Saturday, January 5, 2013

Jabal-jabal Mekah penuh sejarah

Allah SWT mencipta bumi Mekah sebagai tempat perhimpunan seluruh umat Islam sejak berabad. Kedatangan rombongan manusia dari seluruh pelosok dunia menandakan keberkatan yang ada di bumi pilihan Tuhan ini.Bukti nyata ialah bagi siapa  yang pernah menjejak kaki ke Tanah Haram ini tetap teringin  untuk mengunjunginya biar pun sudah berkali-kali mengerjakan Haji dan Umrah. Tidak seperti negara-negara lain, cukup sekadar sekali saja sudah memadai. Itu keistimewaan yang ada pada Tanah Anbia Mekah , Madinah dan Baitul Maqdis Palestine .Tiga tempat di atas muka bumi yang apabila diziarahi mendapat ganjaran pahala disisi  Tuhan .Bumi bersejarah penuh dengan kisah para Nabi yang membawa risalah Tuhan untuk kebaikan umat manusia sejagat.

Bumi kelahiran Rasullullah SAW

Mekah Al Mukarramah bumi kelahiran Nabi SAW. Baginda membesar , berkeluarga di sini bersama isteri tercinta Siti Khadijah binti Khuwailid dan putera puteri menjalani kehidupan selama beberapa ketika sebelum berhijrah ke Madinah. Sejarah Mekah yang panjang menjadi saksi perjuangan Nabi SAW mengajak manusia mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah bukanya memuja patung-patung berhala yang berada di sekitar Kaabah sebagai idola kaum musyrikin Mekah.Banyak peristiwa berlaku sepanjang perjalanan dakwah Nabi mengajak manusia menyembah Tuhan Yang Maha Esa . Bukit-bukit (jabal) sekitar Mekah menjadi tempat persembunyian Nabi SAW dari kaum kafir pada peringkat permulaan turunnya wahyu. Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Qubis merupakan tempat tempat bersejarah yang pernah dijejaki Nabi SAW beruzlah semasa mengembangkan misi dakwah namun penduduk Mekah menolak kebenaran yang dibawa Baginda sehingga terpaksa meninggalkan Bumi Mekah berhijrah ke Yathrib.
 














Jabal Thur. Sumber video you tube


Jabal Bersejarah

Jabal Thur menjadi saksi perjalanan sirah  Baginda  Nabi SAW membawa misi Tuhan mengembangkan syiar Islam. Kisah yang kita baca dalam sejarah cukup menyayat hati berlaku di Jabal ini semasa Baginda bersama  Abu Bakar As Siddiq  dalam perjalanan ke Yathrib yang jauhnya ratusan batu dari kota Mekah.Kaum kafir menjejak Nabi Saw bersama Abu Bakar As Sidiq hingga ke muka Gua Thur menyebabkan Abu Bakar sangat bimbang keselamatan Baginda. Nabi Saw dengan penuh yakin menyebut La Takhaf Wala Tahzan Innallah Hama Ana.Allah menyelamatkan hamba hambanya yang soleh dari kepungan kuffar Mekah dengan memberikan ilham kepada labah-labah dan burung Merpati membuat sarang di pintu masuk Gua Thur bagi mengaburkan pandangan puak jahiliah.Mengapa Nabi di musuhi begitu sekali sehingga menghadapi ancaman bunuh dari kaumnya sendiri ? Jawabannya kerana Nabi Saw membawa Islam. Menyampaikan Agama yang benar sebagai doktrin kehidupan menimbulkan kebencian dalam kalangan kaum kuffar kerana  bertentangan dengan amalan dan budaya hidup mereka yang menunjang sejak sekian lama.

Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 6 Januari,2013
23 Safar 1434H

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...