Tuesday, September 6, 2016

Menikmati keindahan banjaran Titiwangsa

Perjalanan dari Negeri Darul Naim bersama sahabat saya Sdra Zabidi Ramli ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 5 September, 2016 sungguh mengujakan. Pada hari Ahad kami ke Kuala Krai dan bermalam di rumah ayah Bt Mengkebang. Esoknya sekitar jam sepuluh pagi bertolak  balik ke Lembah Klang menuju Gua Musang dan terus ke Lojing Cameron Highland. Lojing ialah sebuah daerah kecil di jajahan Gua Musang @ GM terletak di tanah tinggi yang menjadi tumpuan ramai untuk ke Cameron Highland @ CH. Antara Lojing dan Gua Musang di hubungkan dengan jalan yang merentasi bukit bukit pejal dan cerun yang agak dalam. Dari GM ke Lojing kira kira dua jam perjalanan. Pemandangan yang indah sepanjang jalan membuatkan kami teruja dengan alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah. Keindahan suasana hutan yang kaya oksigen sungguh menyegarkan. Kami berhenti seketika untuk mengambil gambar kenangan ketika melewati banjaran gunung Titiwangsa yang kelihatan seperti bukit barisan di Sumatra Indonesia. Sesungguhya negara ini pun tidak kurangnya keindahan panorama tetapi malangnya ekosistem alam telah rosak kerana manusia. Sesekali kelihatan rumah Orang Asli di pinggiran bukit menuju Lojing.


Sebaik memasuki CH saya dapati puncak bukit kelihatan gondol di sana sini. Tiada lagi kehijauan di daerah ini kerana di penuhi kebun kebun sayur sejauh mata memandang. Bau pupuk kimia sepanjang jalan merupakan ciri khas Cameron Highland. Malaysia mempunyai beberapa objek wisata yang menarik seperti Genting Highlands dan Bukit Fraser merupakan tanah tinggi yang di kunjungi pelancung asing dan dalam negeri. Seharusnya tempat tempat yang bersejarah ini perlu di kekalkan keaslian panoramanya untuk menarik para wisatawan menikmati keindahannya sebagai salah satu sumber pelancungan negara.  Saya rasa sungguh terkilan melihat bukit bukit dan hutan menjadi mangsa tarahan sehingga dari jauh kelihatan gondol. Sungai sungai tercemar dengan warna kelihatan seperti teh tarik menyebabkan ikan ikan dan hidupan lainnya pupus kerana tangan tangan manusia menggoroti alam. Margasatwa terpaksa mencari habibat baharu mengungsi jauh ke dalam hutan akibat perbuatan manusia yang tidak beradab dengan lingkungan.

Apa yang tinggal kepada generasi akan datang jika hutan sebagai sumber oksigen dan bekalan air bersih telah lenyap di bumi. Kendatipun berbagai peristiwa menyayat hati berlaku sehingga mengambil korban namun manusia tidak pernah serik. Banjir besar, tanah runtuh menyebabkan timbunan balak hanyut merempuh kediaman penduduk di pinggir sungai namun semacam tidak BERDEGIH masih mahu juga merosakkan alam.

Penguatkuasaan yang tidak konsisten menjadi salah satu sebab kegiatan ini terus berlaku berleluasa. Sepanjang jalan dari GM ke Lojing kami berselisih dengan lori lori balak yang bergerak seperti semut mendaki bukit menuju destinasi mereka. Perjalanan yang jauh sememangnya memenatkan namun tidak kurang juga mengujakan bila memandang kebiruan banjaran gunung titiwangsa yang menyejukkan mata dan menenangkan minda sehingga tiba di Simpang Pulai untuk rehat dan rawat. Setelah selesai menunaikan kewajiban kepada Tuhan dan makan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah tiba di rumah dengan selamat sekitar jam 5.30 petang.

csyahya victory
Rabu 7 Sept 2016.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...