Logika ialah proses penerimaan bukti menurut kemampuan pemikiran atau dalam bahasa mudah ialah rasional. Perkara yang berkaitan dengan pemikiran dan boleh diterima akal di sebut logika. Perkataan ini berasal dari Bahasa Inggeris Logic. Kerasionalan sesuatu peristiwa biasanya di ukur dengan logika. Sesuatu perkara yang tidak boleh diterima akal di sebut tidak logik yang dalam bahasa seharian tak masuk akal.Lazimnya pemikiran manusia akan menerima sesuatu berasaskan bukti. Dalam pendidikan, pelajar di ajar membuktikan sesuatu proses yang berlaku secara saintifik melalui ujikaji sesuatu unsur kimia. Contohnya apabila petroleum di suling secara berperingkat akan menghasilkan gas butana, etana, metana, parafin dan bitumin yang di gunakan untuk manfaat manusia. Sifat air pula apabila suhunya terlalu panas akan menjadi wap, terlalu dingin bertukar beku sehingga boleh berlakunya salji. Demikian sifat cecair yang mengandungi unsur Hidrogen dan Oksigen yang apabila ikatannya terurai akan membentuk ionisasi. Secara Kimia proses kehidupan berlaku berdasarkan fakta dan logika minda.Tindak balas terjadi apabila Kalsium Karbonat di panaskan akan menghasilkan kalsium oksida (CaO)) karbon dioksida dan air. Ini lah eviden yang di perolehi semasa praktikal di makmal, namun tidak semua proses dan peristiwa boleh di ukur melalui logika semata-mata kerana tidak semua kejadian memerlukan pemikiran tetapi keyakinan kepada Tuhan. Misalnya manusia secara fizikal tidak dapat melihat angin tetapi meyakini bahawa desiran dan bergoyangnya pokok di sebabkan adanya tiupan bayu yang bergerak mengikut kelajuan tertentu. Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan manusia tetapi jika kelajuannya mencapai 150 kilometer sejam pastinya memusnahkan kehidupan. Siapa yang menggerakan angin menjalankan awan berkumpul hingga turunnya hujan?
Sumber gambar: Republika.co.id
Tak masuk akal
Perjalanan sirah Nabi Ibrahim Khalilullah di lihat secara zahiriah memang tidak masuk akal. Bagaimana pemikiran seorang Nabi Allah tergamak meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil di tengah lembah gersang tandus yang tidak berpenghuni? Bekalan makanan terhad dan keselamatan mereka yang belum pasti terjamin.Pemikiran logika memang tidak boleh di terima akal sama sekali perbuatan Nabi Ibrahim namun keyakinan dan keimanan yang bulat (solid) kepada Allah, Baginda tetap laksanakannya walau pun pedih terpaksa berpisah dengan anak dan isteri kesayangannya. Banyak sekali perkara yang tidak masuk akal berlaku pada Baginda As sepanjang perjalanan sirah sebagai Nabi Allah di muka bumi ini. Peristiwa penyembelihan Ismail As merupakan ukuran pertembungan antara iman dan akal sangat menguji ketabahan seorang Nabi yang terkenal sangat penyantun ini. Allah Swt menggantikan seekor Kibash dari syurga sebagai tebusan terhadap Ismail As. Di sisi lain, Al Qur'an merakamkan pasangan bahagia Nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah yang masing-masing telah lanjut umur ini akan memperolehi zuriat iaitu Nabi Ishak . Perkhabaran ini disampaikan oleh utusan Allah kepada Nabi Ibrahim As semasa para Malaikat singgah di rumah Baginda sebelum meneruskan misi menghancurkan Bumi Sadom tempat kaum Nabi Luth As yang melakukan homo seksual bermaharaja lela. Nabi Ibrahim As menyediakan menu yang paling lazat kepada tetamunya dengan daging lembu panggang tetapi tidak di jamah oleh mereka.Melihat tetamu tidak menyentuh hidangan, Baginda khuatir dan risau lalu para Malaikat memperkenal diri mereka sebagai utusan khas dari Allah. Demikian secuplikan kisah Nabi Ibrahim As yang terkenal sangat penyantun dan 'awwahummunib''.
Tiga Jenis Manusia
Manusia terbagi kepada tiga kategori. Pertama Islam (beriman), kedua Kafir dan ketiga munafik. Orang Islam ialah mereka beriman kepada hari akhirat dan mempercayai perkara ghaibiah seperti alam barzah,titian sirath, mahsyar pembalasan dan manusia akan hidup kembali untuk mempertanggungjawabkan setiap perbuatan semasa mereka hidup di muka bumi. Sebesar zarah pun kebaikan akan di perlihatkan Allah demikian sebaliknya.Beruntunglah mereka yang beriman dan bertaqwa dengan segala nikmat yang Allah sediakan tetapi sangat merugilah mereka yang menzalimi diri yang sia-sia menghabiskan usia tanpa beramal soleh. Kategori manusia yang kedua ialah golongan yang kafir terhadap Allah iaitu mereka tidak menyembah Tuhan yang berhak di sembah yakni Allah dan tidak pula mengakui kerasulan Nabi Muhammad Saw sebagai pesuruh Tuhan yang membawa khabar gembira dan kesedihan.Tempat mereka telah di tentukan Allah di akhirat nanti. Golongan yang paling berbahaya ialah manusia yang bersifat talam dua muka, gergaji dua mata iaitu orang munafik. Sejak zaman Nabi Saw lagi golongan seperti ini lah yang menghancurkan Islam dan dakwah Rasulullah Saw. Ketua kumpulan munafik ialah Abdullah bin Ubai bin Salul yang bersolat di belakang Nabi tetapi dalam masa yang sama menikam gerakan Islam secara tersembunyi. Golongan ini menjadi duri dalam daging dan pemusnah perjuangan suci. Walau pun mereka mempunyai pemikiran yang kelihatan indah dan condong kepada perjuangan Islam tetapi dalam rongga dada mereka penuh dengan hasad dengki kepada orang beriman. Orang munafik terdapat di mana-mana , dalam berbagai gerakan siasah atau organisasi termasuk Masjid dan Surau-Surau. Allah Swt telah menurunkan surah khusus Al Munafiqun menceritakan kepada Nabi Saw sifat-sifat dan kebejatan golongan ini supaya orang beriman sentiasa mawas diri (berhati-hati) dengan orang munafik. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka mencintai Islam dengan hati ,jiwa dan roh sebagai lambang kemuliaan insan sejati yang bertaqwa kepada Allah.
Akal dan Iman
Akal yang dipandu iman akan melahirkan mukmin sejati yang mempunyai kemuliaan budi dan kejernihan rohani dalam setiap perbuatan dan tingkah laku.Orang bertaqwa mempunyai hati yang bersih, lapang, tenang dan bercahaya kerana keikhlasan kepada Allah dan hubungan sesama manusia.Apabila sifat-sifat mahmudah menguasai diri manusia terpandu mencari kebenaran yakni redha Tuhan dalam setiap perbuatan dan tindakan. Antara akal dan iman seharusnya saling berkomunikasi untuk mencari kebenaran dengan melihat setiap ciptaan Tuhan secara tadabbur di alam ini. Orang berakal mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Tuhan kerana senentiasa berpaut kepada keindahan Rabbani yang bertunjangkan kebenaran. Indahnya bumi sebagai planet yang menjadi tempat bermukim manusia, haiwan , tumbuhan dan organisma lainnya sejak jutaan kurun menjadi bukti kebesaran Tuhan bagi mereka yang menggunakan akal fikiran merenung setiap ciptaan sehingga Al Qur'an menggelarkan mereka dengan Ulul Albab. Tuhan meminta manusia melihat setiap kejadian di alam dengan mata hati iaitu menggunakan akal fikiran secara waras dan rasional seperti mana tuntutan Al Qur'an " Afalaa ta'qiluun , Afalaa tatazakaruun Afalaa yatadabbarunal Qur'an sehingga menggamit diri untuk bersujud dan bersyukur kepada Allah dengan penuh keinsafan dan kepatuhan " Sami'na Waatha'na " tanpa bahas.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 22 Jun 2015
5 Ramadhan 1436H

No comments:
Post a Comment