Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP-2013-2025) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Ab. Razak pada hari ini menjadi pemangkin kearah merealisasikan transformasi pendidikan negara . Kementerian Pelajaran telah merangka garis garis besar haluan pendidikan dengan memberi fokus kepada 9 bidang utama iaitu ;
- Memartabatkan profesion perguruan
- Meningkatkan kepemimpinan sekolah
- Meningkatkan kualiti sekolah
- Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran
- Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
- Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi
- Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja
- Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber
- Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian
(Berita Harian Online 11 September,2012)
Cabaran Alaf Baru
Dunia pendidikan sentiasa berkembang selari dengan perobahan dunia. Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani kerana mutu dan tahap pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Justeru kita perlu memperkasa Institusi Perguruan menjadi pusat pembelajaran bertaraf dunia (world center of learning) bagi melahirkan modal insan yang berkompeten dalam pelbagai disiplin ilmu yang berkemahiran tinggi (multiple knowledge and skills) untuk mendepani cabaran alaf baru . Bakal guru yang dikeluarkan seharusnya berbobot (berkualiti), mempunyai minda konstruktif , berdaya saing dan benar-benar berjiwa pendidik bagi mengangkat martabat profesyen perguruan negara .Kementerian perlu membuat tapisan terperinci terhadap calon guru berdasarkan minat, komitmen, mempunyai jati diri unggul disamping kelayakan akademik yang mereka miliki . Kecemerlangan dan kecekapan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencermin integriti dan kewibawaan sesebuah Institusi Perguruan yang mengeluarkan produk guru.
Meningkatkan Kepimpinan Sekolah
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang bertanggungjawab melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam segala bidang . Pemindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar melalui berbagai subjek yang di tawarkan di sekolah menjadi aset yang sangat bernilai untuk membina masa depan mereka. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran bukan sahaja menjurus kepada akademik semata mata malah merangkumi modal ekonomi dan modal sosial sebagai kunci kecemerlangan diri . Sekolah sebagai sebuah organisasi besar memerlukan kepimpinan yang berilmu , berwibawa dan bijaksana mengurus sumber manusia yang mempunyai berbagai latarbelakang sosiobudaya diintegrasikan dalam sebuah premis. Pemilihan Pengetua sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin menjadi indikator kemajuan dan kecemerlangan sekolah . Kepimpinan dinamik berkemampuan mempengaruhi anggota organisasi bekerja secara kolektif bersandarkan konsep kebersamaan ( togetherness) untuk merealisasi misi dan visi yang ditetapkan . Kepimpinan pengetua sangat dominan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah. Dengan bahasa mudah integriti kepimpinan pengetua mempengaruhi kualiti sekolah .Pengurusan sumber manusia yang cekap dan menepati misi organisasi akan menghasilkan pulangan yang menguntungkan. Keberkesanan sesebuah sekolah di dominasi oleh faktor pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berwawasan .Justeru meningkatkan kepimpinan sekolah menjadi agenda besar Kementerian Pelajaran seperti mana tertera dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) .
Kementerian Pelajaran membuat anjakan paradigma melakukan transformasi dalam beberapa dasawarsa yang lalu dan yang terkini melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan jangka panjang (2013-2025) sebagai penanda aras kecemerlangan pendidikan negara menjadi negara maju .

Che' Yahya Che' Soh .
11 September,2012
No comments:
Post a Comment