Hari ini Khamis ,31 Januari,2013 jadual agak padat. Sebelah pagi menghadiri Taklimat PRU 13 P 114 Kepong yang disampaikan oleh Pegawai Pengurusnya(PP) Hj Sahak Surip yang juga Pengarah Bahagian Kejuruteraan DBKL dan Timbalan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan di Pejabat Kecil DBKL Jinjang. Penyelia Tempat Mengundi dan petugas sokongan hadir mendengar taklimat yang berkemungkinan terakhir sebelum Parlimen di bubarkan. Mengikut PP, bilangan pengundi Parlimen Kepong berdasarkan Daftar Pemilih seramai 60,000 orang.
SMKSB@STAR Pusat Mengundi
Semua sekolah yang telah diwartakan sebagai Pusat Pengundian perlu mematuhi peraturan dan prosedur PRU dengan menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap untuk tujuan pengundian, termasuk Barung, perkakasan komputer dan tanda arah yang betul terutama bagi pengundi warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Mulai PRU ke 13, SPR memperkenalkan jawatan baharu iaitu Penyelia Tempat Mengundi(PTM) yang dilantik dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar sekolah masing-masing . Tugas utama PTM memastikan pusat pengundian seliaan mereka berfungsi dengan baik sepanjang hari pengundian. PTM juga bertanggungjawab melaporkan peratus keluar mengundi bagi setiap sejam disekolahnya. Sebagai Pusat Pengundian bagi Parlimen P114 Kepong, SMKSB@STAR akan memastikan proses pembuangan undi di pusat ini berjalan lancar . InsyaAllah.

Sumber you tube Klasik Nostalgia
Mesyuarat Bersama Timbalan Pengarah PPWS
Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul telah memanggil Pengetua, PK Tadbir Akademik dan PK HEM dalam mesyuarat pada jam 200 petang bertujuan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah di Wilayah Sentul. Hajah Cik Nik Ramas Nik Wan memulakan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan pembangunan sekolah secara keseluruhan seperti tadbir urus, kecemerlangan kurikulum, pencapaian koku dan disiplin secara keseluruhan. Taklimat seterusnya disampaikan oleh pegawai-pegawai PPWS tentang prosedur dan pengendalian disiplin yang perlu dilakukan sekolah bila berdepan dengan sesuatu isu. En. Nazir menyentuh tentang peranan guru dan pengurusan kewangan sekolah yang perlu dilaksanakan berdasarkan peraturan kewangan yang ditetapkan. Mesyuarat berakhir jam 4.30petang.
Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Khamis, 31 Januari,2013.
No comments:
Post a Comment