Perjalanan hidup setiap manusia tidak sama, ada yang di lahirkan dalam keadaan senang dan bahagia tidak kurang juga yang datang ke dunia dalam serba kedhaifan. Nyatanya setiap orang mempunyai nasib yang berbeza. Perkembangan hidup manusia di bentuk oleh persekitaran di mana ia membesar. Keluarga merupakan institusi pertama yang membentuk sikap dan tingkahlaku anak anak. Sejak berumur bayi hingga menjangkau usia persekolahan anak anak mendapat didikan terus daripada ibu ayah. Keduanya adalah guru sejati yang membentuk perilaku dan sahsiah anak anak. Namun hakikat kehidupan tidak semudah yang di lihat, ayah ibu terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Apa lagi yang tinggal di kota kota besar ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menambahkan pendapatan . Anak anak di titip kepada pengasuh untuk tempoh lapan jam sehari. Mereka berada di nursery hingga menjelang maghrib baru bersama ibu ayah kembali. Antara acuan ibu ayah dengan didikan pengasuh tentunya tidak sama. Demikian tiap hari rutin kehidupan seakan akan anak sudah memahami keadaan. Ini dilema keluarga alaf moden. Antara tugas dan tanggungjawab meletakan ayah ibu dalam keadaan serba tertekan. Belum lagi melihat nasib anak anak yang tiada bersama ibu bapa kerana perceraian semasa mereka masih kecil pastinya meronta ronta mencari tempat berlindung. Berbeza dengan kehidupan kita masa lampau. Ayah ibu orang kampung yang hanya bekerja sebagai pekebun, penoreh dan petani kurang memberi perhatian kepada perkembangan anak anak di sebabkan kemiskinan. Kehidupan di kampung yang jauh terisolasi dari kota, di tambah pula dengan kekurangan kemudahan asas menjadi perkara biasa dalam kalangan orang orang dahulu membesarkan anak anak mereka.
Desa tua di pinggir pusara
Desa terpencil di pinggir pusara menjadi nostalgia tempat di lahir dan di besarkan. Kampung Batu Hitam Pasir Puteh mewarnai kehidupan masa lalu kira kira lebih lima dasawarsa silam. Di sini di pinggiran sungai yang jernih tempat bermain anak anak kampung sebaik pulang dari Sekolah Kebangsaan Gong Garu. Jarak antara kampung dengan sekolah kira kira tiga kilometer sahaja. Berjalan kaki sudah semestinya untuk ke sekolah sambil membawa bekalan nasi dalam upih pinang berlaukkan ikan tambang goreng untuk makan waktu rehat. Adakalanya tanpa makanan terpaksa berlapar hingga ke petang. Kesusahan yang di hadapi telah menjadi asam garam kehidupan. Sesekali anak anak kampung menyusuri sungai hingga sampai ke chenerung sungai batu untuk pulang ke rumah. Tawa hilai bersama rakan sambil memanjat dan mengambil buah keriat di tebing sungai untuk mengalas perut masih terbayang dalam ingatan. Ketika itu tinggal bersama pak teh Deraman Majid abang kandung ayah setelah kematian datuk Majid Damid. Denai denai kehidupan bermula di sini setelah tamat darjah enam, mengikut ayah ke Batu Mengkebang Kuala Krai yang meneroka tanah hutan dan bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School @ SYPSS dalam tingkatan peralihan@remove class sewaktu negara sedang menghadapi rusuhan kaum tahun 1969. Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra hanya satu satunya sekolah di Kuala Krai beraliran Inggeris dan Melayu selain Sek Men Keb Kuala Krai di Sungai Durian, menjadi tumpuan seluruh anak anak di jajahan Ulu Kelantan. Perhubungan darat yang ada hanya keretapi dan motor sungai di Tangga Bradley@ Tangga Krai. Kisah perih jerih kehidupan terpaksa menumpang di rumah pak cik Jaafar Mat Railway Quaters selama setahun sebelum berpindah pula ke Kg Tok Khamis Pasir Puteh tinggal bersama emak saudara, kakak sulung ayah Mak ngah Siti Majid menyambung pelajaran di Kamil Secondary School dalam Tingkatan 1@ Form 1.
Mengharap sinar
Perjalanan hidup tidak selalunya cerah. Dari Kuala Krai ke Pasir Puteh dengan harapan mengharapkan sinar menelan kabus kehidupan. Setiap hari berulang alik dengan bas dari Tok Khamis ke Kamil dengan kekangan kewangan terlalu kritikal sekadar mampu membayar pas bulanan tanpa wang saku sudah cukup untuk sampai ke sekolah. Makan dan minum sekenyang kenyang nasi dingin dengan ikan rebus goreng merupakan menu yang paling istimewa untuk mengalas perut semasa di sekolah. Tiba di sekolah setiap hari namun tidak mampu membayar yuran @ school fees sebanyak 7.50 setiap bulan. Denai denai kehidupan terus melingkari diri sehingga terpaksa mengambil keputusan berat berpindah ke Sek Men Tok Janggut dalam aliran Melayu tanpa penngetahuan orang tua. Masih terkenang betapa sukarnya untuk mengadaptasi diri dengan pelajaran yang setiap subjek di ajar dalam Bahasa Melayu kecuali waktu Bahasa Inggeris. Jika selama ini telinga selalu mendengar perkataan Inggeris setiap hari sebaik memasuki kelas, tiba tiba bertukar dalam Bahasa Melayu menyebabkan terencatnya pelajaran. Namun berkat kesabaran dan keazaman memecahkan ruyung akhirnya berhasil juga mendapat sagunya. Sebaik lulus SRP kembali pula ke Sekolah Sultan Yahya Petra memasuki Tingkatan 4 dan tinggal di asrama harian dalam kawasan sekolah. Kawan kawan yang pernah bersama dalam peralihan@remove dulu hairan mengapa terjadi demikian. Jawaban mudah tidak mampu membayar yuran tiap bulan. Pengalaman selama dua tahun tinggal di asrama memang berharga. Ketidakcukupan belanja perkara biasa. Perut sentiasa lapar asyik menunggu waktu makan yang di jadualkan. Apabila tiba waktu makan memang tala secukup cukupnya untuk persiapan belajar di malam hari. Sebaik Peperiksaan SPM akan bermula asrama tidak lagi menyediakan perkhidmatan, mungkin perjanjian dengan sekolah hanya hingga bulan November nasib baik ada hamba Allah yang juga tukang kebun asrama terkenal dalam kalangan pelajar Pak Cik Kob mengajak makan di rumahnya tiap hari selama musim peperiksaan. Tidak pasti samada ayah telah bercakap dengannya yang jelas jasanya terlalu besar. Sebaik selesai peperiksaan SPM kembali ke RKT Batu Mengkebang dan menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Arab As Saadah selama beberapa bulan tanpa sebarang imbuhan.Sekolah Agama Rakyat yang di bangunkan hasil swadaya masyarakat setempat terutama ayahanda Hj Che Soh, Ustaz Sulaiman ( almarhum) dan Sdra Ab Malik ( almarhum ) merupakan pelopor utama pembangunan sekolah ini. Sekarang SMA As Saadah telah berkembang maju dan di ambil alih sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan @ YIK.
Mencari sinar
Perjalanan mencari sinar masih berliku sehinggalah mendapat tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi di Sumatra dalam bidang pendidikan Biologi. Kumpulan pertama yang sama sama mengikuti pengajian seramai empat orang. Dengan pertolongan dan bantuan Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Tn Hj Zahari Awang pada waktu itu pelajar pelajar mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran untuk meneruskan pengajian mereka. Beliau sendiri turut menghantar pelajar ke Consulate Malaysia dan berkunjung ke kampus bagi memastikan pelajar pelajar dapat meneruskan pengajian mereka dengan sempurna. Jasa dan pengorbanan abang Z sangat besar kepada pelajar khususnya di kawasan Parlimen beliau. Setelah tamat pengajian selama empat tahun, pada pertengahan 1981 kembali ke Tanah air dan di tempatkan mengajar di Sek Men Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama melangsungkan perkahwinan dengan isteri Farida Amir yang sama sama belajar di Sumatra, anak kelahiran Kampung Baru Kuala Lumpur.
Ranah Minang
Perjalanan menuntut ilmu di teruskan di Ranah Minang ke peringkat Sarjana. Setiap minggu terpaksa ' rukah ' bangunan Bank Pertanian di Leboh Pasar untuk urusan sambung biasiswa pengajian. Setelah berhempas pulas tanpa rasa jemu akhirnya di luluskan perpanjangan biasiswa untuk tempuh dua setengah tahun. Secara kebetulan rakan yang sama sama belajar pun memohon untuk meneruskan pengajian tetapi dalam bidang berbeza. Bermula lah pula episod alam pelajar kembali. Pada 25 Oktober, 1983 lahir anak pertama Ali Akbar, tinggal bersama nenek dan datuknya di Kg Baru kerana se umur bayi ibunya terpaksa mengejar untuk menamatkan studi di Institut Pendidikan Islam Medan. Kami suami isteri hanya berjumpa beberapa kali saja dalam setahun memandangkan jarak yang jauh dan kewangan terbatas. Denai denai kehidupan terus menghimpit diri memikirkan anak,isteri dan pengajian yang bakal di hadapi namun berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil memperoleh Sarjana Pendidikan Biologi dan Akta Pendidikan Biologi pada tahun 1985. Sayangnya masa wisuda isteri tidak dapat bersama meraikan kejayaan kerana masih berpantang anak kedua Siti Aliyah pada tahun yang sama. Sebaik tamat pengajian terus pulang ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di Kementerian. Langit tidak selalunya cerah dan bumi juga tidak senentiasa basah. Pegawai KPM memberitahu " che gu kena tunggu tahun depan sekarang sekolah dah nak cuti" . Alangkah naifnya diri pada masa itu menerima saja arahan tanpa bahas. Selama tiga bulan menganggur duduk di rumah mentua dengan dua orang anak, isteri jauh di mata kerana mengejar cita cita. Rentetan peristiwa ini melingkari denai denai kehidupan sehinggalah isteri berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1986.
Dunia pekerjaan
Penempatan kembali sebagai guru di SMK Seri Gombak tepi leboh raya menuju Karak selama tiga tahun bermula Jan 1986-1989 kemudian ke Victoria Institution selama enam tahun. Dari VI mencari pengalaman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Sekolah KPM di Pusat Bandar Damansara sebelum bertukar ke Unit Peperiksaan JPA 1997 selama dua tahun. Apabila resesi berlaku JPA membuat ' down sizing' dengan beberapa jawatan kader di hapuskan. Kembali semula ke induk asal sebagai pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah memegang jawatan sebagai KU Maklumat selama tiga tahun sebelum di arahkan mengemudi Unit Penilaian dan Peperiksaan dari tahun 2001 hingga 2009. Dunia pekerjaan terlalu jauh berbeza dengan alam pelajar. Mengurus dan mentadbir organisasi memerlukan ilmu dan keuletan diri terutama keseimbangan emosi berdepan dengan karenah manusia yang begitu rencam dan kompleks. Selama sembilan tahun bersama rakan rakan membangun aura organisasi, Unit Peperiksaan dan Penilaian menjadi begitu sinonim dengan diri. Adunan ilmu dan pengalaman memberikan keyakinan untuk mengurus organisasi yang mungkin lebih mencabar. Pada Mac 2009 telah di beri kepercayaan mengurus sekolah di daerah Setapak. Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota tempat pertama bermula episod baru sebagai Pengetua. Sekolah ini di kelilingi pangsapuri dan kondominium Platinum Victory mempunyai populasi pelajar 1500 orang. Peranan pengetua menjadi indikator kecemerlangan dan kemeruduman sesebuah sekolah. Pengetua bertanggungjawab memastikan segala galanya berjalan lancar untuk kesinambungan pendidikan berkualiti. Tidak perlu di gembar gemburkan apa yang di buat terhadap pembangunan sekolah kerana mata dan telinga boleh melihat dan mendengar setiap kebaikan dan kekurangan .
Setelah genap tiga tahun di sini berpindah pula ke SMK Sinar Bintang selama lebih empat tahun mulai 16 Mac 2012 hingga bersara pada 9 Julai 2016 dengan Gred DG 54.Selain tugas hakiki, berpengalaman selama tiga penggal sebagai Pegawai Pengurus ( RO ) mengurus PRU bagi Parlimen Titiwangsa mulai 1999, 2004 dan terakhir 2008 yang terlalu menguji tahap kesabaran emosi. Alhamdulillah akhirnya berjaya mengurus PRU bersama rakan rakan dan petugas dengan lancar.
Denai denai kehidupan silam menjadi pemberangsang , tetap kekal dalam ingatan betapa sukarnya membangun sebuah kehidupan yang memerlukan seluruh pengorbanan minda,hati dan perasaan sehingga Tuhan memakbulkan segala permohonan. Alhamdulillah Allah mengurniakan enam orang anak dua lelaki empat perempuan. Masing masing telah mampu berdikari. Anak pertama lulusan University of Nottingham dalam Electronic computer engineering, Consultant dengan HSBC, anak kedua lulusan Wellington Technology dan RMIT Melbourne bertugas sebagai guru, anak ketiga Siti Aisyah tamatan dari Uni Nottingham UK School of Pharmacy dan kini bekerja sebagai Pharmacist di Sheffield. Anak keempat Siti Maisarah graduanita dari Warwick Uni UK dan ACCA Kaplan Birmingham kini Akauntan dengan Petronas carigali. Anak kelima Che Akmal Ramadhan seorang istimewa hanya ada sijil PMR dan yang bongsu Che Siti Salwani lulusan UNIKL kini bekerja dengan prodata Felda. Tiga orang telah berumah tangga masing masing di kurniakan anak. Terima kasih Ya Allah dengan kehadiran empat orang cucu dua lelaki dan dua perempuan.
csyahya victory
Ahad 11 September, 2016.

No comments:
Post a Comment