Islam rahmatan lil alamin menjadi simbol keagungan alam sejagat. Kesejahteraan bagi seluruh kehidupan. Sebuah Deen yang datang daripada Tuhan bukannya rekaan insan. Makna Islam ialah selamat dan sejahtera. Masuk lah ke dalam Islam secara keseluruhan jangan hanya sekadar di pinggiran. Allah Swt tidak akan menerima cara hidup dan isma isma pemikiran selain dari Islam kerana sesungguhnya bertentangan dengan fitrah kejadian insan sebagai makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Terima lah peraturan dan hukum Tuhan dengan penuh perhambaan tanpa bantahan untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Mencari sakinah di dunia dan sakinah di sana. Dunia ialah jambatan menuju akhirat. Berbuat baik semasa hayat di kandung badan dengan penuh perhambaan kepada Tuhan, balasannya pasti kelihatan walau pun sebesar zarah kebaikan di lakukan, demikian sebaliknya.
Antara perhambaan dan pengorbanan menjadi ujian bagi setiap insan sejak ia di lahirkan ke muka alam. Perhambaan hanya kepada Tuhan Pemilik Semesta Alam bukannya sesama insan yang sama taraf kejadian. Namun realiti yang berlaku dalam kehidupan perhambaan tetap berlaku sehingga Allah datangkan Islam sebagai furqan untuk menyelamatkan umat manusia. Tidak ada perbezaan sesama hamba di sisi Tuhan kecuali manusia yang dangkal iman sahaja yang membezakan kedudukan. Indahnya Islam kerana meletakan kedudukan manusia sama taraf kecuali bagi mereka yang beriman dan bertaqwa mendapat tempat yang istimewa di sisi Tuhan. Antara Arab dan Ajam tiada perbezaan kecuali taqwa.
Pengorbanan pula ialah mentaati setiap perintah Tuhan kendati pun bertentangan dengan kehendak dan keinginan. Pengorbanan berkait rapat dengan keimanan. Iman ialah meyakini dengan sebulat hati segala perintah Tuhan yang terkandung dalam Rukun Iman yang menjadi teras seseorang Muslim. Iman berpusat di hati terhunjam kukuh dalam jiwa sehingga sebati dengan tindakan dan perbuatan manusia. Justeru mempertahankan iman lah Baginda Nabi Saw terpaksa meninggalkan bumi kelahirannya Makkah Al Mukarramah menuju Madinah Al Munawarrah. Pengorbanan Baginda bersama para sahabat membawa risalah Tuhan menjadi mercu tanda keagungan Islam ke seluruh alam.
Perhambaan Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran khalilullah sangat termasyhur dalam sirah. Baginda seorang Nabi yang sangat penyantun dan mudah tersentuh dengan segala perintah yang turun dari langit. Al Qur'an menyebutnya Awwahummunib. Kisah Baginda sangat menarik untuk di ikuti kerana penuh dengan rasa perhambaan dan pengorbanan yang sungguh menggetarkan jiwa. Antara logika dan perintah Tuhan menjadi pertembungan dalam diri tetapi keyakinan bulat kepada Allah menjadi mercu tanda hamba yang bertaqwa . Logika akal tidak dapat menerima perbuatan Nabi Ibrahim yang bertentangan dengan prinsip kemanusiaan tetapi ujian Allah itu sangat berat untuk menilai keimanan Baginda. Natijahnya ialah kepasrahan total kepada Allah lalu di balas dengan ganjaran istimewa kepada Baginda berdua. Bagaimana mungkin anak kesayangan yang di tinggalkan bersama ibu di tanah tandus kegersangan bila dewasa akan di korbankan? Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail AS melaksanakan perhambaan dan pengorbanan dengan penuh keyakinan semata mata mentaati perintah Tuhan. Akhirnya Allah Swt mengurniakan balasan yang sangat besar kepada baginda berdua sehingga ibadah qurban sangat di galakkan dalam Islam untuk menzahirkan ketaqwaan kepada Tuhan.
csyahya victory
Sat 3 September 2016

No comments:
Post a Comment