Friday, January 4, 2013

Gotong Royong (GORO) Bersih Bilik Guru

Hari ini Sabtu 5 Januari,2013 guru-guru SMKSB@STAR di ketuai Pengerusi Kelab Guru Pn Zanariah bergotong royong (Goro) membersih,mengemas dan menghias Bilik Guru (BG) setelah sekian lama tidak terurus sehingga merencatkan pemandangan. Pengetua telah meminta guru-guru mengemas tempat duduk masing-masing bagi keselesaan bekerja.Pelawat,juru jual (JJ)  dan pelajar-pelajar  tidak dibenarkan masuk ke bilik guru. Mereka boleh berurusan dikaunter bilik guru yang telah kita sediakan. Kita tidak mahu masa instruksional guru terganggu dengan kehadiran JJ yang datang mempromosi barang jualan mereka.



 

 Terima kasih guru guru ku  jasa mu tetap dikenang

Persekitaran kerja

Tempat kerja yang menarik tersusun kemas menjadi penyuntik semangat kepada semua guru menjalankan tugas dengan produktif. Bekerja dalam suasana segar turut membangun minda secara efektif  untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar kerana salah satu elemen yang menyokong  mutu pengajaran ialah persekitaran kerja yang kondusif dan terurus dengan baik.Ketenangan ialah sumber inspirasi minda yang boleh membangkitkan aura guru melaksanakan tugas dan amanah dengan tuntas. Terima kasih kepada Pn Zanariah dan AJK bersama guru-guru melaksanakan tanggungjawab membersihkan BG dengan semangat kebersamaan (togetherness) untuk melihat wajah sekolah tetap bersinar luar dan dalam. Bertolong tolonglah kamu kearah kebaikan dan janganlah bertolong bantu membuat kerosakan .Modal sosial yang dipraktikan seperti ini menjadi ikon kepada para pelajar mencontohi sikap guru-guru mereka yang ringan tulang dan prihatin dengan sekolah .Amalan Goro seharusnya menjadi budaya guru-guru untuk memupuk perpaduan dan kesepaduan cita-cita membangun citra sekolah  menjadi sebuah institusi yang berwibawa dan disegani .

Terima kasih che'gu.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 5 Januari,2013

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...