Sdra. Drs. Ab. Aziz Hj Omar
Sumber: Blog Azmar
Sudah sekian lama tidak bertemu sahabat saya ini (gambar). Beliau seorang pendidik kanan di SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas kelantan. Sewaktu sama-sama belajar di Indonesia, beliau seorang yang aktif dan kreatif menyumbang idea pemikiran khususnya dalam kesenian dan kebudayaan. Keistimewaan beliau ialah menghidupkan kesenian warisan seperti wayang kulit, dikir barat dan pengembang sastera yang hebat.
Beliau berkebolehan dalam pengucapan awam, menyampaikan pidato dengan baik dan penuh jenaka. Bakatnya yang menonjol dalam permainan wayang kulit mendorong Sdra. Drs. Ab. Aziz memperkasa tradisi kesenian ini dalam upacara rasmi peringkat sekolah, daerah dan negeri Kelantan .
Drs. Ab. Aziz sebagai Tok Dalang Wayang Kulit
Sumber Gambar: Azmar Blog
sumber video you tube
wayang kulit salam pantai timur
Beliau boleh menjadi TOK DALANG wayang kulit dan TUKANG KARUT yang berwibawa setanding Seman Wau Bulan . Dailek Kelantannya yang pekat menjadi bumbu menambahkan keaslian lagu dikir barat . Drs. Ab. Aziz yang popular dengan panggilan Aziz Selangor dalam kalangan rakan mahasiswa , juga gemar menulis khususnya mengenai kesusasteraan dan novel . Semoga kita dapat bertemu untuk sama-sama menghimbau nostalgia indah sewaktu bersama mengharung suka duka di negara orang beberapa dasawarsa dulu.

Che'Yahya Che' Soh.
18 Syawal,1433H
5 September,2012
Tuan! Melalui tajuk-tajuk rencana dan esei yang saya baca dalam blog Tuan itu, saya cukup yakin yang Tuan salah seorang pengetua yang hebat dan disegani di kalangan pengetua-pengetua sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Melihat kepada sejumlah tajuk tulisan yang tidak terbilang banyaknya itu, saya hairan bagaimana Tuan boleh membahagikan masa untuk menulis. Sedangkan tugas dan tanggungjawab pengetua di sekolah terlalu banyak, tak cukup kaki dan tangan. Tuan memang hebat.Pandai mengurus masa dan disiplin diri. Saya tabik sepuluh jari. Saya hanya mampu menulis dalam bentuk nota dan ulasan buku teks untuk pelajar sahaja. Tetapi Tuan mampu menulis dalam pelbagai sudut dan bidang. Syabas dan tahniah betapa kuat dan unggulnya semangat latar pendidikan di tanah seberang.
ReplyDeleteSaya menulis mengingatkan hadis nabi yang mengatakan: apabila kembalinya anak Adam ke rohmatullah, hanyanya tiga amalan di dunia tidak terputus. Pertama anak-anak soleh yang mendoakan kesejateraan arwah ibu bapanya, kedua sedekah jariah semasa hidup di dunia dan ketiga ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat walaupun sepatah perkataan.
Sekian dan terima kasih.
Jumpa kita insya Allah pada Jumaat 12 Oktober, 2012.
Terima kasih Tuan kerana sudi mampir seperti yang dijanjikan. Seronoknya dapat bertemu tuan setelah sekian lama tidak bersua. Tengok tuan terkenangkan Ariff sahabat kita yang telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya. Semoga kita dapat bersua lagi dilain kesempatan. InsyaAllah . Terima kasih.
ReplyDeleteTahniah Sdra Drs. Ab Aziz Omar kerana menjadi seorang penternak yang berjaya. Bidang ini mampu menjana pendapatan yang lumayan bukan sahaja untuk keluarga tetapi mampu menyumbang kepada sumber ekonomi negara. Tahniah dan syabas.
ReplyDelete