Dalam setiap pekerjaan amalan dan tindakan, kejujuran dan keikhlasan menjadi tanda aras kejayaan. Ilmu dan kemahiran bukan menjadi faktor dominan kerana kedua dua elemen tersebut boleh di pelajari untuk meningkatkan pencapaian diri dalam pengurusan organisasi. Terlalu banyak teori yang kita baca dalam buku buku dan jurnal berkenaan pengurusan dan tata urus pentadbiran yang di ilhamkan penulis terkemuka dunia mengenai kecemerlangan " successfull" namun peratusan pencapaian dalam berbagai sektor tidak menampakkan lonjakan kualiti untuk memaksimakan produktiviti. Pendidikan menjadi agenda penting untuk mencerdaskan bangsa. Pendidikan yang bermutu pastinya melahirkan manusia berilmu dan berkemahiran. Ukuran pencapaian melalui keputusan peperiksaan sahaja bukan lah mencerminkan kemajuan kerana penilaian seperti ini terlalu subjektif. Mauduk yang paling pokok ialah kemampuan individu menterjemahkan nilai ilmu dalam kehidupan sebagai manifestasi kejayaan.
Ilmu dan kemahiran
Sekolah merupakan institusi pendidikan formal untuk membentuk akal budi budaya bangsa berteraskan peradaban ilmu. Pembentukan minda watak dan budaya bermula di sekolah. Sebagai gedung ilmu sekolah perlu di perkasa secara maksimum dengan segala kemudahan dan prasarana untuk kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Kepimpinan organisasi dari peringkat tertinggi perlu menggaris bawahi matlamat yang ingin di capai untuk meletakan pendidikan kita setaraf dengan negara maju. Sebagai contoh di mana letak kedudukan kita dalam TIMSS dan PISA berbanding dengan negara negara lain? Mengapa tidak di bentuk task force untuk merungkaikan pencapaian anak anak PT3 dalam Sains dan Matematik yang kurang memberangsangkan. Pengukuran secara global melalui Trend In Mathematic and Science Study @ TIMSS dalam Program International School Assessment @ PISA menjadi indikator pencapaian pelajar kita. Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 72 buah negara berdasarkan laporan di keluarkan malaysiandigest.com 2015. Singapura berada pada posisi teratas. Kemampuan anak anak kita dalam TIMSS perlu di pertingkatkan melalui guru guru berpengalaman mempunyai 'proficiency' dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik dengan efektif. Kemahiran berbahasa sangat penting untuk kelancaran komunikasi dan memahami kehendak soalan dengan baik. Antara retorik dan praktik meletakkan kedudukan kita tidak berubah kerana terlalu banyak agenda yang perlu di laksanakan dan dalam masa yang sama guru guru terlalu sibuk dengan tugas di luar hakiki. Hakikat ini perlu di terima walau pun agak memalukan.
Mencari kejujuran
Dalam apa bentuk pekerjaan sekali pun samada sebagai buruh, penyelia, pegawai malah pengurusan tertinggi memerlukan kejujuran dan keikhlasan. Mutu kerja bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan seseorang. Organisasi akan hancur jika pekerja tidak jujur dan ikhlas. Etika Perkhidmatan Awam yang menjadi tonggak organisasi mementingkan integriti dalam setiap tindakan. Penyalahgunaan kuasa, mempunyai kepentingan dan mengambil proksi dalam tender tender yang di keluarkan memungkinkan berlakunya ketidakjujuran. Jika perkara seperti ini berlaku , organisasi akan hancur dan merugikan negara. Pendidikan mengajar manusia mencintai kebenaran dengan memupuk nilai nilai murni berteraskan anutan kepercayaan yakni pegangan Agama seseorang. Ilmu tanpa Agama buta, Agama tanpa ilmu menjumud minda. Antara minda dan hati menjadi ukuran keilmuan manusia. Kejernihan hati yang berpaksi integriti menjadi mercu tanda kejayaan intelektual yang di segani. Bagaimana mahu membina kecemerlangan diri, masyakat , bangsa dan negara jika mentaliti tidak dapat di transformasi untuk mendepani cabaran globalisasi ?
Pelajari sejarah
Keruntuhan peradaban sesebuah negara kerana langkanya nilai nilai kebaikan dalam kalangan pemimpin. Kejujuran dan keikhlasan kepada Tuhan dan sesama makhluk telah hilang kerana ketamakan dengan kemewahan. Runtuhnya institusi pemerintahan yang bertapak sejak berkurun di Bumi Andalus di sebabkan kelalaian dan keseronokan melampau sehingga melupakan Tuhan. Mempelajari dan menghayati perjalanan sejarah keruntuhan peradaban Islam menjadi iktibar kepada setiap umat betapa pentingnya nilai nilai kejujuran dan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan amalan. Keagungan pemerintahan Islam di Bumi Andalus terkenal seantero dunia yang di bawa oleh Tariq bin Ziyad namun akhirnya lenyap di bumi Eropah.
Saya tinggalkan untuk kita fikir dan renungkan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.
csyahya victory
Khamis 29 September, 2016

No comments:
Post a Comment