Perjalanan hidup setiap manusia di muka bumi ini bermula di alam roh. Suatu alam yang terpisah dari kehidupan nyata bersifat ghaibiah. Setiap orang akan menempuh lima fasa kehidupan iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur dan alam akhirat. Ilmu pengetahuan moden tidak mampu membuktikan perjalanan roh, kemana ia pergi setelah bercerai dari jasad. Jasmani akan membengkak, membusuk dan hancur apabila roh telah meninggalkan badan. Roh tetap hidup selama lamanya di sisi Tuhan. Baginda Nabi Saw sendiri tidak mengetahui tentang roh kerana ia adalah urusan Tuhan. Apabila ditanya tentang roh Baginda bersabda roh itu urusan Tuhan ku, Aku tidak mengetahui kecuali sedikit. Allah SWT mencipta roh dengan sebaik baik ciptaan. Dia memasukkan roh ke dalam jasad sehingga boleh bergerak dan melakukan aktiviti kehidupan sehingga manusia berkembang biak di muka alam. Pemikiran yang jernih mampu meyakini kebesaran Tuhan dalam setiap penciptaan sebagai tunjang Rukun Iman.
Logika dan iman
Antara logika dan iman menjadi tanda aras orang bertaqwa. Allah menjadikan mati dan hidup untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya. Setiap perbuatan manusia selama hidupnya akan di catat oleh Raqib dan Atiq yang di tugaskan Allah merekod segala amalan hambaNya samada baik atau sebaliknya. Catatan amal akan di perlihatkan Allah di Mahsyar ketika seluruh manusia di kumpulkan untuk menerima penghukuman. Janji Allah tak pernah mungkir walau pun sebesar zarah kebaikan pasti di perlihatkan demikian juga sebaliknya. Berbahagialah mereka yang menerimanya melalui tangan kanan sengsaralah manusia yang di berikan dengan tangan kiri. Sesungguhya Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa dan kepada Allah jua kamu di kembalikan. Demikian penegasan Al Qur'an tentang kematian.
Menurut Biologi
Secara Biologi, mati ialah terhentinya kontraksi antara organ dan tisu badan sehingga seluruh sistem tubuh tidak berfungsi walau pun ada mata tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tidak boleh mendengar, lidah kelu, mulut membisu dan anggota tubuh kaku dan lesu.Terhentinya nafas bermakna seluruh koordinasi sistem saraf dalam badan tidak lagi berfungsi. Sistem peredaran darah terhenti kerana jantung tidak lagi berdenyut untuk mengepam darah keseluruh tubuh. Sistem cardiovascular merupakan sumber tenaga kehidupan. Kegagalan sistem cardiovascular bermakna terhentinya hayat manusia. Cardiac seumpama bateri bagi kenderaan yang menjadi punca hidup dan penjanaan enjin dengan lancar dan berkesan.
Ilmu dan hayat
Hubungan ilmu pengetahuan dengan siklus kehidupan tidak boleh terpisah . Antara sebab dan akibat saling berkait antara satu sama lain. Dalam bahasa ilmu 'cause effect' yang berpunca daripada manusia sendiri sehingga memungkinkan terjadinya akibat. Allah Swt yang mencipta manusia dari titisan sperma dan ovum sehingga berkembang menjadi segumpal darah, beransur ansur membentuk daging dan tulang tulang. Allah dengan perintahNya mengarahkan setiap sel berkembang menjadi jantung, paru paru, pankreas sehingga lengkap seluruh anggota badan berada dalam uterus ibu selama perkiraan medik sembilan bulan sepuluh hari sebelum lahir ke dunia sebagai seorang bayi.
Setelah berusia 120 hari dalam rahim ibu, Allah memerintahkan Malaikat meniupkan roh sehingga kandungan ibu bergerak. Demikian hebatnya misteri kejadian manusia berasal dari sel telur yang telah di senyawai. Setiap anak membawa gen yang di warisi daripada sifat ibu dan ayah.
Perspektif Al Qur'an
Al Qur'an Al Kareem menjadi pelengkap kitab kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil yang di turunkan Allah. Terlalu banyak ayat mengenai proses kejadian manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam AS berasal dari tanah kemudian zuriat keturunannya daripada air mani yang hina. Berkembang biak manusia silih berganti generasi melalui perkahwinan menandakan hebatnya kekuasaan Allah Pencipta setiap makhluk. Allah SWT merahsiakan tiga perkara daripada manusia iaitu rezeki, jodoh dan maut. Tiada siapa yang mengetahui berapa banyak rezeki yang di perolehi, juga tidak ada seorang pun yang tahu jodoh pertemuan dan pastinya bila dia akan mati. Manusia tidak mengetahui di bumi mana ia akan di semadikan. Semuanya itu milik Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia baik tersembunyi atau nyata. Demikian perspektif Al Qur'an mengenai kehidupan manusia.
Bumi California
Bumi California Amerika Syarikat menjadi pusara abadi sekujur jasad murabbi dan mursyid yang di segani ramai. Pemergian beliau ke US untuk menjalani pemeriksaan jantung namun ketentuan Allah mengatasi segala galanya. Apabila tiba ajal tidak sesaat pun di percepat atau di lambatkan. Setiap manusia pasti menemui Allah tinggal lagi masa dan ketika belum tiba. Hakikatnya semua manusia adalah bakal jenazah. Allah telah menjemput Almarhum Dato' Dr Harun Din 76, kembali menemuiNya pada pagi Jumaat yang berkat penghulu segala hari 16 September,2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437 H di California dan di maqamkan di tanah perkuburan Islam di sana. Ribuan orang bersolat dan mengiringi jenazah Almarhum untuk di semadikan. Di Tanah air pula ribuan orang memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum dengan melakukan solat ghaib di Masjid Shah Alam dan tempat kelahirannya Perlis. Semasa hayatnya Almarhum berwasiat untuk menyempurnakan jenazahnya di mana beliau di takdirkan kembali mengadap Allah. Setiap yang bernyawa pasti mati. Sesungguhya mati itu benar, alam kubur benar, titian siraat benar, mungkar nakir benar, di bangkit dari kubur benar. Selamat beristirehat wahai murabbi di bawah naungan Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya yang bertaqwa. Aamin Ya Rabbal Alamin.
Wallahua'lam
csyahya victory
Sabtu 17 September, 2016.

No comments:
Post a Comment