Sunday, January 27, 2013

Latihan Mengajar di SMK Sultan Yahya Petra 2

Hujung minggu sempena cuti Maulid Nabi SAW saya bersama isteri dan dua orang anak mudik (istilah orang Jakarta) ke Kelantan kerana Kak Ngah Siti Aliyah Che'Yahya menjalani praktikal selama 4 bulan di SMK Sultan Yahya Petra 2 . Kak Ngah mengikuti kursus  Diploma Lepasan Ijazah(DPLI) di Unisza Kuala Terengganu selama 1 tahun 6 bulan. Mulai 3 Februari KakNgah secara rasmi mengikuti latihan di sekolah tersebut.Kami beriringan dengan dua buah kereta . Alhamdulillah tiba di rumah ayah Mengkebang jam 700 petang.Mungkin ingin mengikut jejak kami Kak Ngah memilih profesyen perguruan. Sejak memperolehi Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Wellington Institute Of Technology (WELTC) New Zealand 2007 dan Sarjana IT (Masters) di RMIT Melbourne 2009, Kak Ngah bekerja dengan Standard Chartered selama beberapa ketika, kemudian Jurutera IT dengan Western Digital dan terakhir menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama hampir 2 tahun.Dia minat menjadi guru.

Ke Kota Baru

Pada hari Sabtu 26 Januari,2013 kami ke Kota Baru membeli sedikit barang keperluan untuk Kak Ngah. Kenderaan terlalu banyak menyebabkan kesesakan teruk. Saya mengambil jalan pintas ke Wakaf Che'Yeh untuk balik ke Kuala Krai melalui simpang Kubang Kerian namun terperangkap dalam jam yang menyeksakan. Kenderaan luar terlalu banyak memenuhi bandar KB seolah-olah seperti menyambut Hari Raya. Kenderaan terpaksa bergerak seperti semut kerana ' traffic light ' tidak  berfungsi seragam. Sesetengahnya terlalu lama menunggu baru bergerak.

 Singgah Kok Lanas

Setelah banyak beristighfar akhirnya kami bergerak meninggalkan KB menuju Kok Lanas ke rumah sepupu yang sudah lama tak berjumpa. Abang Hamzah (Pak Su) panggilan penduduk setempat merupakan seorang usahawan yang berjaya membangun legasi keluarga dalam bidang hartanah dan asrama untuk pelajar-pelajar Politeknik Kota Baru. Beliau juga menyediakan gelanggang FUTSAL Hidayah yang mendapat sambutan menggalakan.Abang Hamzah pandai merebut peluang walau pun tidak mempunyai pendidikan tinggi. Sejarah hidupnya yang penuh liku kesusahan seperti diri ku menyebabkan beliau tabah dan gigih sehingga  menjadi seorang yang berjaya seperti hari ini.Abang Hamzah sangat rapat dengan ku sejak kecil.Tahniah dan syabas .Semoga Allah SWT memberkati abang sekeluarga.













Abang Hj.Hamzah Zakaria (tengah berjubah) 
usahawan berjaya bergambar digelanggang FUTSALnya.
Gambar: Futsal Hidayah


SMK Sultan Yahya Petra 2

Ahad 27 Januari kami ke SMK Sultan Yahya Petra 2  yang terletak di belakang Zoo Kuala Krai (KK) untuk berjumpa pihak sekolah. Pengetua kebetulan bermesyuarat di luar, kami di terima oleh Penolong Kanan Tadbir dan Akademik  Hj. Azmi yang sangat baik dan peramah orangnya. Setelah memperkenalkan diri dan hajat ,  kami dilayani dengan baik dan mesra.Orangnya kacak dan kelihatan ceria tak sangka beliau akan menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun nanti (genap 58).  Saya memaklumkan kepadanya Kak Ngah diminta oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UNisza) menjalani praktikum dalam ICT selama empat bulan di Sekolah ini. Beliau menerima dengan baik dan memperkenalkan kami dengan En Alwi Guru Penyelaras ICT yang akan membimbing Kak Ngah sepanjang menjalani latihan. Sekolah ini sangat kondusif, tenang dan kelihatan pelajar-pelajarnya sungguh berhemah dan rajin.Saya rasa seperti memasuki perkarangan KISAS kerana tidak mendengar suara pelajar yang hingar bingar. Mengikut Penolong Kanan, Sekolah ini mempunyai seramai 64 orang calon PMR yang mendapat cemerlang A baru-baru. Sungguh cemerlang pencapaian pelajar mereka yang perlu kita jadikan penanda aras dan ikon bagi sekolah-sekolah lain.
















Tuan Haji Azmi Ibrahim 
PK Tadbir&Akademik SMKSYP2
Sumber:SMK Pahikk Blogspot.













Bergambar kenangan bersama Tuan Hj.Azmi PK 1
SMKSYP2.





Saya berdoa semoga Tuan Haji Azmi sentiasa mendapat keberkatan  dan perlindungan Allah SWT dalam menjalani kehidupan ini . My first impression when I met him I don't think he will retire so soon (in June ) .He look cheerful, energetic and knowledgeable person. Terima kasih Che'gu kerana menerima anak saya menjalani amali bawah seliaan tuan. Salam kami  kepada Pengetua dan seluruh warga SMKSYP2 .Terima Kasih.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur. 
Isnin,28 Januari,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...