dan fauna untuk keseimbangan ekosistem kehidupan. Dari puncak gunung terbitnya mata air yang jernih sejuk dan bening di celah celah batu dan banir banir kayu mengalir ke lembah hingga membentuk air terjun yang mengkagumkan. Di saat itu terpantul dari bibir yang bertaut dengan hati akan kebesaran Tuhan Subhanallah.

Alam dan manusia

Antara alam dan manusia terkandung rahsia kehidupan.  Lanskap alam luas terbentang  menjadi terapi kepada manusia untuk mencari ketenangan dan kedamaian. Manusia yang menggunakan akal budi mencari keabsahan ilmu pasti terjawab dengan menyelusuri perlakuan alam yang sentiasa mengikut peraturan Tuhan. Siang hilang timbul malam.  Matahari tenggelam belahan bumi gelap , benua lain mula terang.  Azan berkumandang bersahutan tanpa henti di setiap negara di bumi menandakan Asma Allah tetap bercahaya memenuhi ruang angkasa. Perjalanan matahari, bulan dan peredaran bumi bukan kah menjadi petanda kepada mereka yang berfikir? Tidak pernah berlaku pergeseran dan bentrokan kerana masing masing berada pada jalan yang lurus mengikut ketentuan Tuhan. Apa akan berlaku kepada penduduk bumi bila matahari dan bulan tidak berada pada jalur yang lurus?  Pastinya kiamat berlaku.

Tuhan dan manusia

Manusia dan makhluk lain di cipta oleh Tuhan.  Allah sangat mengetahui apa yang ada dalam dada setiap manusia.  Lintasan hati dan perasaan di ketahui Allah. Niat baik di ikuti perbuatan terpuji pasti mendapat maghfirah Ilahi.  Niat tidak baik tetapi tidak di manifestasikan dalam perbuatan tetap di kira tidak berdosa. Demikian Pemurahnya Allah. Mengapa manusia memohon petunjuk Ihdinassiro thal mustaqiem semasa solat tetapi setelah di luar solat tidak di amalkan?  Justeru manusia perlu melakukan muhasabah diri setiap masa supaya berada di jalan yang lurus bagi menjamin kehidupan hasanah di dunia dan hasanah di sana. Antara solat dan kehidupan menjadi pengukur iman seseorang. Orang yang benar benar mengerjakan solat terhindar dari maksiat jauh dari korupsi,  menipu,  zalim sesama manusia ,haiwan dan beradab dengan alam kerana nur solat menjadi benteng diri dari melakukan kemungkaran. Inna ssolata ta tanha 'anil fahsya iwal mungkar. Antara logika dan iman menjadi neraca pertimbangan untuk mengenal hakikat kehidupan yang bertunjangkan kebenaran dari Tuhan.
Wallahua'lam.
csyahya victory
Selasa 3 Julai 2018
19 Syawal 1439H

Thursday, June 28, 2018

Rehlah fi Dar Al Fikr Al Yaum

















Seronoknya Amirah Safiyyah Aqeel Mama Papa datang kebun Walid Umi. Kami makan tengah hari bersama.  Minggu depan dah nak balik Sheffield UK.  Cepatnya masa berlalu. Amirah Safiyyah begitu teruja dan minta untuk " Walid please hold my hand I want to go down to see your garden". Safiyyah and Aqeel was born in Sheffield  UK .

Hopefully we will meet again.  Aamin
csyahya victory
Fri 29 Jun 2018
15 Syawal 1439H

Tuesday, June 26, 2018

Do not stop thinking although you are old

One of the most important factors which is could not be avoid  in human life is getting  old. Biologically the human body will not much stronger when people reach the age 60s or retirement aged. The structure of human body will slowly become weak because the system which is coordinates the organs and tissues will not much functioning well. This is reality in life. Once you break down it is too difficult to recover yourself. Therefore we have to use our mind regularly  to avoid lathergic mind. The physical strength closely related to our thinking paradigm. In the other hand mentally and physically could not be separated to maintain healthy and wealthy life. The central nervous system @ CNS is a main factor to stabilize the human body functionally. The brain and spinal cord play an important role in order to control all activities in human body.

Fear of senile

Some people says senile is a symptoms of old age but until now we do not have any statistic on that particular cases. The indicator of age may not be correct to relate to senile. Some people at the aged of 90s still look energetic to participate in public and contribute good ideas to enhance the nation. Our Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohammad still looks steady and capable to lead the country at his aged 93 years old. The good character and behaviour is a symbol of healthy mind.   By reading, writing, studying, it can help our mind stay fresh and energetic. The more you think and the more you exploring knowledge it will encourage you to get more vocabularies to sharpen your mind. Human will not getting senile if they use to fulfil their life constructively. As Muslim we believe The holy Qur'an is an important Scripture to solve our problems. By reciting and understanding the concept of ayah it will influence our character and attitude to be humble to Allah and to the people. Al Qur'an says " Hablumminallah Hablumminnas"  good relationship to Allah and do good relationship among his slaves.
To those who are always with Al Qur'an in their life times for sure Allah will grant and protect them from senile and having chronic diseased. That's the real miracle of the holy Qur'an Al Kareem .

Generate energy

Human brain like a generator to generate energy effectively. The thinking process will enhance cells and neurons become active and more productive. The power of thinking can change our life to be a better person, open mind, polite, respect peoples views and wise. Usually people with this characteristics will not blaming others to justify their problems. Do not stop thinking and do not doing un neccessary activities to maintain healthy and wealthy life. Changing lifestyle and always grateful to our Creator. Allah knows best.

csyahya victory
Wed 27 Jun 2018
12 Syawal 1439H


Friday, June 8, 2018

Jejak Peninggalan Sahabat

Bumi Madinah Al Munawarrah sentiasa bercahaya berkat kepimpinan Nabi Saw yang mulia. Sejak berkurun terkenal dengan Yathrib. Setelah berhijrah dari Makkah Al Mukarramah Baginda memberikan nama baharu bagi kota ini dengan Madinah Al Munawarrah yang bererti kota bercahaya. Perjalanan sirah menegakkan kalimah Allah yang mulia terpaksa di bayar dengan keringat darah  dan air mata malah di usir dari tanah tumpah Baginda Makkah Al Mukarramah. Antara iman dan ikatan kekeluargaan menjadi pertembungan dalam diri Baginda namun ketaqwaan kepada Allah merupakan mercu tanda keabsahan iman .

Para sahabat sentiasa bersama Baginda terutama Abu Bakar Siddiq menjadi teman setia dalam perjalanan menuju perintah Allah. Penduduk Madinah menyambut Baginda dengan gembira "tolaal badru alaina" memecah kesepian desa. Baginda mendirikan Masjid yang di asaskan "ussisa ala taqwa"  di bangun berdasarkan ketaqwaan kepada Allah. Itu lah Masjid Quba' letaknya kira kira 3km dari Masjid Nabawi. Demikian sekelumit peristiwa yang tercatat dalam sirah nabawiah untuk di hayati oleh generasi kini.

Jejak peninggalan para sahabat seperti Abu Bakr Siddiq,  Umar Khatab Ali Abi Talib dan Uthman Affan masih kekal di Madinah.  Masjid Abu Bakar, Masjid Umar,  Masjid Ali ,Masjid Umammah dan Masjid Uthman Affan terletak tidak jauh dari Masjid Nabi Saw. Saya sempat menziarahi dan mengabadikan kenangan di sekitar masjid masjid ini. Saya bertanya kepada seorang pemuda Arab apakah semua masjid tersebut di gunakan untuk bersolat?  Beliau memaklumkan hanya Masjid Ghamamah sahaja yang beroperasi setiap waktu.









Masjid Abu Bakar Siddiq

Hati berasa sayu melihat masjid masjid para sahabat seolah olah mereka masih ada lagi. Beberapa jemaah dari Turki dan Pakistan di lihat bersolat di luar pintu masjid. Berdekatan dengan Masjid Abu Bakar ialah Masjid Ghamamah @ Masjid Awan Mendung.  Di riwayatkan Rasulullah Saw bersama para sahabat melaksanakan solat istisqaq minta hujan.  Sebaik selesai solat dengan izin Allah hujan pun turun dengan lebat membasahi bumi Madinah.











Masjid Ghamamah@ Awan Mendung

Saya dan isteri menyusuri lagi mencari jejak Masjid Umar Al Khatab dan Uthman Affan.  Dengan bantuan Bangla pekerja pembersihan kami menjumpai Masjid Umar yang terkepung oleh dua bangunan belum siap.  Alangkah sedihnya melihat keadaan Masjid yang tidak terurus dan terbiar. Kawasannya terhad dan tidak boleh di masuki. Bagi mereka yang datang umrah dan ziarah maqam Rasul jangan lepaskan peluang anda selama di Madinah untuk mengunjungi masjid masjid para sahabat ini.











Masjid Umar Al Khatab

Masjid Saidina Ali terletak berdekatan  Al Aliyah bus station dan masjid pertama yang saya lawati.  Lokasinya tidak jauh dari Haram tetapi penat juga melangkah walaupun nampak dekat.










Masjid Saidina Ali Abi Talib

Masjid Saidina Uthman agak jauh sedikit terletak di tepi jalan besar berwarna putih kelihatan terjaga rapi. Uthman Affan merupakan khalifah Islam yang ketiga dan sahabat Baginda Saw yang paling dekat. Semasa pemerintahannya jazirah Islam berkembang luas hingga ke Maghribi. Di zaman beliau juga Al Qur'an di bukukan untuk memudahkan umat Islam membaca memahami dan menghayatinya. Masjid Nabawi di perbesar dengan membeli rumah rumah di sekitarnya semasa pemerintahan beliau. Terkenal dengan hartawan yang banyak menyumbang untuk pembangunan Agama.  Memiliki ladang kurma yang subur dan hasilnya di jariahkan untuk umah.  Beliau meninggal di Madinah.










Masjid Uthman Affan


Semoga Allah merahmati para sahabat Nabi Saw dan menempatkan mereka dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.  Ya Allah ampuni lah segala dosa kami di atas kekhilafan dan kealpaan kami,  ampuni lah dosa kedua ibu bapa kami,  dosa guru guru kami dan seluruh muslimin muslimat semoga Allah menyantuni setiap hambaNya yang mengharapkan redhaNya.  Rodhitubillahi rabba wabil Islamideena wabi Muhammadan Saw Nabiyya Warasuula.  Aamin.

csyahya victory
Madinah Ahad 26 R 1439H
10 Jun 2018.

Wednesday, June 6, 2018

Fajar di bumi Anbia











Di bawah lengkung  fajar  Madinah Al Munawarah
Deruan azan menyirami bumi berkah
Datangnya sinar membawa seribu rahmat
Di bumi Anbia penuh hikmah.

Di bawah lengkung  hijau kubah
Di sini bersemadi sekujur jasad semulia  insan di bumi
Didampingi  dua sahabat penuh setia,Abu Bakr As Siddiq wa Umar Al Khatab
Dengan keringat , darah dan air mata menegak syiar Allah.

Masjid Nabawi menjadi saksi
Menempuh perjalanan nabawiah penuh getir
Membangun peradaban bersejarah
Mengajak manusia menyembah Allah
Menghancur dogma jahiliah  berkurun membarah
Memartabat Islam sebagai doctrin ummah

Di bawah lengkung  hijau kubah Madinah
Di sana ribuan manusia berbeda ras suku bangsa berbondong bondong mengucap salam.
Dari berbagai pelosok negara di belahan dunia
Dari yang tua, dewasa,  kanak kanak siapa saja menunduk hormat ke maqam yang mulia
Deraian air mata tidak terkata
Di saat mendekati maqam tercinta.
Dada semakin sebak lidah kelu berbicara kendati tidak pernah menatap wajah Baginda
Rasa cinta tidak bisa berpura
Membaca sirah penuh duka
Derita sengsara terlalu hebat di tempohi Baginda
Dengan penuh  taqwa membawa amanah Allah.
Daulah Islamiah tertegak di Madinah.

Rodhi tu billahi Rabba,  Wabil Islamideena
Wabi Muhammadin Nabiyyan Warasuula.

Assalamualaika ya Rasulullah.  Assalamualaika ya Habibullah.
Assalamualaika ayyuhannabiyi warahmatullahi wabarakaatuh.
Assalamualaika Ya Abu Bakar Siddiq
Assalamualaika ya Umar Al Khatab
Rahmat Allah sentiasa melimpah mereka.

Allahumma solli ala Muhammad.
Masjid Nabawi
Fajr Khamis 22 Ramadhan 1439 H
7 Jun 2018.






Friday, June 1, 2018

From KLIA to Jeddah



Saturday 26 May 2018 , 10 Ramadhan 1439H with the blessings  of Allah we went to Mecca performing Umrah My wife and I had decided to continue our Ramadhan in Mecca and Medina and In sha Allah will be returned  to Malaysia after Idilfitri. 

Monday, May 21, 2018

Lukisan Alam



Alam luas terbentang menjadi saksi kewujudan Tuhan yang mencipta setiap insan, haiwan dan tumbuh tumbuhan melata di bumi.  Dia lah Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu @ Rabbi Warabbukum yang berdiri sendiri @ La ila ha illallah tanpa bantuan manusia kerana Allah Maha Berkuasa. Allah Mencipta bukan di cipta. Allah yang menjadikan malam dan siang, memberi sinar kepada matahari sebagai sumber kehidupan,  meniupkan angin,  menggerakan awan sehingga terlihat oleh mata seolah olah terapung apung di antara langit dan bumi.

 Di belahan bumi lain terjadi perbedaan waktu dan musim namun dalam sehari semalam bilangan waktu tetap dua puluh empat jam.  Allah membuka pintu pintu langit sehingga turunnya hujan mencurah curah menghidupkan bumi yang tadinya mati. Allah juga memerintahkan bumi menelan air untuk keseimbangan ekosistem dan kelestarian kehidupan bergenerasi.

 Memerhati dan merenungi ayat ayat Allah yang tidak tertulis menambahkan rasa tadabbur terhadap setiap ciptaan Tuhan bagi orang beriman. Afalaa yatadabbaru nal qur'an ? Jagat raya yang tersusun indah dengan banjaran gunung ganang memasak bumi menjadi lukisan alam yang sungguh menakjubkan. Antara logika dan iman menjadi indikator keyakinan insan kepada Tuhan.

 Apabila manusia mengenali hakikat kejadiannya,  pasti ia mengenali dan mengagumi Penciptanya. Berfikir itu pelita hati. Dengan berfikir melalui mata hati manusia akan mengenal diri dari apa ia di jadikan?  Mengapa dia di ciptakan?  Untuk apa dia di hidupkan? Pertanyaan sebegini akan menimbulkan keinsafan diri terhadap kekuasaan Ilahi. Mustahil setiap kejadian makhluk terjadi dengan sendiri ( incidental)  tanpa kekuasaan Allah.

Rotasi kehidupan manusia bermula di alam roh yang tidak dapat di jangkau dengan logika minda. Roh merupakan urusan Tuhan yang tidak di ketahui manusia hatta Nabi Saw pun tidak mengetahuinya kecuali sedikit. Roh akan bersatu dengan jasad di saat terbentuknya janin dalam uterus ibu berusia empat bulan. Allah memerintahkan Malaikat meniupkan roh ke dalam kandungan ibu sehingga janin bergerak dan bernafas. Organ utama yang mula mula menerima oksigen ialah jantung. Subhanallah. Jantung yang dalam istilah kedoktoran di sebut cardiac berfungsi mengepam darah keseluruh tubuh tanpa henti. Apabila jantung berhenti berdenyut seluruh organ tubuh tidak lagi berkontraksi dan di saat itu sistem pernafasan @ respiratory pun tidak lagi berfungsi. Kegagalan seluruh sistem badan berfungsi di sebut MATI.

 Benar kata Al Qur'an manusia di ciptakan dari sari pati tanah kemudian daripada air mani bercampur yang keluar dari tulang thulbi dan tulang dada berubah bentuk menjadi segumpal darah beransur menjadi daging dan tulang belulang dan tulang tulang di bungkus dengan daging. Secara bertahap berkembang dalam uterus ibu membentuk embrio dan zigot hingga sempurna menjadi seorang bayi. Maha Suci Allah Pencipta paling sempurna. Kemudian sesungguhnya manusia pasti mati.

Kitab induk Al Qur'an Al Kareem menjadi pelengkap kepada Taurah, Zabur dan Injil yang di turunkan terdahulu menjadi saksi kebenaran Tuhan.  Para Nabi mengajak manusia mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang berhak di sembah tetapi terlalu sedikit yang mengikutinya. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada inti sari kitab Allah.

Rumusan
Lukisan alam yang indah menjadi saksi keagungan Tuhan
Kejadian manusia sungguh misteri
Tauhid paksi iman
Tadabbur ciptaan Tuhan menjadi hamba bertaqwa
Meyakini keabsahan roh
Tugas para Nabi mengajak manusia menyembah Allah.

csyahya victory
Selasa 22 Mei 2018
6 Ramadhan 1439H

Thursday, May 17, 2018

The new approach of teaching and learning methods

Bismillah Alhamdulillah.
First of all I would like to thanks so much to the Prime Minister Tun Dr Mahathir Muhammad who just announce his cabinet line up today. Dr Maszlee Malik was appointed as Minister of Education.  Education is a crucial part in life.Without proper education  people will live in darkness. The world is moving too fast where technology digital is taking place in all kind of work to fulfil our daily life. Our Education system  should not static and maintain status quo if Malaysia want to be part of the world class in teaching and learning process.  A decade ago Dr Mahathir  was introduced PPSMI - pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  to enhance the teaching and learning in our school.

The teaching and learning for Science and Matematic in English was abolished after several years implementing  in school.  I'm not going to elaborate in detail on PPSMI, but the most important factors is to see our Education system on a par with developing countries. Firstly thinking paradigm, smart and wise in approaching the teaching and learning process . Between studying and learning looks like similar but if we analysing deeply its may seem different. Studying is a process of collecting knowledge @ accumulating knowledge from various sources while learning is a process of enhancing mind, thinking wisely , changing behaviour to be a better person. 

Wednesday, May 16, 2018

Selamat bersara En Sulaiman PK Ko SMK Sinar Bintang

Hari ini ( Rabu 16 May) 2018 persaraan En Sulaiman K Viraiguti PK SMK Sinar Bintang semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.  Selamat bersara.

Sunday, May 13, 2018

The people's power

Bismillah Alhamdulillah.
The formation of a government is determine by its people through election.
The election commission is an independent body according to the law. Its function is to conduct the election fairly.
The democracy system allowing registered voters at the age 21 as a legitimate voters.
In this general election (GE) Barisan Nasional (BN) failed to form a government after ruling the country almost for six decade. 
BN just get only 79 parliamentary seats compare to Pakatan Harapan (PH) 122 parliamentary seats which is entitle to form a government.
Pakatan Harapan is a coalition of four parties PKR, PAN, BERSATU DAP,  chaired by Tun Dr Mahathir Mohammad,  was struggling hard to defeat BN . Thousands of people attended their rallies every night before polling day. 
All parties are collectively consensus to nominate Tun as the Prime Minister if PH win the GE
Most of BN  "big gun" lost their seats.
Many states fell to PH . Johor, Melaka,  Negeri Sembilan, Perak,Pulau Pinang Kedah and Sabah . 
Kelantan and Trengganu totally belong to Pas.
This is really tsunamis election. Many people do not expect BN will lost the power. 
Tun Dr Mahathir Mohammad was officially selected as Prime Minister.
Dr Mahathir was a former prime minister 1981-2003 and today he return back to his post for the second time.
At his age 93 Dr Mahathir still look energetic and sharpen  mind  to lead the nation progressively. A great leader with charismatic figure. Although he is old but he is very smart thinking. Tun said he will rule the country 1-2 years before he step down.
I respect Tun because he is a talented leader, visionary, wise and futuristic. He can think beyond our expectation for the country. 
 I believe Malaysia will achieve vision 2020 to be a developing country. 
The way to Putrajaya is really winding to topple Barisan Nasional. 
History was recorded the victory or falls country because of leadership management. The country will be disaster because of insincere leader. 
Developed nation free of corruption.
In the end people have decided to reject BN.
The waves of people power like spewing bullets to kill enemy.  
People are ascending to power and to topple leaders.
Learn from mistakes and respect people's voice to strengthen good governance. 
People always watching government ruling the country whether they deliver the promise or just rethoric to attract followers vote for theirs. 
People has the right to change. Good leaders are found in the followers.
All events become history to the country. 
csyahya victory
Malay medium writer.
Mon 14 May 2018

Friday, May 11, 2018

Salute to PAS

Bismillah Alhamdulillah. 
The General Election (GE 14) had just over and the results was also already in the know. Pakatan Harapan (PH) led by Tun Dr Mahathir Mohammad was officially selected to govern the country. Tun was officially appointed as Prime Minister once again. 
One thing that we cannot deny is the strength of PAS  to get majority vote in this election. The young voters from all over the country went back to Kelantan and Trengganu with the green flag.  In this election PAS fit to contest alone. Appreciate with its solo achievement. Do all the best to the people solely for Allah.
Pas retain in Kelantan with increasing majority and at the same time obtaining Trengganu besides winning 18 parliamentary seats.  Really amazing and fantastic .
This is actually beyond people's expectations. Many people says Pas would not be able to maintain  its power in Kelantan.It is really contradict as predicted with many political analyst  and observer. Proud of the achievement . kudos to PAS. We do hope that PAS can do better for people in Kelantan and Trengganu and to the whole nation. Between PAS BN and PH, people's tendency  more intrested to choose PAS to rule the state. 
I believe the momentum of people to choose PAS for the next GE are base on the current situation and the ability to implement its manifesto successfully. Congratulations. The Solo victory. 
csyahya victory
Sat 12 May 2018


Wednesday, May 9, 2018

Anxiously waiting for the results -GE 14

Tonight In sha Allah we will know the results.  All people are waiting anxiosly who will lead the country. The dominant party who represent the majority automatically will be  selected to govern the country.  The minimum seats to form government 112 and two third 148 out of 222 Parliament seats. As expected PH coalition leading by the Former PM Tun Dr Mahathir Mohammad win the election with simple majority 115. Congratulations PH.  Hopefully they will fulfil their promises  to the people. Tun Dr Mahathir Mohammad  93, officially appointed as Prime Minister and returned to his previous post for the second time. Congratulations Tun and PH parties. May Allah bless Tun.
 csyahya victory
Fri 11 May 2018

Monday, May 7, 2018

Make your right choice

Tommorow Wednesday 9 May 2018 is a special day to all Malaysian. The day where people will make their right choice to select the candidates for the better future. The General Election 14 ( GE 14 ) will be held as scheduled to get a new mandate to govern the country for another five years. The parties contesting offering it's manifesto to win the heart of the voters.  As a true citizen we have to fulfil our duty to the nation through voting. Every citizen who are eligible to vote do not miss the chance to taking part in this election. We must vote. Nobody knows may be this is the last opportunity for us to  vote.  Be a good voter .Make a right choice in this election. Chances came just  only once in five years. People are waiting  with patience despite the long queues on the hot sun to vote . Be a man who can think rationally.

Happy voting.
csyahya victory
Tue 8 May 2018.

Telling lies no papa

The popular song for the kids, my  grandchildren really  love this song. Johny Johny yes papa, eating sugar no papa. Telling lies no papa. The best song for the kids that carring a good message for us to reflect. At the  early childhood they educate children do not lies to the people. The educational song that form a great personal to be a good people. Educate your kids wisely  to say the true, no false and no lie.When they grow up, they become a better people. They will responsible to own self ,community and nation. Educate our kids to be a better person. Curved bamboo from bamboo shoots. 
csyahya victory
Wed 9518 

Saturday, May 5, 2018

Thinking strength

Bismillah Alhamdulillah.  
One of the most important traits between man and other organism is about thinking process for self development, community and country. Between successful and retrogression it's closely related to the power of mind . The thinking strength like a weapon to the people in order to sharpen human mind thinking constructively. The inner strength because of good values that rooted honesty as a pillar of life. The sincere leaders are found in the followers. People will follow trusted leaders for their future sustainability. The true leaders will change the landscape of a country. The image of country is due to leadership excellence. 
The more you think,  the more you analyzing, the more you exploring knowledge it will influence your thinking paradigm. Through reading,  writing ,collecting information and rasional thinking it will change people's mindset to be a clarity person. The ability to think clearly is very important to make judgement on any issues.
Scientifically the body system will activate cells and tissues to generate energy for healthy life. It is good to avoid lethargic mind. Thinking constructively can be defeated self egoistic which is difficult to accept other people views. The character and behaviour of human life can be determine through their thinking process. 
Righteous versus untrustworthy:
Thinking constructively may encourage people to be polite in all character ,sincere to own self, honest to others and appreciate people's idea. The personal clarity is an indicator of self righteous. These characteristic is a symbol of human righteous to strengthen our  social development system which is too contradict with untrustworthy people. The community system will be disaster if we are mistakenly selected untrustworthy leader to lead people.

Indeed the victory or falls nation because of leadership management. The true leader  is an icon to the people. They deliver what they had promised and they never ever abusing power for their own advantage @ selfish. Therefore the thinking strength is very important in order to make decision wisely for the bright future. Choose the righteous leader for prosperous of ummah. The thinking process may not be intrupted by the trivial issues which is not much benefits to the people. The main focus is to bring prosperity to all people with less burden to survive their  life. Do all the good to the people as long as we can.














csyahya victory
Sun 6 May 2018.






Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...