SMK Sinar Bintang(SMKSB@STAR) mempunyai bilangan pelajar seramai 1980 ( data terkini 31 Januari,2013) bagi sesi pagi dan petang.Sekolah ini juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) dengan bilangan murid seramai 56 orang terdiri dari pelbagai kategori seperti Cerebral Palsy, Syndrome Down dan Bermasalah Pembelajaran. Bilangan guru seramai 125 orang .SMKSB@STAR mempunyai empat blok utama iaitu Blok Perdana, Blok Arif, Blok Bestari dan Blok Dinamik .Sekolah ini terletak di Taman Sinar Bintang Segambut kira-kira 1 kilometer dari City Park yang sedang pesat membangun.
Budaya Pelajar
Membentuk budaya pelajar mencintai ilmu merupakan tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi. Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang sistematik menjadi indikator pembentukan budaya pelajar. Peranan utama setiap guru ialah menjadi ikon kepada pelajar dalam setiap tindakan dan perbuatan. Kewibawaan sesebuah institusi bergantung kepada pasukan kerja yang baik, cekap dan berdisiplin. Amalan terpuji yang patut dikekalkan ialah budaya pelajar yang tidak merayau-rayau sebaik tiba di perkarangan sekolah. Mereka duduk di Dewan Bestari membaca buku dan mentelaah pelajaran. Seawal pagi Pn. Lee, Guru Disiplin menjalankan tanggungjawabnya memantau dan menyelia pelajar dengan tekun.Beliau sangat berdedikasi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Pengetua telah meminta semua guru turun ke Dewan dan bergerak bersama-sama pelajar ke kelas masing-masing. Budaya kerja seperti ini menjadi amalan setiap warga sekolah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan sempurna selari dengan matlamat Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Dewan Bestari tempat pelajar mentelaah
pelajaran sebelum kelas bermula
Perobahan berlaku
Sekarang ini suasana sekolah makin ceria, baik dan tenang.Beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk keselesaan pelajar dan guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih bermotivasi .
Wajah SMKSB@STAR sekarang.
Suara kebisingan sudah berkurang malah sudah nampak perobahan berlaku dalam PdP. Tiada kelas yang kosong tanpa guru.Pengetua sentiasa memantau perjalanan instruksional dengan kerap dan mendapati proses pembelajaran berjalan dengan baik. Syukur kerana masing-masing memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Saya mengatakan jangan bekerja kerana Pengetua tetapi bertugaslah demi amanah yang Allah SWT tetapkan kepada kita sebagai sumber rezeki yang halal dan diberkati. Pengetua bekerja bukan kerana Pengarah tetapi menyedari tugas dan tanggungjawab yang dipikul akan dipersoalkan di akhirat nanti menjadikan kita sentiasa berwaspada dan siap siaga menjunjung perintah Tuhan dengan sebaik mungkin.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Jumaat 1 Februari,2013
Selamat hari Wilayah.