Wednesday, December 31, 2014

Wajah Terkini SMKSB@STAR









































































































csyahya victory.
Thursday 1 Jan 2015

Waris Mengetuai Misi Kemanusiaan

 

Warga Alumni Republik Indonesia Sumatra @Waris turut berperanan besar membantu mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan. Yang Di Pertuanya Dato Dr.Zain Yusuf bersama anggotanya Setiausaha, Bendahari dan ahlinya yang berada di negeri ini sejak awal-awal lagi mengunjungi mangsa-mangsa banjir untuk menghantar bekalan makanan, pakaian dan keperluan asas kepada mereka yang berada dalam kritikal. Walau pun Waris baharu di tubuhkan Julai lalu namun peranannya cukup besar dalam misi kemanusiaan.Di laporkan pada hari ini 1 Januari 2015, misi Waris ke Kuala Krai untuk menjejaki mangsa yang terputus bekalan makanan. Dr. Zain memainkan peranan cukup penting menggerakkan Waris membantu mangsa yang kebuluran dan kehausan.



















Dato Dr. Zain (topi merah) bersama salah
seorang petugas misi kemanusiaan.












Ahli Waris membantu menolak kenderaan dalam banjir
untuk menghantar bekalan makanan.

Mengikut jadual, Waris akan bergerak menghantar  bekalan mengikut stesen berikut:RPT Chenulang, Batu Mengkebang, Taman Sireh, Kg Batu Lada dan kampung Biak Kandek kawasan sukar di lalui dan berbahaya di daerah Dabung.Cikgu Tuan Khatimah mempunyai jadual yang padat untuk Waris bergerak ke destinasi yang ditetapkan dengan selamat.





















Wajah Guchil selepas banjir. SU Waris
Drs. Ab. Aziz mengabadi kenangan dalam misi
kemanusiaan. 




















Rumah Imam Mengkebang Hj. Che Soh Majid

















Dato Dr Zain bersama Hj Fauzi Mohammad

Terlalu sebak perasaan saya bila membaca WhatsAPP SU Waris mengenai  mangsa yang sedang kelaparan dan kehausan menunggu makanan. Beliau sendiri menyediakan dua periuk nasi, meehoon telur dan dua guni pakaian lama untuk disumbangkan kepada mangsa di Tanah Merah. Betapa azabnya selepas banjir.Mengikut kata guru-guru saya ramai orang berebut makanan dan minuman kerana kelaparan.Suasana seperti ini  tidak pernah dihadapi sebelum banjir.Makanan mewah dan tak habis makan. Sekarang ini sebaliknya kerana beberapa tempat hancur lebur yang tinggal hanyalah puing-puing berserakan kesan banjir ala tsunami yang mengganas di bumi ini.



















Di rumah Imam Mengkebang.
















Ahli Waris Wanita turut sama membantu














Waris di Pusat Pengumpulan Bekalan SMK Bandar Kuala Krai.

Kejadian yang cukup menyedihkan ini seharusnya membuka mata hati kita semua untuk membuat refleksi melaksanakan perintah Tuhan dengan penuh ikhlas dan tidak membiarkan ekosistem hutan di cemari oleh tangan-tangan rakus memperkosa kehidupan alam sehingga mengundang bala bencana kepada manusia lain.




Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 3 Januari, 2014.
Tempuh dua hari perjalanan cari bekalan makanan

Sebahagian mangsa banjir yang rumah masih ditenggelami air bermalam di tepi jalan.

  • Sebahagian mangsa banjir yang rumah masih ditenggelami air bermalam di tepi jalan.

KOTA BHARU - Keadaan yang terus mendesak dan semakin meruncing menyebabkan seorang penduduk dari Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai sanggup menempuh dua hari perjalanan ke Kota Bharu bagi mendapatkan bekalan makanan.

Ismail Jaafar, 36, yang juga guru berkata, kampungnya dilanda banjir dan terputus hubungan selepas terkepung dengan kawasan sekeliling dinaiki air sejak Selasa lalu.

Menurutnya, kira-kira 1,500 orang daripada 300 keluarga semakin kritikal dan kelaparan selepas bekalan makanan habis.

“Saya sudah tak sanggup lihat anak kecil menangis kerana lapar, ditambah pula keadaan orang tua yang uzur serta ibu yang kekurangan zat untuk menyusukan bayi.

“Sebab itu, saya ambil keputusan meredah air keluar dari kawasan ini dan dapatkan kereta untuk mencari makanan di sini (Kota Bharu),” katanya yang bermalam di Pasir Puteh sebelum tiba di Pejabat Sinar Harian Pengkalan Chepa, di sini, pagi semalam.

Sumbangan Sinar Harian bersama Nestle dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) disampaikan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Ismail dalam pertemuan tersebut turut menceritakan kejadian ikan naik ke lubuk lima hari sebelum kejadian banjir besar yang melanda daerah itu.

“Ketika itu saya bersama enam rakan menaiki dua bot memukat di Sungai Jenal dan memperoleh kira-kira 100 kilogram ikan lampam. Saya rasa aneh dengan kejadian itu kerana belum pernah berlaku,” katanya.


Sinar Harian
Khamis 1 Januari 2015.

Musibah : Antara Tangan Manusia dan Peringatan Tuhan

Sepanjang tahun 2014 yang akan berakhir beberapa jam lagi,berbagai peristiwa yang mendukacitakan berlaku di Tanahair tercinta. Di mulai dengan hilangnya pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari KLIA ke China pada Selasa 8 Mac 2014 sehingga kini masih belum di temui, kemudiannya sebuah lagi pesawat MH17 di tembak jatuh di sempadan Russia dan Ukraine pada 17 Julai dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal sehingga menjadi puing-puing berserakan di bumi.Terkini pesawat udara Air Asia  Indonesia QZ 8501 terhempas di laut  Jawa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Juanda ke Singapura pada Ahad 28 Disember lalu mengorbankan 160 penumpang bersama anak kapal.Ketika itu saya dan isteri dalam perjalanan balik dari UK dengan penerbangan Emirates selepas singgah di Dubai kemudiannya menyambung penerbangan ke KLIA. Anak-anak di rumah terlalu risau keselamatan kami. Itu antara urutan peristiwa   besar berlaku menyebabkan kehilangan nyawa membabitkan udara.

 

Puing-puing berserakan MH 17
MH17 Rebels Moving Bodies Evidence
Sumber:Internet.

Langit memuntahkan air

Di bumi pula hujan turun dengan begitu lebat tanpa henti selama beberapa hari dengan angin kencang bertiup mempercepatkan berlakunya banjir.Curahan hujan  luar biasa sepertinya langit ingin memuntahkan air sepuas-puasnya menyebabkan sungai-sungai, tasik melimpah ke jalan dan memasuki rumah, gedung-gedung perniagaan dengan pantas. Bermula dengan banjir lumpur di Cameron Highland yang menyebabkan kematian, bah besar melanda negara menyebabkan beberapa negeri iaitu Pahang,Trengganu,Perak, Perlis lumpuh terutama Kelantan. Bumi tidak lagi mampu menampung air yang turun dengan jumlah yang  banyak. Laut bergelora dan pasang besar, terjadinya pertembungan antara air dari daratan dan lautan sehingga tersekat menyebabkan tertahan di bumi sebelum beransur surut. Walau pun saya tidak berada dalam negara sewaktu banjir berlaku namun rasa sakitnya tetap terasa, kepiluan dikongsi bersama dengan sahabat handai sanak saudara dan keluarga di kampung terutama ayah dan adik-adik yang menanggung penderitaan teramat pedih.Negeri Kelantan hampir lumpuh sama sekali.



Perhubungan terputus dan bekalan makanan terjejas. Air melimpah dengan cepat sehinggal harta benda gagal di selamatkan. Rumah-rumah hanyut di bawa arus dalam sekelip mata.Mangsa terpaksa mencari tempat tinggi naik ke bukit namun air tetap menemani mereka. Aduh Ya Allah apakah ini fenomena alam atau peringatan keras dari mu ya Tuhan ? Di saat seperti ini wang tidak berguna lagi kerana tidak boleh membeli sesuap nasi.Perhubungan terputus dan  terkepung oleh air  yang menjadi  lautan.Pertarungan antara hidup dan mati manusia berikhtiar dengan apa yang ada demi menyelamatkan nyawa.Kerugian harta benda dalam sekelip mata. Haiwan ternakan pastinya mati kelemasan hanyut bersama terjahan air yang mengganas. Demikian dahsyatnya malapetaka yang datang menimpa manusia ketika tidak siapa  menyangka bah begitu cepat melanda.Seluruh negeri bergelap kerana bekalan letrik terputus. Lilin menjadi sumber cahaya selain lampu minyak tanah yang pastinya melambung harga kerana permintaan yang begitu tinggi. Sumber air bersih terputus terpaksa minum air hujan yang di masak untuk meneruskan kehidupan.Itu cerita yang saya dapat dari mulut mereka yang menghadapi musibah di kampung.


Kereta dan bas turut menjadi mangsa banjir.















Pemandangan udara Rantau Panjang
dan Sungai Golok berbentuk seperti spera.
sumber : WhatsApp

Tangan manusia

Bumi sebuah planet yang disediakan Tuhan untuk manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan menjalani kehidupan. Flora dan fauna pelengkap kepada sistem kehidupan. Hutan menjadi khazanah berharga untuk kelestarian generasi malangnya banyak tangan-tangan manusia yang merosakkan alam untuk mencari keuntungan atas nama pembangunan. Tidak kurang juga penerokaan hutan secara berleluasa sehingga menghancurkan seluruh kehidupan. Habitat haiwan punah terpaksa mengungsi jauh mencari penempatan baharu. Sungai-sungai keruh pekat membawa bersama tanah merah kerana kerakusan manusia menggondol hutan. Tuhan tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya selain manusia sendiri yang tidak pernah mensyukuri segala nikmat yang di beri.Tangan-tangan manusialah yang merosakan alam sehingga mengundang bala bencana dahsyat kepada penduduk di bumi. Justeru sangat tepat dengan peringatan Tuhan " Sekiranya manusia mensyukuri segala nikmat Allah, nescaya akan di tambah keberkatan dari langit, tetapi jika manusia mengingkari (kufur) perintah Tuhan, tunggulah azab yang menimpa tersangat pedih". Bencana yang datang tanpa mengira siapa yang bersyukur atau kufur semuanya akan merasai azab Allah sebagai balasan kepada mereka yang tidak beradab dengan alam lingkungan.
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/pasar-krai.transformed.jpg
Sumber: Harian Metro Online

Wallahua'lam

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 1 Januari,2015.

Tuesday, December 30, 2014

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan 

Tindakan Sultan Muhammad V mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan. 

KUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”

“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”

"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”


Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.

Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.

Astro Awani
Rabu 31 Disember,2014.

NAHAS QZ8501: TIGA MAYAT DITEMUI





Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga mayat dari pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang sejak Ahad lalu ditemui sehingga malam tadi.
Selain itu, pelbagai objek termasuk serpihan dan rangka pesawat dilihat di lokasi mencari dan menyelamat, turut dibawa ke pusat gerakan.
"Kami melihat seorang lelaki dilambung ombak seperti melambai-lambai. Namun, selepas meneliti, saya sedar ia adalah mayat manusia," kata seorang leftenan Tentera Udara Indonesia kepada media tempatan.
Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS), Supriyadi, berkata mayat yang ditemui dibawa ke sebuah kapal Tentera Laut Indonesia.
"Kebanyakan mayat sudah bengkak tetapi masih dalam keadaan baik dan tidak ada jaket keselamatan pada mereka," katanya yang dipetik agensi berita AP.

Suasana pilu menyelubungi Ahli keluarga ketika mereka menonton
secara langsung operasi menyelamat oleh pasukan BASARNAS
 yang menjumpai objek dari pesawat dan mayat Mangsa tragedi
Airasia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis tragedi pesawat QZ8501
di Lapangan Terbang Juanda . - Foto Osman Adnan

Berita Harian Online
Rabu 31 Disember,2014.

Monday, December 29, 2014

Turbulence can cause airplane to disintegrate, say experts

30 December 2014 @ 8:14 AM
KUALA LUMPUR: The missing Indonesia AirAsia Flight QZ8501 may have inadvertently encountered clear-air turbulence (CAT) because of the severe weather in East Belintung, experts say.
Based on a Transport Ministry statement, the aircraft lost contact with Jakarta air traffic control at 7.18am, moments after the pilot had requested to climb to 38,000 feet.
Dynamic meteorologist Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah of Universiti Malaya said because of the difficulty in detecting CAT, flight QZ8501 could have encountered severe turbulence as it moved away from the clouds as aircraft encounters with CAT often occured along the borders of jet streams, hitting currents of air thousands of miles long at more than 100kph.
Universiti Kuala Lumpur research and innovation head Associate Professor Captain Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian said aircraft could suffer structural mid-air breakup upon experiencing severe CAT as continuous extreme vibrations could result in metal fatigue.
“In laboratory tests with similar weather conditions, there were cases of structural disintegration,” he said, adding there were a number necessary operating procedures for pilots experiencing CAT. This includes an immediate communication of position, altitude and velocity of the turbulence to air traffic controllers to warn other aircraft.
Based on a How Stuff Works report, CAT accounts for most turbulence-related injuries as pilots have no time to warn passengers and flight attendants to strap in. Nearly seven of 10 turbulence incidents were a result of encounters of the clear-air variety.

New Straits Times Online
Tuesday 30 December,2014.
Kampung macam kena tsunami!

  • Keadaan Kampung Manek Urai, Kuala Krai yang kembali pulih setelah dilanda banjir besar baru-baru ini, 
  •  Keadaan Kampung Manek Urai, Kuala Krai yang kembali pulih setelah dilanda banjir besar baru-baru ini,
SETELAH mengetahui keadaan Kuala Krai kembali pulih, saya bersama wartawan Rosalwani Che Soh dan jurufoto Khirul Shaleh merancang untuk sedaya upaya untuk memasuki kawasan yang paling teruk dilanda banjir di Kelantan iaitu Manek Urai Lama.

Lokasi inilah dikatakan pasukan bantuan tidak dapat disalurkan sama ada melalui darat mahupun udara ketika kemuncak banjir yang melanda daerah ini Rabu lalu.

Setelah mengharungi jalan dari Kota Bharu, kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai di sini, akibat laluan yang masih digenangi air kami terpaksa terpaksa meredah banjir sehingga 500 meter sebelum tiba di bandar Kuala Krai.

Di kawasan bandar, kesan-kesan kemusnahan akibat banjir mula kelihatan, beberapa anggota polis kelihatan mengawal beberapa pasaraya  yang dikatakan diceroboh oleh orang ramai kerana kelaparan.

Satu-satunya stesen minyak di Kuala Krai yang masih beroperasi dikerumuni orang ramai sepanjang satu kilometer meter.

Rasanya di Malaysia, saya tidak pernah melihat sebegitu ramai orang yang ingin mendapatkan sesuatu barangan.

Untuk bergerak ke Manek Urai Lama, lebih kurang lima kilometer dari bandar Kuala Krai, kami mendapat bantuan seorang pemimpin tempatan untuk ke lokasi.

Hentian pertama kami adalah di Guchil 4, kami saksikan rumah di atas rumah. Bayangkan begitu kuat arus deras air sehingga boleh mengubah kedudukan sebuah rumah.

Lebih mengharukan rumah milik Rahim Ismail, 58, berada di atas rumah anaknya sendiri.

Tiba di Manek Urai Lama jam 12 tengah hari, beberapa anggota tentera membenarkan kami agar memasuki kawasan tragedi tetapi dengan berjalan kaki kerana suasana masih kelam kabut  selain kesan runtuhan rumah yang masih belum dibersihkan.

Ia sekaligus menutup cakap-cakap yang di viral media sosial mengatakan tentera tidak membenarkan kawasan ini dimasuki ini dengan alasan mahu menyembunyikan sesuatu.

Sejurus melepasi jambatan Manek Urai, saya tergamam seketika menyaksikan kemusnahan yang amat dahsyat sekali.

Bagaikan tsunami!, kawasan yang pernah saya lawati ketika PRK Manek Urai pada 2009 alu bagaikan padang jarak pandang tekukur.

Ada sebahagian kediaman hancur berkecai hanya meninggalkan tiang untuk kenangan pemiliknya.

Dicelah runtuhan itu, terdapat pemilik-pemilik rumah yang termenung kebingungan melihat kediaman lesap sekelip mata. Air mata ada di mana-mana.

Tiada lagi rumah yang sempurna, kesan runtuhan di mana-mana, menceritakan kisah kejadian di sana.

Sinar Harian Online
30 Disember,2014.
 

Sunday, December 28, 2014

Flood Situation In Kelantan Worsens, More Victims Evacuated


KUALA LUMPUR, Dec 29 (Bernama) -- The flood situation in Kelantan has worsened with the number of evacuees rising to 151,072 this morning from 134,139 last night.

State Social Welfare Department director, Nik Omar Nik Abdul Rahman said the flood victims from 36,128 families were housed at 309 relief centres in eight districts.

Kota Baharu district still has the highest number of flood evacuees at 44,061, followed by Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) and Pasir Puteh (192).

In PAHANG, the number of flood evacuees this morning has risen to 33,225 from 31,095 yesterday.

A spokeman for the flood operations room of the Pahang police contingent headquarters said that up to 9am today, Temerloh district recorded the highest number of flood evacuees in the state with 12,012 housed at 71 relief centres.

Six other affected districts are Kuantan (with 3,046 evacuees at 17 relief centres), Pekan (4,873/17), Maran (3,479/33), Jerantut (6,025/59), Bera (1,491/14) and Lipis (2,299/31).

The spokesman said the East-Coast Expressway in both directions and the old road were still closed to traffic.

Road users heading to Kuantan from Kuala Lumpur are advised to use the alternative route through Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan and vice versa.

In PERAK, the number of evacuees has also risen to 7,813 this morning from 7,539 last night.

A spokesman for the Perak National Security Council (MKN) said the victims were housed at 54 flood relief centres - Kuala Kangsar (22), Central Perak (20), Hulu Perak (11) and Kerian (one). -- MORE FLOOD-ROUNDUP (MORNING) 3 KUALA LUMPUR In Central Perak, there were now 4,220 evacuees, Kuala Kangsar and Sungai Siput (2,565), Hulu Perak (738) and Kerian (290). In TERENGGANU, the number of evacuess has dropped to 33,260 this morning from 36,210 last night.

Kemaman is left with 22,214 evacuees after almost 3,000 were allowed to return home after the flood waters subsided. Dungun district still has 10,138 evacuees, Kuala Terengganu 759 and Hulu Terengganu 149.

The number of flood relief centres operating has also dropped from 88 last night to 79 this morning - Dungun (34), Hulu Terengganu (four), Kemaman 35 and Kuala Terengganu (six).

-- BERNAMA
Banjir: Kelantan Masih Lumpuh; Perlis, Selangor Pulih

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Kelantan masih lagi buruk dengan 111,376 mangsa manakala di Perlis dan Selangor, keadaan kembali pulih setakat tengah hari ini.

Di KELANTAN, jajahan Kuala Krai masih menunjukkan angka mangsa banjir yang tinggi iaitu 23,169 orang walaupun air dilaporkan semakin surut.

Menurut maklumat daripada bilik operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, keadaan itu kerana kebanyakan mangsa masih tidak dapat pulang ke rumah akibat tiada bekalan makanan.

Angka terkini mangsa banjir di beberapa kawasan lain di negeri itu bagaimanapun tidak dapat disahkan setakat ini berikutan masalah komunikasi.

Tinjauan Bernama di Kota Baharu mendapati cuaca masih lagi mendung dengan Sungai Pengkalan Chepa menunjukkan peningkatan paras air.

Di PERLIS dan SELANGOR, keadaan banjir dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kesemua pusat penempatan banjir juga telah ditutup.

Berbeza di TERENGGANU, daerah Dungun menunjukkan peningkatan ketara jumlah mangsa banjir dengan 10,938 orang dipindahkan tengah hari ini berbanding 8,683 orang pada sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di tiga lagi daerah lain tidak berubah iaitu 24,235 orang di Kemaman, Hulu Terengganu (205) dan Kuala Terengganu (780).

Secara keseluruhannya jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 36,158 orang berbanding 33,990 pada sebelah pagi.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di empat kawasan terjejas banjir iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat tengah hari ini meningkat sedikit kepada 7,587 orang berbanding 7,513 pagi tadi, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri.

Portal rasmi Jabatan Kerja Raya Perak memaklumkan, beberapa laluan di Perak Tengah ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jambatan Teluk Sena, Jalan Teluk Sena-Ulu Dedap dan Jalan Teluk Sena-Selat Pulau.

Di JOHOR, jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir menurun kepada 447 orang berbanding 475 orang sebelah pagi.

Balai Raya Kampung Batu Badak di Mukim Gemereh di Segamat menjadi pusat pemindahan terbaru yang dibuka pada pukul 10 pagi ini dan menempatkan 27 mangsa daripada enam keluarga.

Bagaimanapun statistik terkini mangsa banjir di PAHANG tidak dapat disahkan setakat tengah hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut meninjau keadaan banjir di Lipis, Temerloh dan Jerantut.

-- BERNAMA

Heavy Snowing In Sheffield

It is very hard experience to me and my wife when we were caught with heavy snowing in Sheffield yesterday 27 December,2014. The snow growing at night when we were visiting our grandchild at The Jessop Wing Hospital.There are no taxis and buses operations today except tram within Sheffield city.It is very difficult for us to get the public transport as usual during snowing.We have no alternative to go back home unless by walk. This is really challenging experience to us.

















Jossep Wing Hospital covered by snow




We both walking home from Hospital to get our belonging at Upper Allen Street. We had no choice because we are in hurry to go to the Manchester Airport for flight back to Kuala Lumpur. Earlier my daughter  had already booking shuttle to pick up us but unfortunately the driver won't take any risk because of the bad situation.It is too risky for us.Finally My daughter Siti Aisyah and her husband decided to buy on line train ticket to Manchester Airport. Alhamdulillah all Praises indeed only to Allah the Almighty that given us a chance to get a train although we have to struggle hard carrying baggage in the thick snowing for kilo meters to the train station.This is really challenging experience in my life.













Alhamdulilllah.At 9.10 we leave Sheffield by train to the Manchester Airport and arrived at Terminal 1 at 10.20 am. My son in law helping us quickly check in baggage at the  counter for flight Emirates to  Dubai which is suppose to take off at 1.20pm. Millions thanks to Allah  safe the journey. After transit for a  few hours in Dubai we continue our journey to KL and arrived safely at KLIA Airport at 3.20pm.


















Snowing along the way to Manchester Airport.

















Sheffield  in  early  morning covered 
by snowing,Saturday 27 December,2014.   

     


















csyahya victory
Kuala Lumpur.
Monday 29 December,2014.

Thursday, December 25, 2014

Allah Selamatkan Negeri Ku

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan yang memerintah alam.Selawat beserta salam kepada Baginda Nabi Saw yang membawa rahmat kepada kehidupan. Tuhan tempat bernaung segala makhluk di bumi dan di langit sangat mengetahui setiap peristiwa berlaku. Ketika ini seluruh negara di rundung malang dengan musibah banjir yang sungguh mencemaskan.Dahsyatnya bencana yang menimpa sehingga bandar dan daerah menjadi seperti pulau pulau yang terpisah ditengah lautan. Demikian hebatnya musibah alam.Subhanallah.


Beberapa negeri terutama Kelantan,Trengganu Pahang, Perak dan Perlis sedang menghadapi bencana alam. Banjir yang luar biasa menghanyutkan harta benda dan menenggelamkan seluruh bandar dan kota menyebabkan bekalan elektrik terputus. Gambar gambar yang dihantar melalui internet oleh rakan rakan sungguh mencemaskan.Keadaan seperti ini menerjah ingatan saya dalam tahun 1967 dimana seluruh bandar dan daerah negeri ku seperti lautan. Makanan terputus dan terpaksa berlapar sepanjang hari,jika pun ada hanyalah sepinggan nasi hancur beras merah berlaukkan garam. Allahu Akbar.Dapat di duga kanak-kanak dan bayi  menjadi mangsa pertama kebuluran jika bekalan makanan terputus dan tidak mustahil menemui ajal jika  bantuan lambat tiba.

Kota Baru hampir lumpuh. Hospital di masuki air terpaksa pesakit dipindahkan dengan heli ketempat selamat.Hospital Kuala Krai bergelap terputus hubungan dengan dunia luar.Dilaporkan heli tak boleh mendarat kerana tidak ada kawasan kering.Lebih menyedihkan bila Dokter terpaksa menggunakan berbagai kaedah untuk menyelamatkan bayi dan pesakit.


Pengangkutan tidak berfungsi  kerana jalan terputus.Bagaimana nasib keluarga hanya Allah sahaja tempat berdoa moga keadaan pulih segera. Walau pun berada ribuan batu saya tetap mengikuti perkembangan terkini di tanah air.Semalam masih boleh berhubung dengan keluarga hari ini langsung terputus hubungan. Semoga Allah menyelamatkan semuanya.

Saya membaca beberapa portal melalui online untuk mengetahui perkembangan di tanah air. Laporan kebanyakan akhbar sungguh membimbangkan situasi yang dihadapi sekarang. Kita terus berdoa semoga Allah menyelamatkan mangsa mangsa banjir dari terus tersiksa. Pastinya bekalan makanan terputus kerana premis perniagaan dinaiki air.

Keadaan bandar Kota Baru dan tambatan Di Raja juga membimbangkan.Gedung gedung perniagaan di tenggelami air.Tesco KB juga menerima malang. Stesyen minyak pun menerima nasib yang sama.Terkini setakat jam 5.15 petang waktu UK bersamaan jam 1.15 pagi Malaysia, saya menerima berita yang mengejutkan, Kuala Lumpur pula di naiki air sekitar hotel dinasti dan lrt titiwangsa. Mudah mudahan di Kuala Lumpur hanya banjir kilat seperti selalunya berlaku bila hujan.Ya Allah hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan. Bantu lah kami.



















csyahya victory
Upper Allen Street
Sheffield UK
S3 7 GN
Khamis  25 December 2014.


Tuesday, December 23, 2014

How Your Smartphone Work

The world is rapidly change broadly because of technology development in all aspects of life. Today the society around the world used smartphone rather than laptop or computer to communicate with their friends and relatives beyond the territories and across the boarder.The smartphone users increasing in every second because of high purchasing power among people compare to computers and other devices. Why people choose smartphone because it is easier and practical to the users.

Smartphone was design accurately with advance technology to help people reduce the work and partly solving their problem.Make use of technology to enhance our knowledge and explore the important information around the globe. Stay away from abusing technology to discover any illicit materials and never ever making the wrong doing to lying people.

Smartphone is very sophisticated devices and advance technology  to the users. We can easily assessing news and discovering knowledge at any time via internet.Smartphone was programmed smartly in helping us to know our direction of prayer, finding the actual time for Solah, searching the mosque and all kind of information we need it.This is a tool that really benefits to all users across the globe.

We can use our smartphone to buy all kind of materials at any where through online.Smartphone is not a luxuries but really necessity to all people in this era.The 21st century is challenging to the civilization where people have to struggle and work hard to survive life.The world is moving and technology is developing too fast .

People who are afraid to move forward will leave behind in all aspect of life. We must associate ourselves  to the process of transformation in all sectors otherwise we are loosing everything. Smartphone is like a power house where all information can be storage safely in dashboard.I am using my smartphone to up date my writing for my victory web site at Castle Square near Primark while waiting for tram. It is  more easier than using computer or laptop at home.

There are lots of news can be assessing through smartphone. Currently the flood worsened in Malaysia where several states such as Perak, Pahang Trengganu and Kelantan was recorded worse and thousand people were  evacuated. According to news which is  spreading widely in social media the flood situation still not much improved and Kelantan was totally fatal. Oh Allah The Most Merciful The Most Gracious safe our country from disaster. Aameen.



Source: Internet.
Csyahya victory
Upper Allen Street
Sheffield UK
Wednesday 24 December 2014.


Sunday, December 21, 2014

Ikhlas Tunjang Perpaduan

Ikhlas mudah di sebut tetapi sukar dipraktikan.Ramai orang mudah menyebut 'saya ikhlas ni'. Itu yang selalu kita dengar dari kebanyakan orang. Sebenarnya nilai ikhlas terhunjam kukuh dalam hati yang sukar di ketahui oleh manusia kecuali bagi mereka yang benar benar memahami firasat diri.Ikhlas menjadi ukuran orang bertaqwa kepada Tuhan kerana hati yang sentiasa taqarrub kepadaNya menjadi cermin kepribadian diri dalam setiap perbuatan,tingkahlaku dan kepimpinan organisasi.

Dalam apa pun bentuk organisasi samada pertubuhan sosial kebajikan, badan bukan kerajaan, peranan pemimpin menjadi tunjang kekuatan kemajuannya. Ketua yang ikhlas memimpin dan membangun organisasi menjadi indikator penyatuan anggota.Kita tidak perlu bersusah memecah minda untuk menyatupadukan anggota dalam organisasi atau masyarakat dengan berbagai teori dan formula jika Ikhlas sangat langka dalam diri seseorang ketua atau pemimpin.

Orang yang benar benar ikhlas meletakkan seluruh jiwa raganya kepada tugas dan tanggungjawab memikul amanah dengan penuh jujur dan berprinsip.Seandainya Nabi Saw mempunyai kepentingan pribadi menyiarkan  risalah Tuhan pastinya Islam tidak tersebar ke pelosok bumi seperti hari ini.

Sepanjang saya berada di Sheffield  menemani anak  bersalin di Jessop Wing Hospital, saya sungguh teruja melihat doktor dan midwives bertugas dengan senyum ikhlas meladeni pesakit. Nampak sekali keikhlasan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan mesra pesakit.Itu penilaian yang dapat saya ukur secara luaran walau pun tanpa rubrik tertulis.

Perpaduan dan penyatuan organisasi hanya dapat di capai jika ketuanya ikhlas dan jujur kepada pengikutnya dan orang bawahannya.Masalah yang berlaku dalam kepimpinan hari ini merupakan faktor dominan bobroknya organisasi.  Perpaduan secara hakiki tidak akan wujud selagi pemimpin sukar menerima teguran orang bawahannya untuk kebaikan. Dengan kata lain perselisihan dan perpecahan terjadi kerana pemimpin bukannya pengikut.Terjadinya berpuak puak kerana pemimpin gagal menyatukan organisasi atau pertubuhan dengan baik.Apabila tiada ikhlas timbul berbagai prasangka buruk dalam kalangan anggota sehingga menjejaskan keharmonian organisasi.

Bagaimana sekolah sebagai organisasi awam boleh berfungsi dengan baik seandainya Pengetua atau Guru Besar hanya ingin menang sendiri? Struktur organisasi dan fungsi sekolah pastinya lesu dan lebur jika perpaduan tidak wujud. Peranan Pengetua menjadi pencetus idea untuk kemercuan sekolah dan merungkaikan setiap isu  yang berlaku dengan penuh bijaksana  dan  beradab bukannya mengusutkan keadaan. Kepimpinan yang bertunjangkan Ikhlas lazimnya kurang bercakap tetapi banyak berbuat untuk kemajuan organisasi.

Csyahya victory
Upper Allen Street
Sheffield.
Isnin 22 Disember 214.

Tuesday, December 16, 2014

Manchester United

On Monday 15 December we went to Manchester for a day. Driving from Sheffield via the snake pass  was really challenging to us. Oh Allah the Creator of the Universe. All praises indeed to Allah The Most Merciful The Most Gracious.We are really captivated with  beautiful scenery along the way to Manchester. We spent a whole day in the city  and visiting Manchester United for several hours. The day before Manchester won 3-0 to Liverpool.

After taking some pictures and buying some gifts we moved toward to the city and have a dinner at Al Jazeera restaurant which is the famous place for 'Nasi Arab' and roasted chicken. The soft yellow rice with roasted chicken truly delicious.My daughter Siti Aisyah really enjoy the food. She is in heavily pregnant.This restaurant situated at Thurloe street .There are lots of Halal food along this area. That means there are  many Muslim community around here. Later we went to the Pakistani Mosque at Eilen Grove Street for prayer. Manchester is a big city and established around the world because of football fan club.We arrived at home at 9.30 pm.

Today Alhamdulillah we have been given a chance to meet our new grandchild (girl ) who was born earlier than her due date  at The Jessop Wing of the Royal Hallamshire Hospital Sheffield at about 11.51 am. Thanks to Allah. I would like to extend my great gratitude and my deepest appreciations to all midwives and Doctor Yusoff who are really very kind ,caring, approachable and friendly to us especially to my daughter Siti Aisyah Che Yahya and her new born baby girl. Thank you.

csyahya victory
Upper Allen Street
Sheffield.
Wed 17 December 2014.



....

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...