Thursday, January 3, 2013

PIBG SMKSB@STAR BANTU SEKOLAH

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada barisan Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Sinar Bintang @STAR kerana prihatin dengan pembangunan sekolah untuk keselamatan pelajar dan seluruh warganya. PIBG telah bersetuju memperuntukan dana memasang wayar penebat bumi yang telah hilang dicuri sejak sekian lama sehingga mengganggu sistem elektronik  dan peralatan komputer yang menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah bila berlaku ribut petir dan hujan lebat. En.Simon Kor YDP PIBG bersetuju menangani masalah tersebut secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.Sebelum ini PIBG telah menyumbangkan 16 buah CCTV yang hanya sempat beroperasi selama dua hari tetapi  tergendala akibat petir.


Permohonan sekolah kepada PIBG

Oleh kerana menunggu kelulusan dari pihak berautoriti mengambil masa terlalu lama, pihak sekolah tiada pilihan kecuali memohon sumbangan dari PIBG bagi mengatasi masalah yang kerap berlaku.Surat permohonan rasmi dipanjangkan kepada YDP PIBG En.Simon untuk pertimbangan beliau.Dalam masa yang sama pihak sekolah telah memulakan kerja-kerja mengecat bangunan yang lusuh penuh dengan 'panau' dan 'kurap' yang sungguh merimaskan pemandangan.Melalui inisiatif PK Petang En.Cheli Tamil Selvam sekolah menerima 12 tin cat yang disumbangkan oleh Nippon. Mudah-mudahan warna sekolah kelihatan bersinar  sesuai dengan namanya Sinar Bintang.Bagi pihak sekolah sekali lagi saya merakam ucapan terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang yang sudi beramal untuk pembangunan infrastruktur sekolah.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 3 Januari,2013

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...