Dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Saw di perjalankan oleh Allah bersama Malaikat Jibril dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa Palestin berkenderaan Buraq. Perjalanan yang sepantas kelajuan cahaya menjadi kenaikan Nabi Saw untuk ke bumi Palestin dalam tempoh sesingkatnya. Allah mencipta cahaya dan mengatur perlakuannya. Kelajuan cahaya yang tidak dapat diukur dengan tepat secara pemalar namun ahli fizik bersependapat pergerakan cahaya diperkirakan 186,000 batu sedetik. Kelajuan cahaya dalam vacum c = 299792458 m s-1 . Pemikiran ilmiah seharusnya dapat menerima konsep pergerakan cahaya sepertimana gelombang mikro yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kepantasan Buraq melebihi kelajuan cahaya yang mungkin tidak dapat dicerna oleh logika manusia. Dunia teknologi memungkinkan orang boleh berkomunikasi dengan pantas dalam sesaat walau pun di batasi jarak puluhan ribu kilometer. Jika peralatan komunikasi menjadi medium secara maya untuk kemudahan perhubungan apakah mustahil di sisi Allah menjadikan Buraq sebagai perantara kepada Nabi Saw menuju Palestin yang jaraknya hampir 2,000 batu dari Mekah dalam tempoh sesaat? Sebenarnya teknologi ciptaan Tuhan telah ribuan tahun wujud di muka bumi sebelum munculnya internet. Demikian juga dengan konsep pembuatan bom. Allah telah mengirimkan batu-batu sijjil dari neraka melalui burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah sehingga mereka mati bergelimpangan menjadi seperti daun-daun di makan ulat. Kejadian ini berlaku tidak jauh dari Mina tempat para jemaah bermalam untuk melontar di jamrah.
Perjalanan Tauhid
Allah Swt memperjalankan kekasihnya Nabi Muhammad Saw mempunyai misi khusus iaitu untuk memperlihatkan kekuasaanNya terhadap umat terdahulu yang mengingkari perintah Tuhan menerima balasan dan azab yang terlalu pedih. Bagi mereka yang patuh dan taat akan menerima balasan yang sungguh istimewa bersenang lenang di syurga yang penuh dengan kenikmatan. Perjalanan Tauhid merupakan perintah Allah yang sangat istimewa buat Baginda, tidak kepada para Nabi Allah yang lain. Keistimewaan ini kerana secara langsung dapat bertemu Allah Azawajalla di Sidratulmuntaha untuk menerima Solat yang di fardhukan kepada umat Baginda lima kali sehari semalam. Begitu bernilainya solat sehingga mendapat darjat yang paling tinggi berbanding dengan amalan yang lain sesudah Syahadah yakni mengakui keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Solat menjadi tiang Agama, barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja dia meruntuhkan Agama. Posisi Solat dalam Islam sungguh berat di sisi Allah berbanding Puasa, Zakat dan Haji.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang
Segambut, Kuala Lumpur.
19 Jun 2015.
No comments:
Post a Comment