Sunday, September 9, 2012

Keluarga Ahmad Fuad Yang Baik Hati

Bergambar bersama En Ahmad Fuad dan Shida di laman rumahnya yang luas , Coventry UK . Anak bongsunya Elly sangat manja dengan kami . En Fuad bermastautin di sini sudah lama tetapi Dailek Utaranya masih pekat .Keluarga ini suka membantu  pelajar Malaysia di Warwick University termasuk anak saya Siti Maisarah yang belajar di Warwick.  Laman di belakang rumahnya yang luas ditanam dengan pokok buah-buahan dan sayuran .Keluarga ini selalu meraikan pelajar Malaysia dalam majlis berbuka puasa, solat hajat dan sambutan Hari Raya. Keluarga Fuad menjadi tumpuan pelajar dan masyarakat  Malaysia di perantauan. Mereka ibarat ibu bapa kepada pelajar di sini .  Terima kasih Fuad, Shida dan Elly kerana meladeni kami semasa di Coventry. May Allah The Almighty bless this family with good health and prosperity life.Amin.Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keberkatan kepada tuan sekeluarga . Di murahkan rezeki, panjang usia dan kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi.

Che' Yahya Che' Soh.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...