Sunday, June 28, 2015

Less Talk More Action

The leadership management is a major function to the organization , political bodies and  Non Government Organization (NGO) to stabilize  the country in peace and harmony. There are so many theories regarding leadership management, but not all theory can be implement to overcome the issue. Leaders must know to read the situation and the people's constraint in order to ensure  they can continue good life to support the family.The leader with good vision will inspiring people to work for the country. The good leader practicing a noble values to bring up the people trust especially in generating high income or per capita to  the country. Generally the successful or unsuccessful nation or organization is depend on leadership style. We had learn from history for the past several decades, the victories and the fall of countries  because of  leadership mismanagement. It is very close relation with the leadership management. Therefore leader is an important figure who can change the culture and to transform the nation wisely.

Middle East Crisis

The world today are not safe and people live in afraid and trauma  especially in the middle east. Arabian peninsula and Yemen in critical crisis, Syrian refugees more than million crossing the border to Turkey everyday because of war. Israel and Palestine in turbulent  zone which is never ever ending since the Jews migrated to the Palestinian land and later claimed theirs.Iraq and Libya are still not stable although Saddam Hussein and Muammar Gaddafi was killed. Those who are against the policy of the superpower country they will get "punishment" by them. Iraq and Libya were totally damage because of invasion and arrogant of power. This is a real world today. Bombing the Mosque and the holy places such as happening in Kuwait last Friday killing many people are part of the tragedy. Why people look crazy and sarcastic killing every where? Why should this happen to the majority Muslim communities? The children and elders in Syria are in critical hunger  of food and drink. They live in a small  tents without proper facilities to continue life. Lack of education and million children are under nourished. The world is rapidly change widely.The information overload in all aspects of life but sadly technology is using to discriminate the poor people. Beside crisis, million of people are suffering from various kind of disease because do not have enough food,clean water supply  and nutrient.

Human Made

Poverty and battle are human made. It is not a nature or incidental. The political instability may cause crisis in the country.The economy recession and unemployment rate will increase. The country cannot generate income because of unstable condition. The development will retard and  collapse. There are no investment and trading between the countries because it too risky to the investors. This happen to the third world country where people are suffering in the long run  to get enough food. Million children died because of hunger rather than the battle. According to World Hunger Program, one child dies every five seconds from hunger and there are 936 million people do not have enough food to eat. The political stability in the country is an asset for nation building to assure the good life and the better future. Therefore the world leaders must find the best solution to strengthen relationship between the countries for the young generation. Less talk and do more action to reduce tense and safe the world from disasters.


Che Yahya Che Soh
Principal SMK SINAR BINTANG
(Malay Medium)
Segambut Kuala Lumpur.
Tuesday 30 June 2015.



Wednesday, June 24, 2015

Hikmah Puasa

Secara umum puasa bererti mengekang segala pancaindera daripada melakukan perkara yang di tegah oleh syarak sejak bermulanya terbit fajar hingga tenggelamnya matahari di ufuk barat.Mengekang pancaindera seperti makan minum, hubungan suami-isteri di siang hari menjadi pantang larang orang berpuasa. Tuhan memerintahkan hambaNya berlapar dan menahan keinginan syahwat di siang hari bertujuan mendidik manusia supaya menjadi orang bertakwa. Al Qur'an menyebut Laallakum Tattaquun. Takwa ialah  tunduk patuh kepada setiap perintah Allah dengan penuh penghambaan dan pengabdian selaku hamba yang mengharapkan keampunan dan keredhaan Tuhan.. Ibadah puasa ditujukan kepada mereka yang  beriman kepada Allah swt dengan seruan "Yaa Ayyuhaladzi Naaa Manu Kutiba Alaikumussiam " bukannya   "Yaa ayyuhannas". Orang beriman bermakna mereka yang taat dan patuh dengan perintah Allah dalam menunaikan kewajiban dan tanggungjawab sebagai Muslim mutaqqien dan mukhlisin. Puasa merupakan Rukun Islam ketiga menjadi mercu tanda orang beriman menuju taqwa. Ramadhan berlalu begitu cepat.Umat Islam di Tanah Melayu mula berpuasa pada hari Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436Hijrah.  Hari ini sudah seminggu  kita berpuasa dan semua Masjid serta Surau-Surau di penuhi jemaah untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ramadhan membawa rahmah, barakah dan ketenangan. Manusia umumnya kelihatan sopan dan lebih bertimbang rasa pada bulan ini.

Mulianya Ramadhan 

Allah swt memilih Ramadhan  sebagai bulan yang teristimewa kerana Al Qadar yakni satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Hubungan Al Qur'an Al Kareem dengan Ramadhan Al Mubarak begitu sinonim sekali. Di turunkan Al Qur'an itu sebagai shifaa iaitu penawar yang menyembuhkan setiap penyakit  rohani dan jasmani bagi mereka yang mengamalkannya secara konsisten bukan sahaja pada bulan ini. Justeru Ramadhan di sebut juga bulan Al Qur'an yang membawa petunjuk kepada manusia. Allah menyebutnya "Shahru Ramadhan Aladzi Unzilafi Hil Qur'an Hudan Linnas". Apabila Allah swt  memberi maklum bahawa Al Qur'an itu mengandungi hikmah bagi mereka yang membaca, mengamal, mengkaji dan melaksanakan setiap perintah dengan penuh tadabbur pastinya manusia akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Menjalani ibadah puasa dengan penuh ikhlas menjadi benteng kekuatan iman dari kemungkaran kerana tiada siapa yang mengetahui jika kita tidak berpuasa kecuali DIA. Allah swt mencipta manusia sangat mengetahui segala rahsia baik tersembunyi lebih-lebih lagi yang nyata kerana tidak sehelai daun pun  gugur ke bumi melainkan dalam pengetahuanNya.

Membersih Qalbu 

Qalbun atau hati ialah tempat bersarang segala kebaikan dan keburukan. Nilai ketuhanan, keinsanan, kehaiwanan, kesyaitanan  semuanya berpusat di sini.  Hati yang di saluti nur iman akan bercahaya sepanjang masa kerana hubungan yang ikhlas dengan Allah tidak pernah terpadam sebaliknya jika banyak melakukan maksiat dan hasad dengki tertutuplah sinar keimanan.Ibadah puasa melatih hati menjauhi sifat sifat keji yang di sebut mazmumah. Berlapar dan dahaga sepanjang Ramadhan mempunyai hikmah tersembunyi yang Allah turunkan kepada orang mukmin yang melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan. Pembakaran lemak dan pembuangan toksik dalam badan boleh melancarkan sirkulasi darah. Penurunan paras gula dalam darah akan mengekalkan keseimbangan tubuh. Badan berasa ringan dan sihat. Hebatnya Allah mengatur perjalanan hidup manusia melalui puasa. Di sisi lain anjuran untuk mengambil iktibar kepada mereka yang tidak menjamah makanan dan minuman sepanjang hari seperti berlaku kepada masyarakat Islam yang hidup dalam kebuluran di negara ketiga.Mereka bertarung antara hidup dan mati untuk mendapat sesuap nasi dan seteguk air setiap hari.Bulan Ramadhan yang terkenal dengan keberkatan mempunyai banyak nama antaranya yang paling masyhur ialah bulan Al Qur'an.Banyak sekali keberkatan di dalamnya. Ibadah sunat mendapat pahala wajib apa lagi yang fardhu Allah ganda dengan tujuh puluh kali ganda berbanding bulan bulan lain. Ya Allah jangan jadikan Ramadhan ini yang terakhir dalam hidup kami.Beri lah peluang lagi Ya Allah dengan Ramadhan tahun depan.  Nabi saw menyuruh  kita memperbanyakan doa di bulan ini. Tiada perkataan yang paling mulia melainkan La Ilaha Ilallah dan Istighfar berterusan , mohonlah syurga firdaus dari Allah. Doa yang tidak di tolak ialah dari hamba yang sedang berpuasa. - wastaqsiruu.


Wallahua'lam.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BiNTANG
Kuala Lumpur.
Jumaat 26 Jun 2015
9 Ramadhan 1436 H









Saturday, June 20, 2015

Antara Akal dan Iman

Logika ialah  proses penerimaan bukti  menurut kemampuan pemikiran atau dalam bahasa mudah ialah rasional. Perkara yang berkaitan dengan pemikiran dan boleh diterima akal di sebut logika. Perkataan ini berasal dari Bahasa Inggeris Logic. Kerasionalan sesuatu peristiwa biasanya di ukur dengan logika. Sesuatu perkara yang tidak boleh diterima akal di sebut tidak logik yang dalam bahasa seharian tak masuk akal.Lazimnya pemikiran manusia akan menerima sesuatu berasaskan bukti. Dalam pendidikan, pelajar di ajar membuktikan sesuatu proses yang berlaku secara saintifik melalui ujikaji sesuatu unsur kimia. Contohnya apabila petroleum di suling secara berperingkat akan menghasilkan gas butana, etana, metana, parafin dan bitumin yang di gunakan untuk manfaat manusia. Sifat air pula apabila suhunya terlalu panas  akan menjadi wap, terlalu dingin bertukar beku sehingga boleh berlakunya salji. Demikian sifat cecair yang mengandungi unsur Hidrogen dan Oksigen yang apabila ikatannya terurai akan membentuk ionisasi. Secara Kimia proses kehidupan berlaku berdasarkan fakta dan logika minda.Tindak balas terjadi apabila Kalsium Karbonat di panaskan akan menghasilkan kalsium oksida (CaO)) karbon dioksida dan air.  Ini lah eviden yang di perolehi semasa praktikal di makmal, namun tidak semua proses dan peristiwa boleh di ukur melalui logika semata-mata kerana tidak semua kejadian memerlukan pemikiran tetapi keyakinan kepada Tuhan. Misalnya manusia secara fizikal tidak dapat melihat angin tetapi meyakini bahawa desiran dan bergoyangnya pokok di sebabkan adanya tiupan bayu yang bergerak mengikut kelajuan tertentu. Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan manusia tetapi jika kelajuannya mencapai 150 kilometer sejam pastinya memusnahkan kehidupan. Siapa yang menggerakan angin menjalankan awan berkumpul hingga turunnya hujan?

 Image result for awan berkumpul mula hujan

Sumber gambar: Republika.co.id 

Tak masuk akal    

Perjalanan sirah Nabi Ibrahim Khalilullah di lihat secara zahiriah memang tidak masuk akal. Bagaimana pemikiran seorang Nabi Allah tergamak meninggalkan isteri dan  anak yang masih kecil di tengah lembah gersang tandus yang tidak berpenghuni? Bekalan makanan terhad dan keselamatan mereka yang belum pasti terjamin.Pemikiran logika memang tidak boleh di terima akal sama sekali perbuatan Nabi Ibrahim namun keyakinan dan keimanan yang bulat (solid) kepada Allah, Baginda tetap laksanakannya walau pun pedih terpaksa berpisah dengan anak dan isteri kesayangannya. Banyak sekali perkara yang tidak masuk akal berlaku pada Baginda As sepanjang perjalanan sirah sebagai Nabi Allah di muka bumi ini. Peristiwa penyembelihan Ismail As merupakan ukuran pertembungan antara iman dan akal  sangat menguji ketabahan seorang Nabi yang terkenal sangat penyantun ini. Allah Swt menggantikan seekor Kibash dari syurga sebagai tebusan terhadap Ismail As. Di sisi lain, Al Qur'an merakamkan pasangan bahagia Nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah yang masing-masing telah lanjut umur ini akan memperolehi zuriat iaitu Nabi Ishak . Perkhabaran ini disampaikan oleh utusan Allah kepada Nabi Ibrahim As semasa para Malaikat singgah di rumah Baginda sebelum meneruskan misi menghancurkan Bumi Sadom tempat kaum Nabi Luth As yang melakukan homo seksual bermaharaja lela. Nabi Ibrahim As menyediakan menu yang paling lazat kepada tetamunya dengan daging lembu panggang tetapi tidak di jamah oleh mereka.Melihat tetamu tidak menyentuh hidangan, Baginda khuatir dan risau lalu para Malaikat memperkenal diri mereka sebagai utusan khas dari Allah. Demikian secuplikan kisah Nabi Ibrahim As yang terkenal sangat penyantun dan 'awwahummunib''.


Tiga Jenis Manusia

Manusia terbagi kepada tiga kategori. Pertama Islam (beriman), kedua Kafir dan ketiga munafik. Orang Islam ialah mereka beriman kepada hari akhirat dan mempercayai perkara ghaibiah seperti alam barzah,titian sirath, mahsyar  pembalasan dan manusia akan hidup kembali untuk mempertanggungjawabkan setiap perbuatan semasa mereka hidup di muka bumi. Sebesar zarah pun kebaikan akan di perlihatkan Allah demikian sebaliknya.Beruntunglah mereka yang beriman dan bertaqwa dengan segala nikmat yang Allah sediakan tetapi sangat merugilah mereka yang menzalimi diri yang sia-sia menghabiskan usia tanpa beramal soleh. Kategori manusia yang kedua ialah golongan yang kafir terhadap Allah iaitu mereka tidak menyembah Tuhan yang berhak di sembah yakni Allah  dan tidak pula mengakui kerasulan Nabi Muhammad Saw sebagai pesuruh Tuhan yang membawa khabar gembira dan kesedihan.Tempat mereka telah di tentukan Allah di akhirat nanti. Golongan yang paling berbahaya ialah manusia yang bersifat talam dua muka, gergaji dua mata iaitu orang munafik. Sejak zaman Nabi Saw  lagi golongan seperti ini lah yang menghancurkan Islam dan dakwah Rasulullah Saw. Ketua kumpulan munafik ialah Abdullah bin Ubai bin Salul yang bersolat di belakang Nabi  tetapi dalam masa yang sama menikam gerakan Islam secara tersembunyi. Golongan ini menjadi duri dalam daging dan pemusnah perjuangan suci. Walau pun mereka mempunyai pemikiran yang kelihatan indah dan condong kepada perjuangan Islam tetapi dalam rongga dada mereka penuh dengan hasad dengki kepada orang beriman. Orang munafik terdapat di mana-mana , dalam berbagai gerakan siasah atau organisasi termasuk Masjid dan Surau-Surau. Allah Swt telah menurunkan surah khusus Al Munafiqun menceritakan kepada Nabi Saw sifat-sifat dan kebejatan golongan ini supaya orang beriman sentiasa mawas diri (berhati-hati) dengan orang munafik. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka mencintai Islam dengan hati ,jiwa dan roh sebagai lambang kemuliaan insan sejati yang bertaqwa kepada Allah.

Akal dan Iman

Akal yang dipandu iman akan melahirkan mukmin sejati yang  mempunyai kemuliaan budi dan kejernihan rohani dalam setiap perbuatan dan tingkah laku.Orang bertaqwa mempunyai hati yang bersih, lapang, tenang dan bercahaya kerana keikhlasan kepada Allah dan hubungan sesama manusia.Apabila sifat-sifat mahmudah menguasai diri manusia terpandu mencari kebenaran yakni redha Tuhan dalam setiap perbuatan dan tindakan. Antara akal dan iman seharusnya saling berkomunikasi untuk mencari kebenaran dengan melihat setiap ciptaan Tuhan secara tadabbur di alam ini. Orang berakal mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Tuhan kerana senentiasa berpaut kepada keindahan Rabbani yang bertunjangkan kebenaran. Indahnya bumi sebagai planet yang menjadi tempat bermukim manusia, haiwan , tumbuhan dan organisma lainnya sejak jutaan kurun menjadi bukti kebesaran Tuhan bagi mereka yang menggunakan akal fikiran merenung setiap ciptaan sehingga Al Qur'an menggelarkan mereka dengan  Ulul Albab. Tuhan meminta manusia melihat setiap kejadian di alam dengan mata hati iaitu menggunakan akal fikiran secara waras dan rasional seperti mana tuntutan Al Qur'an " Afalaa ta'qiluun , Afalaa tatazakaruun Afalaa yatadabbarunal Qur'an  sehingga menggamit diri  untuk bersujud dan bersyukur kepada Allah dengan penuh keinsafan dan kepatuhan " Sami'na Waatha'na "  tanpa bahas.



Wallahua'lam

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 22 Jun 2015
5 Ramadhan 1436H


Tuesday, June 16, 2015

Buraq Umpama Cahaya

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Saw di perjalankan oleh Allah bersama Malaikat Jibril dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa Palestin berkenderaan Buraq. Perjalanan yang sepantas kelajuan cahaya menjadi kenaikan Nabi Saw untuk ke bumi Palestin dalam tempoh sesingkatnya. Allah mencipta cahaya dan mengatur perlakuannya. Kelajuan cahaya yang tidak dapat diukur dengan tepat secara pemalar namun ahli fizik bersependapat pergerakan cahaya diperkirakan 186,000 batu sedetik. Kelajuan  cahaya dalam vacum  c = 299792458 m s-1 . Pemikiran ilmiah seharusnya dapat menerima konsep pergerakan cahaya sepertimana gelombang mikro yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kepantasan Buraq melebihi kelajuan cahaya yang mungkin tidak dapat dicerna oleh logika manusia. Dunia teknologi memungkinkan orang boleh berkomunikasi dengan pantas dalam sesaat walau pun di batasi jarak puluhan ribu kilometer. Jika peralatan komunikasi menjadi medium secara maya untuk kemudahan perhubungan apakah mustahil di sisi Allah menjadikan Buraq sebagai perantara kepada Nabi Saw menuju Palestin yang jaraknya hampir 2,000 batu dari Mekah dalam tempoh sesaat? Sebenarnya teknologi ciptaan Tuhan telah ribuan tahun wujud di muka bumi sebelum munculnya internet.  Demikian juga dengan konsep pembuatan bom. Allah telah mengirimkan batu-batu sijjil dari neraka melalui burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah sehingga mereka mati bergelimpangan menjadi seperti daun-daun di makan ulat. Kejadian ini berlaku tidak jauh dari Mina tempat para jemaah bermalam untuk melontar di jamrah.



sumber:
middle_east_and_asia/middle_east_ref_2002.jpg

Perjalanan Tauhid

Allah Swt memperjalankan kekasihnya Nabi Muhammad Saw   mempunyai misi khusus iaitu untuk memperlihatkan kekuasaanNya terhadap umat terdahulu yang mengingkari perintah Tuhan menerima balasan dan azab yang terlalu pedih. Bagi mereka yang patuh dan taat akan menerima balasan yang sungguh istimewa bersenang lenang di syurga yang penuh dengan kenikmatan. Perjalanan Tauhid merupakan perintah Allah  yang sangat istimewa buat Baginda, tidak kepada para Nabi Allah yang lain. Keistimewaan ini kerana secara langsung dapat bertemu Allah Azawajalla di Sidratulmuntaha untuk menerima Solat yang di fardhukan kepada umat Baginda lima kali sehari semalam. Begitu bernilainya solat sehingga mendapat darjat yang paling tinggi berbanding dengan amalan yang lain sesudah Syahadah yakni mengakui keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Solat menjadi tiang Agama, barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja dia  meruntuhkan Agama. Posisi Solat dalam Islam sungguh berat di sisi Allah berbanding Puasa, Zakat dan Haji.  

Wallahua'lam

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang
Segambut, Kuala Lumpur.
19 Jun 2015.






Saturday, June 13, 2015

Jeddah Yang Moden



Kota Jeddah yang terletak ditepi Laut Merah pesat membangun. Perubahan drastik yang berlaku memungkinkan jemaah yang telah lama tidak ke Tanah Suci akan terperanjat dengan pembangunan lanskap kota ini yang semakin cantik dan menarik. Bangunan bangunan baharu tumbuh begitu cepat. Persekitaran Masjid terapung telah bertukar wajah menjadi seperti kawasan rekreasi dengan hembusan bayu laut yang agak sejuk.Saya perhatikan para musafir mengambil peluang beristirehat sementara menunggu menaiki kenderaan ke Lapang Terbang King Abdul Aziz untuk menuju destinasi masing masing. Kelihatan polis dan tentera mengawasi Masjid dengan siap siaga untuk memastikan keselamatan orang ramai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna. Gedung gedung mewah berdiri megah dengan rumah rumah penduduk yang kelihatan gagah dengan pohon nyiur melambai lambai di sepanjang jalan. Arab Saudi yang kaya minyak ini membangun dalam segala bidang seperti pengangkutan, perhotelan dan pembinaan kemudahan prasarana keretapi yang menghubungkan Jeddah, Mekah dan Madinah dalam waktu dekat. Syarikat dan pekerja dari Malaysia terbabit secara langsung menyediakan infrastruktur ini untuk kemudahan penduduk dan bakal Haji yang menunaikan Rukun Islam kelima.





















Jalan ke Masjid Terapung




































Proses penyulingan air laut.

Tanah Halal

Sebelum ke Lapangan Terbang King Ab Aziz untuk ke Doha dengan Qatar Airways, kami tiga beranak berkesempatan melihat suasana Jeddah yang baharu. Tambakan laut jelas kelihatan menjadi lagun yang cantik dengan boat-boat dan motor air bersimpang siur menjadi daya tarikan pelancung yang sungguh mempersonakan.Kelihatan dari kejauhan tiang-tiang paip besar tempat memproses air laut untuk kegunaan penduduk seluruh Arab Saudi. Keindahan Jeddah memang memukaukan dengan tata hias kota yang tersusun dan menarik. Bunga-bunga kertas hidup subur beradun lembut hijauan beranika pokok menyelusuri jalan-jalan dan bulatan di kota ini.Jeddah ialah tanah halal yang boleh dikunjungi oleh berbagai bangsa di dunia sudah tentu menjadi pusat pelancungan bagi mereka yang inginkan percutian. Batas tanah haram ditandai dengan gerbang besar berlambang rehal dari Mekah- ke Jeddah. Ramai jemaah bermiqat di Hudaibiyyah semasa umrah.Orang bukan Islam tidak di benarkan memasuki tanah haram Mekah dan Madinah. Jika mereka berkeinginan untuk mengunjunginya perlu melafazkan dua kalimah shahadah ertinya memeluk Islam.Dua tanah haram ini menjadi saksi setiap kaki yang memijaknya di hadapan Allah bila manusia kembali ke alam baka.












Kenangan di Masjid Terapung





















Akhi Adnan bersama Akmal

Negara kaya tanpa tol walau pun sahara telah membangun dengan pesat. Jalan raya yang luas dan mulus dengan kenderaan besar berjenama memenuhi kota ini. Rumah rumah saudagar Arab yang kelihatan eksklusif menghiasi Bandaraya Jeddah. Allah swt memberikan keberkatan kepada bumi Saudi kerana adanya Kaabah dan Makam Nabi saw di Madinah. Allah swt memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim Khalilullah untuk menjadikan Mekah Al Mukarramah sebagai bumi haram. Madinah juga tanah haram seperti mana permintaan Rasulullah Saw kepada Allah Swt yang inginkan Madinah menjadi tanah suci seperti Mekah. Setiap manusia yang berdomisili di dua tempat ini perlu menjaga pantang larang  setiap masa terlebih lagi semasa berihram untuk mengerjakan Haji dan Umrah di Miqat sebelum memasuki Mekah Al Mukarramah. Alhamdulillah setelah dua minggu (14hari) di sana kami tiga beranak selamat tiba di KLIA pada Sabtu 13 Jun 2015 jam 4.30 petang. Terima kasih Allah yang memberikan kekuatan dan kesihatan sebagai aset berharga untuk terus berubudiah kepada Mu Ya Ilahi Rabbi.




















Kapal berlabuh di Pelabuhan Jeddah.


Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.
Ahad 14 Jun 2015.

Monday, June 8, 2015

Jejak Yang Hilang

Kota Mekah,  Madinah (Yathrib) dan Al Aqsa di Palestin merupakan tiga tempat suci di muka bumi yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad Saw untuk dikunjungi umat Islam. Pertalian sejarah antara tiga tempat ini sungguh istimewa sejak berabad. Antara Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa merupakan peristiwa penting berlaku kepada Baginda dalam Israk Mikraj. Mekah yang mempunyai beberapa nama seperti Bakkah, Ummul Qura , Al Balad Al Amin terletak ditengah- tengah pusat bumi dimana kaabah menjadi mercu tanda kiblat umat Islam di seluruh dunia.Seluruh jazirah Arab yang bersahara kering kontang mewarnai kehidupan dan peradaban bangsa Arab yang hidup berkabilah dan suku sering bermusuh antara satu sama lain merupakan identiti bangsa Arab sejak berkurun.
 
sumber: gmiah.hubpages.com
Nabi Ismail As

Mekah dari sudut sejarah merupakan penempatan awal suku jurhum mempunyai pertalian dengan Nabi Ismail As dan Ibunya Hajar sewaktu Nabi Ibrahim As diperintah Allah meninggalkan mereka berdua di lembah Safa dan Marwah.Bukit Safa dan Marwah menjadi saksi perjalanan hidup dua beranak ini yang bertarung antara hidup dan mati kerana kehabisan bekalan dan minuman setelah di tinggalkan Nabi Ibrahim As. Pemikiran logik memang tidak dapat menerima perbuatan Nabi Ibrahim As tetapi di sisi Allah mempunyai hikmah tersembunyi. Baginda naik ke Jabal Qubais ( sekarang istana Raja Saudi) lantas berdoa kepada Allah supaya memelihara anak keturunannya dan jadikan mereka orang yang tidak meninggalkan solat. Dengan izin Allah semasa Hajar berlari-lari antara dua bukit ini terpancar mata air berhampiran Nabi Ismail yang terlalu  kehausan. Ibu yang penyabar dan pasrah kepada Allah ini terus mengepung sumber air dengan berkata zam zam. Allah Swt memberkati dan melindungi ibu dan anak dari mati kehausan. Demikian secuplikan kisah untuk menjadi ibrah kepada umat mutakhir ini betapa hebatnya Allah menguji setiap hambaNya yang beriman. Antara Safa dan Marwah merupakan syiar Allah menjadi tempat Sae semasa mengerjakan Haji dan Umrah.

Kota kelahiran Nabi Saw

Perkembangan kota Mekah melalui sejarah yang panjang dan berliku. Di sinilah Baginda Nabi Saw di lahir dan di besarkan dalam kalangan keluarga Kuraish. Kelahiran Baginda sebagai Nabi akhir zaman menjadi rahmat keseluruh alam.Sejak kecil terkenal dengan Al Amin dan berhati mulia. Sejarah hidupnya yang penuh pahit getir bermula di sini. Dari seorang pengembala kambing,menjelang dewasa mengikut bapa saudaranya Abi Talib berdagang ke Sham hinggalah berkahwin dengan Siti Khadijah Khuwailid menjadi sirah perjalanan suci sehingga dilantik menjadi pesuruh Allah. Peristiwa Iqra' di Gua Hira' menjadi permulaan gerakan dakwah Baginda mengajak manusia menyembah Allah Pencipta sekelian alam.Sejak itu bermulalah cabaran hidup Baginda sebagai Nabi Allah yang membawa pesan Agama mengajak manusia mengesakan Allah. Baginda dimusuhi oleh keluarga sendiri terutama Abu Lahab yang menentang keras dakwah Nabi. Allah merakamkan peristiwa ini secara khusus dalam Surah Masad (Abi Lahab) kerana perbuatannya memusuhi Nabi Saw. Pertembungan antara iman dan keluarga terpaksa ditempuhi Nabi dalam menyampaikan syariat Allah meletakan Baginda dalam keadaan terlalu sukar untuk digambarkan.Perjalanan membawa misi Tauhid menyebabkan Baginda di hina ,di benci dan di musuhi oleh penduduk Makkah sehingga keperingkat ingin  menamatkan riwayatnya. Demikian secuplikan peristiwa untuk renungi betapa sukarnya untuk menegakan kalimah Allah yang mulia. Falsafah yang perlu dihayati bagi setiap umat Islam yang berada di Tanah Haram Makkah dan Madinah semoga bertambah iman kepadaNya melalui jerih perih Baginda Nabi Saw sehingga Islam berkembang subur ke pelosok bumi.

Jejak yang hilang

Mekah era teknologi turut mempengaruhi budaya hidup manusia. Pembangunan pesat kota ini dapat di lihat dengan jelas mutakhir ini. Keaslian kota ini seperti telah sirna dihimpit pembangunan dan industri perhotelan pencakar langit. Gaya hidup masyarakatnya kian individualistik dan materialistik sehingga merenggangkan sosialisasi sesama ikhwan. Terlalu sukar untuk melihat bukti peninggalan zaman permulaan Islam baik di Mekah mau pun Madinah. Banyak tempat tempat bersejarah telah lenyap tertimbus oleh pembangunan. Telaga Uthman Affan yang di beli daripada Yahudi di Madinah telah pun di timbus dan kini tinggal kebun tamar yang subur dan manis rasanya. Tempat ini menjadi tumpuan jemaah yang datang berziarah di Madinah.Telaga ini ialah  salah satu diantara peristiwa penting era pemerintahan Islam yang hanya tinggal jejak, hilang bersama pembangunan kota Madinah. Mungkinkah Bukit Uhud, Bukit Thur dan Bukit Nur yang sangat sinonim dengan Nabi Saw bersama Abu Bakar As Sidik akan lenyap dalam kurun mendatang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Generasi yang lahir pada abad ini mungkin tidak mengetahui lagi keistimewaan dan keagungan kota yang penuh keberkatan ini kecuali mereka membaca sejarah di tulis oleh orang orang terdahulu yang tersimpan di Muzium.

 
 Sumber gambar: Kredit Abu Nuha Corner

Makiyyah dan Madaniyah

Pembangunan memang baik tetapi melestarikan warisan peninggalan bersejarah menambahkan lagi kecintaan terhadap Mekah dan Madinah yang menjadi tempat permulaan turunnya wahyu Allah kepada Nabi Saw. Ayat-ayat dalam surah Makiyyah dan Madaniah mempunyai asbabun nuzul mengenai peristiwa yang berlaku.Ramai yang tidak mengetahui tempat tentera bergajah di hancurkan sebelum sampai ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah.Begitu juga dengan persekitaran Masjidil Haram sesungguhnya sarat dengan peristiwa berlaku di zaman Nabi Saw. Ini terbukti dengan Maktabah Nabi Saw yang masih utuh dan kekal hingga kini. Kita berdoa semoga rumah kelahiran Nabi Saw tidak terusik oleh pembesaran Masjidil Haram yang sedang rancak membangun sekarang ini. Semoga peninggalan berharga era kemercuan Islam tetap terpelihara sebagai khazanah ilmu untuk generasi yang mencintai Agama. Mungkinkah di temui kembali jejak-jejak yang hilang untuk melepaskan rasa rindu semasa beribadah di Tanah Suci yang penuh barakah ini ? Jawabannya dalam  Ilmu Allah.




















Menara jam mercu tanda Mekah.
Kaabah terlindung oleh bangunan tinggi.


















Wallahua'lam

Che Yahya Che Soh
Mekah Rabu 10 Jun 2015.





Thursday, June 4, 2015

Kaabah Semakin Jauh

Pembesaran Masjidil Haram sedang giat dilaksanakan. Perubahan total persekitaran Baitullah  yang sangat sinonim dengan peristiwa perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Saw dari Mekah ke Palestin menyebabkan hotel hotel berdekatan diruntuhkan. Jemaah terpaksa menapak jauh untuk bersolat. Wajah Masjidil Haram tidak seperti beberapa dasawarsa yang lalu. Bagi mereka yang menziarahi rumah Allah ketika ini pasti terkejut dengan perubahan yang berlaku. Kaabah kelihatan seolah olah semakin jauh terlindung oleh bangunan tinggi. Bagi jemaah yang ingin ke Tanaem tambang teksi SR 60 pergi balik. Tiada lagi van seperti dulu yang mengambil penumpang seperti lazimnya.Peniaga jalanan tiada lagi menjual pakaian seperti jubah, selipar dan kain. Saya pun tercari-cari di mana tempatnya. Sejarah Mekah bumi kelahiran Baginda Nabi Saw menjadi pusat tumpuan umat Islam seluruh pelosok bumi untuk mengerjakan Haji dan Umrah sejak berkurun tidak pernah lengang dengan manusia kendati pun di himpit pembangunan moden. Demikian juga Madinah. Di beritakan Masjid Nabawi akan di besarkan dan hotel hotel sekitarnya bakal di roboh dalam waktu dekat. Demikian khabaran dari mutawif yang membawa kami ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Bukit Magnet yang di kenali dengan Bukit Baidha'. Kekuasaan Allah benar benar terbukti semasa melewati jalan ke Bukit ini. Semasa di matikan enjin kenderaan secara magnetik bergerak dengan kelajuan 120km menyebabkan kami rasa cuak dengan peristiwa berlaku.

 

Antara komersial dan ibadah

Zamzam tower menjadi lambang pusat komersial terletak bersetentang Masjidil Haram yang dipuncaknya terukir kalimah Allah. Dulunya setiap kali azan akan kelihatan cahaya gemerlapan melepasi kaabah.Bercambahnya bangunan pencakar langit seperti mengepung kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Kaabah semakin jauh yang menjadi tanda aras ialah menara jam dapat dilihat dari kejauhan.Kami sempat mengelilingi puncak tertinggi sekitar kota tua ini untuk melihat pemandangan Masjidil Haram dari atas. Bukit bukit Mekah di runtuhkan untuk industri perhotelan. Kehidupan moden dan mewah pastinya memberi kekangan kepada para jamaah yang datang mengerjakan Haji dan Umrah.Bangunan struktur asal Masjidil Haram terutama bahagian dalamnya sudah tiada yang masih tinggal ialah ruang solat King Fahd. Pintu pintu masuk akan di tutup dan para jemaah di minta naik ke tingkat dua melalui escalator. Penginapan yang jauh menyukarkan jemaah terutama warga emas dan mereka yang uzur. Saya  tidak dapat bayangkan musim Haji nanti bagaimana jemaah seperti ini mampu menyempurnakan rukun Islam kelima dengan tertib.Nilai ibadah menjadi ukuran komersial. Maksudnya jika inginkan penginapan berdekatan sekira kira 100-200m jemaah perlu membayar lebih.

 

Makanan dan barangan

Nilai tukaran Ringgit dan Rial adalah sama ketika ini malah menurut pekerja yang menyediakan makanan beberapa bulan lalu Rial lebih tinggi dari Ringgit. Beberapa tahun lalu RM mengatasi SDR dengan kadar RM100 sama dengan 110 SDR.Harga makanan agak mahal.Tiada lagi harga bawah SDR 20 untuk sepinggan nasi Arab. Barangan keperluan lain pun turut naik termasuk cenderamata yang dahulunya mampu di beli untuk hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai.Era teknologi menjadikan Mekah Al Mukarramah seperti sebuah kota metropolitan yang maju dengan pelbagai kemudahan maya.Internet mudah di ekses di hotel penginapan melalui wifi yang disediakan. Budaya maya seperti membarah dalam masyarakat dunia ketika ini hinggakan hampir waktu solat pun tangan masih tidak berenggang dengan telefon masing masing.

Gergasi ekonomi

Negara ini boleh  menjadi gergasi ekonomi umat Islam kerana buminya kaya dengan minyak dan berbagai sumber pendapatan terutama jutaan Muslim setiap tahun berbondong bondong mengerjakan Umrah dan Haji menjadi katalis penjanaan ekonomi Arab Saudi dengan pesat.Harga minyak dan  kenderaan murah menjadi indikator kemakmuran negara walau pun di sisi lain seperti hantaran dan kos perkahwinan terlalu tinggi jika di bandingkan dengan Malaysia. Negara yang kering tandus gersang dan kontang menjadi tumpuan manusia sejak berkurun kerana adanya Kaabah untuk tawaf. Wal yathawwafu bil baitil Atiq .Doa Nabi Ibrahim Khalilullah menyeru manusia di Jabal Qubais untuk mengerjakan Haji dan Umrah di maqbulkan Allah sehingga kini rumah tua yang berkat ini tidak pernah putus di kunjungi manusia.Bumi ini yang terakam kukuh dalam Al Quran sebagai Al Baladil Amin penuh dengan rahmah dan mawaddah sebagai negeri makmur yang Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur.

 
















Che Yahya Che Soh
Mekah Almukarramah
Isnin 8 Jun 2015.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...