Dua orang pelajar sedang membersihkan ubi kayu(singkong) untuk di rebus.
Pelajar pelajar sedang merebus ubi secara tradisional .
Majlis Penutup Hari Patriotisma :Makan ubi kayu bersama kopi
menghimbau kembali zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
pada tahun 1945. Bersama guru guru dan pelajar SMKSB
Isnin 24 September,2012.
Isnin 24 September,2012.
Sumber gambar: WNAZMI Blog
IKTIBAR DARI SEJARAH
Tanah Melayu menjadi idaman kuasa-kuasa besar dunia seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun yang menjajah negara ini sejak berabad . Mereka datang ke Tanah Melayu membawa bersama doktrin bagi memaksa orang Melayu menerima budaya dan cara hidup mereka. Sejarah Melaka umpamanya menjadi bukti peninggalan warisan Portugis yang bertapak begitu lama di negara ini sejak kurun ke 16 (1511) oleh Alfonso De Al Albuquerque. Portugis meninggalkan A Formosa dan gereja yang dibina berkonsepkan Timur dan Barat yang menjadi lambang kemegahan pemerintahan mereka. Kesultanan Melayu Melaka yang cukup termasyhur suatu ketika dulu berakhir dengan penaklukan Portugis.Sejak itu berlumba-lumba kuasa Belanda dan Portugis mengadu kekuatan masing-masing menakluk bumi ini menjajah untuk kepentingan mereka. Sesudah Belanda Tanah Melayu menjadi medan pertarungan antara kuasa Inggeris dan Jepun silih berganti mengganyang bumi Melaka dan seluruh Tanahair sehinggalah kita mencapai kemerdekaan . Rentetan kronologi ini menjadi bukti sejarah yang tidak mudah di lupakan oleh generasi terdahulu betapa sukarnya membebaskan cengkaman penjajah yang bermaharajalela di Tanah Melayu.
Makan Ubi Kayu
Azab yang ditanggung datuk nenek kita semasa pemerintahan Jepun (1942-1945) cukup menyeksakan. Mereka terpaksa makan ubi kayu (singkong) mengganti nasi bersama pucuk ubi dan garam kerana ketiadaan dan kesukaran mendapatkan beras. Ramai dalam kalangan orang melayu dijadikan buruh paksa membuat jalan keretapi di Burma sehingga tidak sedikit yang meninggal dunia kerana kebuluran.Pemerintahan Jepun yang cukup ganas membunuh orang awam sesuka hati dan merampas harta milik rakyat. Perempuan menjadi mangsa pemerkosaan tentera mereka. Bagi mengelak daripada menjadi mangsa ramai anak-anak dara Malaya telah menukar identiti mereka dengan berambut pendek dan memakai pakaian seperti lelaki.Inggeris melarikan diri ke negara mereka membiarkan rakyat tempatan menanggung siksaan Jepun yang tidak berperi kemanusiaan. Rumah-rumah penduduk di bakar dan ramai kanak-kanak dan wanita di rogol sebelum di bunuh kejam. Demikian rentetan peristiwa yang saya perolehi dari cerita mulut orang orang tua yang masih lagi hidup di kampung .
Pentingnya Mata Pelajaran Sejarah
Mulai tahun depan (2013), Sejarah menjadi mata pelajaran wajib kepada semua pelajar. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran khususnya YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kerana melakukan transformasi kurikulum bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri dan semangat patriotisma yang tinggi terhadap negara . Kepada para pelajar khususnya calon PMR dan SPM marilah kita cipta sejarah sekolah dengan keputusan cemerlang . Selamat menduduki peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) pada 9 Oktober 2012 dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) awal November nanti .
Belajar dari Sejarah menjadi bangsa bermaruah.
Sumber:Rising Sun Over Malaya
Nukilan ,
Che' Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB

No comments:
Post a Comment