Wednesday, January 23, 2013

Jika lupa perbanyakan Selawat



Kekuatan Selawat keatas Nabi SAW sangat besar fadhilatnya  kepada kehidupan umat Islam dalam setiap keadaan.Selawat keatas Nabi SAW adalah wajib sewaktu mengerjakan solat. Orang yang banyak Selawat dijamin Allah dengan seribu kebaikan dan dijauhkan dari segala bala bencana. Mentarbiyah diri melazimi Selawat kepada Rasul SAW menjadi amalan mulia dan terpuji bagi setiap umat beriman.Allah SWT dan para Malaikat sentiasa berselawat kepada Nabi SAW. Jika kita terlupa menghafal sesuatu surah perbanyakan selawat, InsyaAllah kita dapat mengingat kembali.

Nabi SAW mendengar salam umatnya














Kubah Hijau.
Di bawah kubah hijau inilah bersemadinya jasad yang mulia
Nabi SAW bersama Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khatab.

Walau pun Nabi SAW telah kembali menghadap  Illahi Rabbul Izzati  sejak  ribuan tahun lalu namun jasadnya yang mulia tetap bersemadi utuh seolah-olah sedang tidur dan mendengar setiap salam yang diucapkan umatnya.Seandainya di dunia ini boleh kekal buat manusia,  nescaya Rasulullah SAW tidak akan wafat buat selama-lamanya.Justeru tidak hairan bila dikhabarkan bahawa Rasulullah telah wafat, Umar menjadi berang, namun setelah Abu Bakar As Siddiq membaca sepotong ayat 'Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad,sebenarnya Muhammad SAW telah wafat tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Dia kekal selama-lamanya'.Umar kembali tenang dan dapat menerima hakikat bahawa sesungguhnya Nabi SAW sudah tiada.Aduhai Bagaimana Wajah Mu Wahai Nabi SAW. Apakah aku dapat menatap wajah mu yang bak bulan purnama disana nanti. Ya Allah hanya Engkau sahaja Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Isi Hati dan keikhlasan diri hambaMu.




Sumber you tube 

Assalamualaika Ya Rasulullah

Assalamualaika Ya Rasullullah. Assalamualaika Ya Nabiyullah.Assalamualaika Ayuhannabiyi Warahmatullahi Wabarakatuh.Itulah permulaan ucapan yang kita lafazkan sebaik melangkah menuju Makam Nabi SAW dengan  penuh rasa syahdu bergenangan air mata, kemudian menyampaikan ucapan salam pula kepada Abu Bakar As Siddiq teman seperjuangan Baginda yang menemani dalam masa senang dan susah ,sebelum mengucapkan salam kepada Khalifah Umar Al Khatab yang sangat berjasa kepada Agama Allah. Di bawah kubah hijau Masjidun Nabi sekujur tubuh Rasulullah SAW dimakamkan bersama Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khatab menjadi saksi kebenaran sebuah perjuangan sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Jazirah Arab dan seluruh pelosok bumi.Sesungguhnya Engkau diutus Tuhan menjadi rahmat keseluruh Alam .Wamaa Ar Salna Ka illa Rahmatan Lil 'Alamin.


Ketegasan Nabi SAW 

Dalam menjunjung perintah Allah Nabi SAW sangat tegas dan tiada  kompromi hatta dengan bapa saudaranya sendiri. Dengan lembut tetapi tegas Baginda berkata kepada  kepada Bapa Saudaranya Abi Talib " Seandainya mereka meletakan matahari ditangan kananku,bulan ditangan kiri supaya aku berhenti daripada menyampaikan risalah ini atau aku mati kerananya nescaya aku tidak akan sekali kali  berhenti daripada menyampaikan kalimah Allah tertegaknya di atas muka bumi ". Sebaik mengucapkan kata kata tersebut Baginda menghadapkan wajahnya kepada Abu Talib dengan juraian air mata yang membasahi pipi dan janggutnya. Itulah Nabi Saw yang sangat mencintai  Agama Allah sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya semata-mata mempertahankan RISALAH  Tuhan  yang suci.Berbahagialah bagi mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dapat menatap wajah Baginda dan beruntunglah manusia yang sentiasa menggenggam erat sunnah Nabi SAW dalam setiap amalannya .Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ilmu ini menjadi penyubur iman kepada kita  yang telah terpisah terlalu jauh dengan Baginda SAW.

Al Fakir Wal Miskin
Che'Yahya  Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.






No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...