Sudah sekian lama Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi (PAPTI) wujud . Beberapa pimpinan silih berganti sejak zaman Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat menerajui Kementerian Penerangan hinggalah beliau kembali menemui Illahi, kita masih belum memiliki rumah sendiri. Usaha dan jasa pengorbanan Tok Mat memperkenalkan PAPTI perlu dihargai setiap ahli. Beliau menjadi Presiden Papti paling lama .
Allahyarham TS Mohammad Rahmat
Mantan Presiden PAPTI
Sumber Gambar: Internet
Sudah tiba masanya warga alumni bergabung tenaga mencari sumber kewangan untuk memperkasa PAPTI menjadi sebuah badan berprestij dan di segani . Kita perlu memilki RUMAH PAPTI sebagai pusat persatuan untuk melaksanakan perancangan dan strategi organisasi secara tersusun dan mantap .
Sumbangan Ahli
Tan Sri Dr. Salleh Yassin mengutarakan
idea dalam mesyuarat Papti .
idea dalam mesyuarat Papti .
Sumber Gambar: Blog PAPTI
Kemajuan sesebuah organisasi bergantung kepada keprihatinan,komitmen dan sumbangan para ahlinya. PAPTI sebagai sebuah badan sukarela yang di anggotai para graduan/graduati Universiti Indonesia perlu 'kompak' dan bersatu tenaga dalam satu wadah merealisasikan impian organisasi membantu kerajaan mengharmonikan hubungan dua buah negara Malaysia- Indonesia kekal lestari sepanjang masa . Saya bersedia menyumbangkan tenaga dan sedikit dana mengikut kemampuan untuk PAPTI . Semoga impian memiliki RUMAH PAPTI menjadi kenyataan, InsyaAllah .
Drs. Che' Yahya Che' Soh
Ahli PAPTI
3 September,2012
No comments:
Post a Comment