Monday, September 3, 2012

Hajjah Bidah Jusuh telah Tiada

Khamis 30 Ogos  2012 , terima berita dari Mudir SMU (A) Saadah Mengkebang, Ustaz Haji Ahmad Zuklkifli Hj. Che Soh  memaklumkan Hajjah Bidah (Mak Dah) telah meninggal dunia di kampung Batu Hitam , Pasir Puteh.  Kami  tiga beranak balik ke Kelantan  pada pagi Jumaat dan sampai di rumah Mengkebang jam 430 petang. Malamnya terus ke kampung bersama ayah dan isteri menghadiri Tahlil Arwah. Anak-anak Allahyarhamah dari Johor Bahru, Terengganu berkumpul semua di rumah  anak bongsu mereka  Roslan Deraman  seorang  guru di SK Jeram Pasir Puteh . Mak Dah meninggal kerana sakit lama . Beliau mengidap angin ahmar/ strok sejak bertahun dan  di jaga oleh anak bongsunya Roslan dan isteri kerana anak-anak lain jauh dari Kelantan.

Berjumpa Abang Ishak

Sudah agak lama aku tidak berjumpa dengan abang Ishak dan Kak Misah yang tinggal di selatan Tanah Air. Malam tahlil dapat bertemu semua sanak saudara yang jauh dan dekat. Pertemuan sebegini membangkitkan rasa keakraban dan silaturrahim bagi kami. Abang Ishak bersama anak-anak , menantu dan cucu semuanya  balik   memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ibu tersayang. Anak-anak arwah yang lain ialah Zahari, Mohd. Noor  yang baru bersara wajib dalam PDRM pun ada bersama .Abang Ishak bermastautin di Johor Bahru. Beliau ialah mantan tentera laut yang berpangkalan di Woodlands Singapura, pada masa dulu .

Semoga Allah SWT memberikan tempat yang selayaknya kepada Allahyarham Hajah Bidah Jusuh Amin Ya Rabbal Alamin ..

Che' Yahya Che' Soh
3 September,2012


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...