Saturday, June 13, 2015

Jeddah Yang Moden



Kota Jeddah yang terletak ditepi Laut Merah pesat membangun. Perubahan drastik yang berlaku memungkinkan jemaah yang telah lama tidak ke Tanah Suci akan terperanjat dengan pembangunan lanskap kota ini yang semakin cantik dan menarik. Bangunan bangunan baharu tumbuh begitu cepat. Persekitaran Masjid terapung telah bertukar wajah menjadi seperti kawasan rekreasi dengan hembusan bayu laut yang agak sejuk.Saya perhatikan para musafir mengambil peluang beristirehat sementara menunggu menaiki kenderaan ke Lapang Terbang King Abdul Aziz untuk menuju destinasi masing masing. Kelihatan polis dan tentera mengawasi Masjid dengan siap siaga untuk memastikan keselamatan orang ramai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna. Gedung gedung mewah berdiri megah dengan rumah rumah penduduk yang kelihatan gagah dengan pohon nyiur melambai lambai di sepanjang jalan. Arab Saudi yang kaya minyak ini membangun dalam segala bidang seperti pengangkutan, perhotelan dan pembinaan kemudahan prasarana keretapi yang menghubungkan Jeddah, Mekah dan Madinah dalam waktu dekat. Syarikat dan pekerja dari Malaysia terbabit secara langsung menyediakan infrastruktur ini untuk kemudahan penduduk dan bakal Haji yang menunaikan Rukun Islam kelima.





















Jalan ke Masjid Terapung




































Proses penyulingan air laut.

Tanah Halal

Sebelum ke Lapangan Terbang King Ab Aziz untuk ke Doha dengan Qatar Airways, kami tiga beranak berkesempatan melihat suasana Jeddah yang baharu. Tambakan laut jelas kelihatan menjadi lagun yang cantik dengan boat-boat dan motor air bersimpang siur menjadi daya tarikan pelancung yang sungguh mempersonakan.Kelihatan dari kejauhan tiang-tiang paip besar tempat memproses air laut untuk kegunaan penduduk seluruh Arab Saudi. Keindahan Jeddah memang memukaukan dengan tata hias kota yang tersusun dan menarik. Bunga-bunga kertas hidup subur beradun lembut hijauan beranika pokok menyelusuri jalan-jalan dan bulatan di kota ini.Jeddah ialah tanah halal yang boleh dikunjungi oleh berbagai bangsa di dunia sudah tentu menjadi pusat pelancungan bagi mereka yang inginkan percutian. Batas tanah haram ditandai dengan gerbang besar berlambang rehal dari Mekah- ke Jeddah. Ramai jemaah bermiqat di Hudaibiyyah semasa umrah.Orang bukan Islam tidak di benarkan memasuki tanah haram Mekah dan Madinah. Jika mereka berkeinginan untuk mengunjunginya perlu melafazkan dua kalimah shahadah ertinya memeluk Islam.Dua tanah haram ini menjadi saksi setiap kaki yang memijaknya di hadapan Allah bila manusia kembali ke alam baka.












Kenangan di Masjid Terapung





















Akhi Adnan bersama Akmal

Negara kaya tanpa tol walau pun sahara telah membangun dengan pesat. Jalan raya yang luas dan mulus dengan kenderaan besar berjenama memenuhi kota ini. Rumah rumah saudagar Arab yang kelihatan eksklusif menghiasi Bandaraya Jeddah. Allah swt memberikan keberkatan kepada bumi Saudi kerana adanya Kaabah dan Makam Nabi saw di Madinah. Allah swt memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim Khalilullah untuk menjadikan Mekah Al Mukarramah sebagai bumi haram. Madinah juga tanah haram seperti mana permintaan Rasulullah Saw kepada Allah Swt yang inginkan Madinah menjadi tanah suci seperti Mekah. Setiap manusia yang berdomisili di dua tempat ini perlu menjaga pantang larang  setiap masa terlebih lagi semasa berihram untuk mengerjakan Haji dan Umrah di Miqat sebelum memasuki Mekah Al Mukarramah. Alhamdulillah setelah dua minggu (14hari) di sana kami tiga beranak selamat tiba di KLIA pada Sabtu 13 Jun 2015 jam 4.30 petang. Terima kasih Allah yang memberikan kekuatan dan kesihatan sebagai aset berharga untuk terus berubudiah kepada Mu Ya Ilahi Rabbi.




















Kapal berlabuh di Pelabuhan Jeddah.


Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.
Ahad 14 Jun 2015.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...