Daya fikir manusia sentiasa berkembang maju. Perkembangan minda fikir sentiasa berubah seiring dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan dalam segala bidang kehidupan. Jika satu kurun dulu hanya kereta lembu, kereta kuda, perahu kolek menjadi kenderaan pengangkutan awam di darat dan lautan kini semuanya telah berubah. Daya inovasi sentiasa berkembang kerana kemajuan ilmu pengetahuan. Beberapa dasawarsa yang lalu nenek moyang kita berangkat ke tanah Suci dengan kapal laut mengambil masa berbulan bulan di atas kapal menempuh gelombang samudera untuk sampai ke pelabuhan Jeddah. Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang menjadi tempat saudara mara menghantar orang tersayang menuju tanah Haram dengan penuh sayu kerana di himpit perasaan oleh berbagai kemungkinan apakah masih dapat bertemu lagi dengan nenek dan datuk kerana jarak dan batas waktu terlalu lama. Mereka membawa bersama bekalan makanan yang cukup selama bermusafir. Tidak kurang juga yang habis umur dalam pelayaran dan berkubur di lautan. Kini dalam tempoh tujuh jam jemaah haji sudah berada di Jeddah dan terus ke Mekah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Demikian sekelumit kenangan masa lalu yang pernah di lalui oleh saudara mara kita untuk ke Mekah. Masa itu teknologi belum wujud yang ada hanya surat dan telegram sebagai alat komunikasi. Itu pun belum pasti sampai dengan selamat kepada penerima.
Dunia berputar
Peredaran masa terus berubah walau pun tetap sama dua puluh empat jam sehari semalam. Perubahan ini kerana perkembangan teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan. Bermula dengan intranet sebagai alat komunikasi berubah kepada cakupan jaringan yang lebih luas melalui rangkaian internet keseluruh pelosok bumi. Internet menjadi keperluan dunia dalam meningkatkan perkhidmatan dan perniagaan antara negara. Hubungan dua hala antara negara negara di dunia menjadi semakin produktif dan effisyen. Kemudahan whatsApp, Facebook, Telegram, instagram tidak boleh terpisah dengan manusia hari ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan fb sangat mempengaruhi semua pengguna termasuk mereka yang berusia dan orang orang tua. Penggunaan fb seharusnya untuk berkongsi maklumat dan mengeratkan hubungan sesama kita bukannya memuatnaik perkara perkara yang tidak beretika melangkaui batas batas Agama. Tendensi menyebarkan sesuatu berita atau maklumat tanpa selidik sumber asalnya kerap terjadi dalam kalangan pengguna. Sesuatu berita yang belum tentusah telah menjadi viral sehingga menjejaskan reputasi dan integriti seseorang seharusnya perlu di elakkan. Menggunakan teknologi untuk kebaikan pastinya berpahala yang berkekalan sepanjang masa walau pun penulisnya telah tiada.Demikian juga sebaliknya.
Muka buku
Penggunaan Muka Buku lebih di kenali dengan Facebook@fb untuk memuatnaik gambar gambar yang tidak mendatangkan manfaat seperti mempromosi ubat ubatan dan herba untuk mempengaruhi orang lain seharusnya di elakkan. Facebook antara alat komunikasi yang paling banyak di gunakan penduduk dunia berbanding dengan media sosial yang lain. Kecanduan kepada Fb dalam kalangan pengguna memang ketara malah boleh menjarakkan perhubungan sosial. Lihat lah saja di mana mana samada di kedai kopi, di tempat tempat menunggu bas atau teksi malah sedang memandu pun tangan tak terlepas dari gadget. Demikian hebatnya teknologi mempengaruhi kehidupan manusia yang jika tidak di bendung pastinya mendatangkan impak yang buruk kepada pengguna dan sosialisasi kehidupan. Justeru pemilik akaun perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang artikel yang di tulis benar benar akurat berdasarkan sumber yang sah bukannya menyalin daripada orang lain @ copy paste. Perkembangan teknologi yang berlaku dalam kehidupan manusia turut memberi impak yang baik juga sebaliknya bergantung kepada cara kita memanfaakannya. Jangan menyalahkan teknologi tetapi lihat lah ke dalam diri sejauh mana kita menggunakannya. Antara pahala dan dosa menjadi neraca iman manusia. Pilih lah mana yang kita mahu namun pasti sebesar zarah kebaikan yang di lakukan, Allah akan memperlihatkan kepada manusia demikian sebaliknya. Dunia dalam Facebook bermakna masyarakat dunia berada dalam peradaban moden yang boleh di capai oleh setiap orang melalui internet. Dunia semakin kecil kerana batas sempadan telah tidak ada di alam siber. Penduduk dunia dapat berkongsi berita dan peristiwa yang berlaku sepantas kilat membuktikan teknologi menjadi medium komunikasi yang sangat efektif kepada semua manusia.
csyahya victory
SABTU 10 September, 2016

No comments:
Post a Comment