Sunday, January 13, 2013

Mengenali Dr.Jamil Adimin

Saya mengenali Dr. Jamil Adimin sejak tahun 2001 semasa beliau berkhidmat di Lembaga Peperiksaan. Saya bertugas sebagai KPP Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur (JPWP) dari tahun 2001-2009  yang bertanggungjawab secara langsung  mengurus dan mengendali peperiksaan awam dan luar negara. Dr. Jamil seorang pegawai kanan Lembaga Peperiksaan(LP) yang berpengalaman luas dalam pengurusan peperiksaan dan pentaksiran. Beliau mempunyai kekuatan intektual sebagai spesialis peperiksaan turut bertanggungjawab membawa perubahan besar dalam pembangunan pendidikan terutama sebagai perintis memasyarakatkan pentaksiran negara.












Gambar : Blog Dr Jamil Adimin


Otago Universiti

Sepanjang perkhidmatan  di Unit Penilaian Peperiksaan saya sempat menyertai beliau mengetuai rombongan ke Universiti Otago Dunedin,New Zealand , Tasmania dan Melbourne Australia bersama Mohd Zamri Ab. Aziz dari UPP Kelantan dan Abu bin Hassan UPP Pinang menjalankan tugas rasmi yang ditetapkan LP bagi meninjau perkembangan pentaksiran di negara tersebut. Kami bertemu Prof Dr Terry Cook membincangkan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang mereka dilaksanakan.


 

 Gambar bersama Dr.Terry Cook ,November 2006.

Mendahului masa

Selama 10 hari bersama beliau menjalankan tugas rasmi kami  mempunyai koleksi pengalaman yang sangat indah dan sukar dilupakan. Jadual kerja padat, cuaca sejuk, kurang tidur, makan tidak teratur dan  terpaksa bergegas mengejar penerbangan menyebabkan saya kewalahan, tetapi saya lihat beliau tenang dan selamba sahaja  menghadapi situasi begini. Dr.Jamil seorang pegawai yang berdedikasi dan  sangat bertanggungjawab.Beliau sangat mementingkan masa terutama memastikan temujanji dengan pihak Tasmanian Qualifications Authority (TQA)  yang memerlukan kami tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan.Satu insiden (pengalaman) yang masih tidak dapat saya lupakan ialah semasa kami akan berangkat ke Melbourne dari Hobart, saya terlambat bersiap menyebabkan teksi menunggu hampir 5 minit di Hotel penginapan. Saya lihat Dr.Jamil diam menahan sabar sementara Abu menasihatkan supaya tidak mengulangi lagi perkara tersebut kerana boleh menjejaskan imej kita.Saya akur dan mohon maaf.Dr.Jamil banyak menulis disamping  membentang kertas kerja mengenai pendidikan di dalam dan luar negara menyebabkan beliau sangat identik dan sinonim dengan Lembaga Peperiksaan walau pun kini telah menjawat Timbalan Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB).

Semoga segera sembuh 

Saya mendoakan semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan kepada beliau yang mengalami sakit tulang belakang agar segera sembuh untuk meneruskan misi pembangunan pentaksiran secara holistik bagi merealisasikan transformasi pendidikan seperti mana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memacu kerjaya sehingga menjawat jawatan Timbalan Pengarah IAB.Saya  membaca artikel dan tulisan beliau dalam Blog Dr. Jamil dan menggarap banyak input yang bermanfaat untuk perkongsian ilmu dan percambahan minda.




Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur
Ahad 13 Januari,2013.

Tulisan ini  berdasarkan memori saya bersama Dr.Jamil dan rakan-rakan sekerja semasa Assessment comparative study to New Zealand and Australia in November 2006.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...