Kumpulan nasyid Raihan terkenal dengan lagu Iman adalah mutiara meninggalkan kesan mendalam kepada penggemar muzik berunsur ketuhanan. Iman tidak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Demikian indahnya lirik terdapat dalam lagu tersebut yang di nyanyikan oleh Nazri dengan penuh penghayatan. Memang benar iman tidak di warisi kepada anak walau pun ayahnya bertaqwa. Sejarah kehadiran para Nabi dan Rasul ke muka bumi membawa iman iaitu mengajak manusia menyembah Allah. Kisah kisah yang kita baca dalam Al Qur'an Al Kareem sejak zaman Nabi Adam AS para utusan Tuhan membawa tauhid, mengenal Allah Swt Pencipta alam sarwajagat yang berhak di sembah namun tidak semua ajakan para Nabi di ikuti malah kebanyakan mereka di musuhi keluarga dan pengikutnya.
Sejarah dakwah Nabi Nuh AS penuh dengan kepedihan. Beratus ratus tahun Baginda menyeru kaumnya beriman bukan saja mereka tidak mengindahkan malah menjauhi diri daripada Baginda. Kisah Baginda membuat kapal dengan panduan Malaikat atas wahyu Allah sebagai persiapan menghadapi banjir besar Nabi Nuh AS di ejek dan di tertawakan oleh kaumnya namun Baginda tetap tabah meneruskan pembinaan kapal sehingga siap. Apabila tiba hari yang di janjikan perut bumi yang di namakan "Tannur" memancarkan air dan pintu langit terbuka seluas luasnya mencurahkan hujan tidak berhenti henti selama beberapa hari menyebabkan berlakunya banjir besar yang menenggelamkan permukaan bumi. Dengan perintah Allah berlayarlah kapal nabi Noh As menempuh gelombang dengan membawa bersama orang orang beriman dan pasangan haiwan jantan betina. Bismillahi majriiha wamursaha innarabbi laghafurru rahim. Di saat bahtera membelah gelombang Baginda terlihat anaknya tenggelam timbul lalu menyeru wahai anak ku mari lah bersama ku jangan kamu ikut orang orang kafir. Anaknya menjawab aku akan mencari perlindungan di atas bukit untuk menyelamatkan diri. Nabi Noh bersabda sesungguhnya pada hari ini tiada siapa yang terlepas kecuali dengan rahmat Allah. Lalu tenggelam lah anak kesayangan di bawa arus mengganas di depan mata Baginda. Kisah ini sangat menarik betapa iman itu sebenarnya tidak dapat di warisi hatta anak seorang Nabi Allah sendiri.
Mutiara Safa Marwa
Meneliti dan menghayati kisah perjalanan sirah para Anbia menemukan kita dengan peristiwa yang paling agung dalam sejarah seperti yang di ungkapkan Al Qur'an mengenai ketulusan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail AS mempertahan iman. Mutiara Safa dan Marwa mewarnai perjalanan yang sangat istimewa bagi insan semulia Nabi Ismail AS dalam peristiwa Qurban. Di saat ayahnya menceritakan mimpi untuk mengorbankan dirinya Nabi Ismail AS menjawab wahai ayahanda jika itu perintah Allah laksanakan lah InsyaAllah aku termasuk orang yang sabar.
Demikian hebatnya mutiara iman yang terhunjam kukuh dalam hati kendatipun terpaksa berdepan dengan mati. Baginda dua beranak sebenarnya adalah mutiara yang sangat berharga dalam mempertahankan iman sehingga Allah menggantikan pengorbanan ini dengan seekor qibash dari syurga. Demikian hebat ujian Tuhan kepada hambaNya yang bertaqwa.
Wallahua'lam
csyahya victory
JUMAAT 2 September 2016.

Iman tak dapat diwarisi
ReplyDeleteDari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Dalam maksud lagu ni
Tkasih tuan
ABN
Jazakallah tuan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete