Menggaya pakaian kebesaran silam Korea.
First day at Naminara.
Mengutip pengalaman di Seoul
Rombongan Majlis Pengetua Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSM WP KL) selama 6 hari mulai 14-18 September, 2012 ke Seoul Korea di ketuai Y.Bhg Datin Hasmah Abu Pengetua SMK Taman Tun Dr. Ismail (SMKTTDI) sangat bermakna kepada saya. Penerbangan ke Seoul pada hari Khamis malam 13 September dengan pesawat MAS selama 6 jam 10 minit tidaklah memenatkan berbanding perjalanan ke UK dan New Zealand. Kami selamat mendarat di Incheon Airport seawal jam 640pagi waktu Korea. Lapangan terbang ini mendapat ' world best airport 2012 . Beza waktu satu jam lebih awal dari Kuala Lumpur. Cuaca tidak begitu sejuk sekitar 18 darjah C .
Kota metropolitan Seoul yang moden .
Kami di jemput SAM KIM dan PETER yang menjadi pendamping kami selama di Seoul. Kami menaiki bas ke Naminara Island. Rombongan seterusnya menaiki feri bersama wisatawan lain menyeberangi terusan yang cantik dan bersih. Rasa kagum dan teruja melihat JALUR GEMILANG berkibar megah bersama bendera negara lain menambahkan rasa cinta pada tanah tumpah darah ku Malaysia . Selesai menikmati pemandangan pulau yang mendapat jolokan dengan 'Winter Sonata' kami menaiki feri untuk makan tengahari (aku tak makan). Kami seterusnya di bawa ke Doota sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di Seoul. Kebanyakan pengetua tidak lepas peluang membeli buah tangan dan memborong sakan .Tepat jam 4.30petang kami bergerak ke Hotel Hamilton tempat penginapan selama berada di sini . Makan malam di Restauran Pakistan terletak kira-kira 150 meter dari hotel .
Datin Hasmah Abu bergaya cun
mengenakan pakaian tradisional Korea
Bergambar kenangan sebelum
melawat KIM CHI School.
Belajar Dari Korea
Acara yang padat selama 4 hari penuh melawat tempat-tempat menarik sekitar Seoul sambil membeli belah menjadikan lawatan ini penuh bermakna dan banyak manfaat yang boleh di pelajari dari kota yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 12 juta jiwa . Rata-rata penduduk di sini berdisiplin, tekun dan rajin bekerja. Mereka sangat mementingkan masa. Kebanyakan kenderaan produk dalam negara sendiri seperti hyundai, kia, ssangyung dan berbagai jenama lagi. Jarang sekali bertemu kereta buatan negara lain. Samsung merupakan syarikat gergasi yang menjadi nadi utama penjanaan ekonomi Korea Selatan .
Masjid Seoul
Saya berkesempatan solat Maghrib (Jamak Qasar) di Masjid Seoul terletak atas bukit kira-kira 600meter dari hotel . Setelah solat bersama suami Pn. Nazifah Ab Latif dan musafir dari Arab Saudi , kami bergerak ke restauran Pakistan untuk makan malam. Rakan-rakan sedang menunggu untuk sama-sama menjamu selera .Sepanjang jalan menuju Masjid banyak deretan kedai makanan Islam Arab, Pakistan, Korea Muslim dan Indonesia yang menyediakan menu halal.
Sumber : Internet
Melawat Kim Chi School
Hari seterusnya kami di bawa melawat KIM CHI SCHOOL sebuah sekolah yang mengeluarkan produk Kim Chi ke seluruh Korea.Kami bergambar kenangan dan kebanyakan peserta mengambil peluang mempelajari membuat Kim Chi . Hari terakhir kami sempat mengunjungi Muzium Teddy Bear terbesar di Seoul Tower dalam hujan lebat dan angin kencang. Hujan yang turun sejak pagi tanpa henti dan awan gelap menyelubungi Seoul menyebabkan pergerakan bas kami perlahan dan berhati-hati. Ironinya di sini tidak berlaku banjir, mungkin sistem perparitannya yang moden menyebabkan air tidak bertakung di atas jalan raya .
Batal ke Jeju Island
Oleh kerana keadaan cuaca semakin buruk, pihak penganjur terpaksa membatalkan penerbangan ke pulau Jeju . Mereka tidak mahu mengambil risiko kerana angin kencang dan hujan berterusan menyebabkan pesawat sukar mendarat. Orang disini berpandukan Forecast dan Weather yang selalunya tepat sebelum mengambil sebarang keputusan . InsyaAllah jika ada rezeki , umur panjang dapat jua menjejak kaki ke Pulau Jeju yang terkenal ini untuk melihat kebesaran Tuhan yang mencipta alam penuh dengan warna warni dan keunikan tersendiri . "KHALFUN AL WAANUHUM
Membeli belah di Pasar Seoul (market)
Melawat Seoul tower
Hujan lebat bersama angin kencang sepanjang hari tidak mematahkan semangat kami untuk melawat Seoul Tower dan Muzium Teddy Bear terbesar di sini. Dalam kemengahan - mengahan kami mendaki bukit dengan sekaki payung menuju Teddy bear muzium. Berbagai gaya dan 'syle' pengetua mengambil gambar masing masing sehingga mencuit perasaan saya. Gaya tersendiri Puan Nazifah Nor membuatkan AKU tidak mampu menahan ketawa sehingga mengalir air mata. Sungguh lucu Pengetua seorang ni berposing. Dalam keseronokan bergambar, Puan Shamsiah Ahmad YDP MPSM
kehilangan kameranya. Nasib juga tidak menyebelahi Puan Latifah Mahbud yang kehilangan barang yang dibeli untuk buah tangan semasa ditinggalkan dalam bas . Semoga peristiwa seperti ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk menjaga dengan baik setiap barang yang berharga .
Che' Yahya Che' Soh.
25 September,2012
No comments:
Post a Comment