Pembesaran Masjidil Haram sedang giat dilaksanakan. Perubahan total persekitaran Baitullah yang sangat sinonim dengan peristiwa perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Saw dari Mekah ke Palestin menyebabkan hotel hotel berdekatan diruntuhkan. Jemaah terpaksa menapak jauh untuk bersolat. Wajah Masjidil Haram tidak seperti beberapa dasawarsa yang lalu. Bagi mereka yang menziarahi rumah Allah ketika ini pasti terkejut dengan perubahan yang berlaku. Kaabah kelihatan seolah olah semakin jauh terlindung oleh bangunan tinggi. Bagi jemaah yang ingin ke Tanaem tambang teksi SR 60 pergi balik. Tiada lagi van seperti dulu yang mengambil penumpang seperti lazimnya.Peniaga jalanan tiada lagi menjual pakaian seperti jubah, selipar dan kain. Saya pun tercari-cari di mana tempatnya. Sejarah Mekah bumi kelahiran Baginda Nabi Saw menjadi pusat tumpuan umat Islam seluruh pelosok bumi untuk mengerjakan Haji dan Umrah sejak berkurun tidak pernah lengang dengan manusia kendati pun di himpit pembangunan moden. Demikian juga Madinah. Di beritakan Masjid Nabawi akan di besarkan dan hotel hotel sekitarnya bakal di roboh dalam waktu dekat. Demikian khabaran dari mutawif yang membawa kami ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Bukit Magnet yang di kenali dengan Bukit Baidha'. Kekuasaan Allah benar benar terbukti semasa melewati jalan ke Bukit ini. Semasa di matikan enjin kenderaan secara magnetik bergerak dengan kelajuan 120km menyebabkan kami rasa cuak dengan peristiwa berlaku.
Antara komersial dan ibadah
Zamzam tower menjadi lambang pusat komersial terletak bersetentang Masjidil Haram yang dipuncaknya terukir kalimah Allah. Dulunya setiap kali azan akan kelihatan cahaya gemerlapan melepasi kaabah.Bercambahnya bangunan pencakar langit seperti mengepung kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Kaabah semakin jauh yang menjadi tanda aras ialah menara jam dapat dilihat dari kejauhan.Kami sempat mengelilingi puncak tertinggi sekitar kota tua ini untuk melihat pemandangan Masjidil Haram dari atas. Bukit bukit Mekah di runtuhkan untuk industri perhotelan. Kehidupan moden dan mewah pastinya memberi kekangan kepada para jamaah yang datang mengerjakan Haji dan Umrah.Bangunan struktur asal Masjidil Haram terutama bahagian dalamnya sudah tiada yang masih tinggal ialah ruang solat King Fahd. Pintu pintu masuk akan di tutup dan para jemaah di minta naik ke tingkat dua melalui escalator. Penginapan yang jauh menyukarkan jemaah terutama warga emas dan mereka yang uzur. Saya tidak dapat bayangkan musim Haji nanti bagaimana jemaah seperti ini mampu menyempurnakan rukun Islam kelima dengan tertib.Nilai ibadah menjadi ukuran komersial. Maksudnya jika inginkan penginapan berdekatan sekira kira 100-200m jemaah perlu membayar lebih.
Makanan dan barangan
Nilai tukaran Ringgit dan Rial adalah sama ketika ini malah menurut pekerja yang menyediakan makanan beberapa bulan lalu Rial lebih tinggi dari Ringgit. Beberapa tahun lalu RM mengatasi SDR dengan kadar RM100 sama dengan 110 SDR.Harga makanan agak mahal.Tiada lagi harga bawah SDR 20 untuk sepinggan nasi Arab. Barangan keperluan lain pun turut naik termasuk cenderamata yang dahulunya mampu di beli untuk hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai.Era teknologi menjadikan Mekah Al Mukarramah seperti sebuah kota metropolitan yang maju dengan pelbagai kemudahan maya.Internet mudah di ekses di hotel penginapan melalui wifi yang disediakan. Budaya maya seperti membarah dalam masyarakat dunia ketika ini hinggakan hampir waktu solat pun tangan masih tidak berenggang dengan telefon masing masing.
Gergasi ekonomi
Negara ini boleh menjadi gergasi ekonomi umat Islam kerana buminya kaya dengan minyak dan berbagai sumber pendapatan terutama jutaan Muslim setiap tahun berbondong bondong mengerjakan Umrah dan Haji menjadi katalis penjanaan ekonomi Arab Saudi dengan pesat.Harga minyak dan kenderaan murah menjadi indikator kemakmuran negara walau pun di sisi lain seperti hantaran dan kos perkahwinan terlalu tinggi jika di bandingkan dengan Malaysia. Negara yang kering tandus gersang dan kontang menjadi tumpuan manusia sejak berkurun kerana adanya Kaabah untuk tawaf. Wal yathawwafu bil baitil Atiq .Doa Nabi Ibrahim Khalilullah menyeru manusia di Jabal Qubais untuk mengerjakan Haji dan Umrah di maqbulkan Allah sehingga kini rumah tua yang berkat ini tidak pernah putus di kunjungi manusia.Bumi ini yang terakam kukuh dalam Al Quran sebagai Al Baladil Amin penuh dengan rahmah dan mawaddah sebagai negeri makmur yang Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur.
Che Yahya Che Soh
Mekah Almukarramah
Isnin 8 Jun 2015.
No comments:
Post a Comment